Adab-adab Di Hari Raya

Assalamualaikum….salam aidilfitri  : )

Esok sudah pun menjelang 1 Syawal. Bagaimana dengan persiapan menyambut raya untuk kali ini? Pastinya akan lebih meriah dengan kehadiran si comel yang tidak sabar-sabar menanti untuk memperagakan baju baru : )

Di samping itu, sudahkah si comel mengetahui adab-adab di hari mulia ini? Tak mengapa. Mari kita sama-sama melihat semula…

Antara adab menyambut hari raya ialah:

  1. Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
  2. Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.
  3. Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidil Fitri manakala Aidil Adha pula tidak sunat makan dan minum sehingga selesai bersolat.
  4. Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.

Selain itu, kita juga dituntut memperbanyakkan bertakbir.

Seperti dalam hadith :

Ibn Umar RA bertakbir di rumahnya di Mina lalu terdengar oleh jemaah di masjid. Mereka pun turut bertakbir dan diikuti pula oleh orang ramai yang berada di tempat awam hingga Mina gegak gempita dengan suara takbir. Ibn Umar telah bertakbir sepanjang masa dia berada di Mina, selepas solat, ketika berehat dirumahnya, ketika duduk dan ketika berjalan pada hari-hari tersebut.” 

(Riwayat al-Bukhari)

Di samping itu berziarahlah ke rumah saudara-mara serta jiran tetangga kita supaya dapat mengukuhkan lagi talian persaudaraan sesama kita.

Semoga ibadah kita pada Ramadhan kali ini diterima Allah. Amin.

Salam ceria dan selamat menyambut hari raya aidilfitri  : )

Sumber gambar : Gambar

This entry was posted in Blog. Bookmark the permalink.

3 Responses to Adab-adab Di Hari Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge