Baju Sekolah Istimewa

Alhamdulillah setelah kita menerima banyak pandangan serta cadangan berkaitan Baju Sekolah yang menjadi idaman ibu-ibu untuk Si Comel, akhirnya kita telah berjaya hasilkan baju sekolah yang mengikut ciri-ciri yang diidamkan tersebut. Khas untuk Si Comel puan (^_^)

Baju-Sekolah-Istimewa

KEISTIMEWAAN BAJU SEKOLAH TUDUNGSICOMEL

1. Poket Baju Sekolah dijahit beserta Zip Sorok yang mampu mengelakkan wang Si Comel keciciran. Zip Sorok dipilih kerana ianya kelihatan lebih kemas berbanding Zip Biasa. Ini juga boleh mengelakkan poket terkoyak disebabkan tersangkut di bucu meja (^_^)

2. Poket lebih dalam dari biasa bagi membolehkan barangan di dalam poket Si Comel tidak tercicir jika terlupa dizipkan.

3. Menggunakan materiel Koshibo yang lebih berkualiti berbanding kain kapas biasa dan mudah digosok. Materiel Koshibo kelihatan lebih kemas.

4. Materiel Putih Kebiruan yang mampu membuatkan baju Si Comel kelihatan sentiasa bersih.

5. Lipatan kain dijahit terus agar mudah digosok.

6. Pergelangan tangan dijahit dengan 2 pilihan iaitu dijahit getah (sesuai untuk sekolah agama) dan tidak dijahit getah (untuk sekolah kebangsaan biasa).

7. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai untuk Si Comel yang lasak (^_^).

 

2 JENIS BAJU SEKOLAH

Kita hasilkan 2 jenis baju sekolah iaitu Tangan Bergetah yang sesuai digunakan untuk kelas agama dan baju tidak bergetah untuk sekolah rendah biasa. Baju bergetah sesuai untuk sekolah agama bagi memudahkan Si Comel mengambil wudhuk.

SAIZ

Berikut adalah cadangan saiz yang bersesuaian mengikut umur. Sekiranya Si Comel puan bersaiz biasa rakan sebaya, in shaa Allah saiz umur yang kita cadangkan adalah sesuai. Namun lebih digalakkan puan mengukur Si Comel puan bagi membolehkan mendapatkan set baju sekolah yang ideal.

Ukuran Set Baju Sekolah Istimewa

Sais bertindih – sebagai contoh, sekiranya Si Comel puan bersais biasa rakan sebaya berusia 8 tahun, in shaa Allah size SS sesuai. Namun jika puan rasa, beliau besar sedikit, in shaa Allah puan boleh cuba sais S.

Namun kita sangat sarankan puan mengukur dahulu agar mendapat saiz yang lebih ideal.

Tidak perlu risau, jika tidak sesuai boleh ditukar, yang penting Si Comel SELESA (^_^).

Berikut model kita berusia 7 tahun menggayakan saiz baju size SS untuk rujukan puan.

HARGA

**PROMOSI PRE-ORDER

Sebagai pengenalan, kita ingin puan cuba dahulu Baju Sekolah Istimewa TudungSiComel, kita tawarkan puan dengan nilai istimewa cuma serendah RM59.50 sahaja bagi sais  SS dan S / RM64.50 sahaja bagi sais M, L dan XL untuk satu set (termasuk kain).

**Ini adalah harga Istimewa Pre-Order sahaja.

PENGHANTARAN

Untuk berat 3 set pertama, kos penghantaran (+ urusan pentadbiran) ke seluruh Semenanjung cuma RM6 sementara Sabah RM14 dan Sarawak RM12 sahaja menggunakan Pos Laju.

 

JAMINAN 180 HARI

Setiap produk asli yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah Jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.

Jaminan kami

 

TEMPAHAN MUDAH

Untuk Tempahan, sila klik pada butang di bawah:

Koleksi TudungSiComel

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

6 thoughts on “Baju Sekolah Istimewa”

    1. Salam tuan Muhamad, terima kasih atas cadangan tuan. Jika tuan ingin tempah baju sahaja pun boleh tuan =)

      Tuan boleh maklumkan pada kita nanti semasa membuat tempahan =)

    1. Salam puan Azmaq. Maaf sangat-sangat puan, tempahan kita untuk batch pertama kita sudah ditutup puan. In shaa Allah kita akan buka semula nanti untuk tempahan Batch kedua nanti. Nanti kita akan war-warkan di Facebook kita ya puan.

      Maaf puan atas kesulitan berikut =(

    1. Salam puan Ayu, salam ceria =)

      Ini alamat Butik kami puan , waktu operasi kami dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang dan pada hari Isnin sehingga Jumaat puan =)

      Tudungsicomel.com,
      SBZ Prima Enterprise,
      BT16, Wan Central Bus Terminal,
      Jalan PJU 10/3A, Damansara damai,
      47830 Petaling Jaya, Selangor.

      Tel: 03-2106 0501

      (LandMark Belakang SHELL dan MCD)

      Jemput datang puan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield