Aurat Bermula Dengan Didikan Agama


Tudungsicomel.com – Aurat Bermula Dengan Didikan Agama | Bukan mudah untuk mendidik anak supaya menutup aurat terutama bagi si comel. Sebenarnya agak sukar bagi ibu bapa yang ingin membimbing anak dengan didikan agama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa begitu sibuk dengan kerja. Jadi kita perlu member pendedahan kepada mereka tentang seronoknya Islam ini.

1# Nurseri Yang Islamik

Bagi ibu bapa yang sibuk, boleh mulakan dengan menghanatar ke pusat jagaan yang betul-betul berkonsepkan pendidikan Islam. Elakkan dari menghantar si kecil ke pusat-pusat jagaan yang bermatlamatkan hiburan semata-mata. Dari situ, kita boleh biasakan mereka dengan suasana yang diasuh dengan cara yang diterapkan dalam Islam.

2# Hafalan Doa

Sebagai ibu bapa, kita perlulah memastikan si kecil mampu menghafal doa-doa ringkas sebagai amalan di kemudian hari. Antara doa yang mudah dan popular adalah seperti doa makan, doa naik kenderaan, dan tidur dan sebagainya. Dengan cara itu, si kecil akan terbiasa dengan sebutan kalimah-kalimah arab. Dari segi sebutan mungkin ada yang salah, tidak mengapa teruskan memberikan mereka sokongan untuk sentiasa membaca doa.

3#  Bercerita Kisah Terdahulu

Mungkin ada di antara ibu terutamanya gemar menidurkan anak dengan membacakan buku cerita. Ini sangat menarik bagi mendedahkan anak-anak tentang kisah-kisah teladan. Tetapi adalah lebih sesuai jika ibu mendedahkan anak-anak dengan kisah-kisah para sahabat, kisah perjuangan Rasulullah dan sebagainya. Antara tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah mengajar anak mengentahui siapa Allah dan siapa dia Rasulullah. Itu yang paling penting sebenarnya.

Jadi kesimpulannya, ibu bapa sangat berperanan dalam mendidik anak-anak dengan menerapkan pendidikan Islam yang sempurna. Didiklah mereka seperti mana yang Rasulullah SAW ajarkan. Kini banyak buku-buku Islam yang mengajar kita cara mendidik anak dengan sempurna. Jangan lupa untuk mendapatkannya.

http://tudungsicomel.com/

This entry was posted in Blog and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge