Etika Dalam Menutup Aurat

Tudungsicomel.com - Etika Dalam Menutup Aurat | Sebagai ibubapa sewajarnya kita perlu memiliki etika tertentu dalam mendidik anak perempuan dalam berpakaian menurut syariat. Bukan semata-mata menutup kepala, tetapi menutup dalam segala aspek meliputi menutup aurat seperti yang terkandung dalam al-Quran.

1# Kebersihan

Dalam proses membentuk imej muslimah, bukan sekadar menutup aurat akan  tetapi diri mereka mestilah dalam keadaan kemas dan bersih. Pakaian mereka juga perlu sesuai dengan keadaan sekeliling. Sebagai ibu bapa kita boleh mendidik dengan menentukan fesyen harian merekA. Di samping itu, ibu juga mesti mengajar anak-anak tentang  pentingnya menjaga kebersihan diri secara sistematik supaya mereka boleh bersedia dalam menghadapi alam remaja.

2# Kesesuaian Dengan Pakaian

Selain itu,  anak-anak perlu dididik supaya pandai menyesuaikan diri dengan sesuatu pakaian. Tambahan pula mereka perlu dilatih untuk pandai menggosok pakaian termasuk baju tidur. Amalan ini, Insha Allah akan berterusan apabila mereka meningkat dewasa kelak.

3# Bertudung Apabila Keluar Rumah

Seterusnya, apabila keluar dari rumah, ada beberapa etika pakaian yang harus dipatuhi. Walaupun si anak perempuan masih lagi tidak diwajibkan memakai tudung bagi anak yang berumur 7 tahun, akan tetapi jika si anak sudah masuk usia baligh iaitu sudah berumur 9 tahun, maka perlu memastikan mereka sentiasa bertudung apabila mahu keluar rumah.

4# Etika Berseluar

Adakalanya, ibu bapa menggalakkan anak mereka berseluar pendek bagi memudahkan pergerakan. Namun itu ternyata silap. Boleh melatih mereka dengan mengenakan seluar atau skirt yang labuh mencecah buku lali. Jika di dalam rumah, ibu bapa boleh memberikan mereka sedikit kelonggaran dalam berpakaian.

#Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kita jangan menyekat mereka berpakaian secara drastik, tetapi mendidiklah secara perlahan-lahan. Di samping itu, jelaskan kepada mereka bahawa tentang kewajipan menutup aurat.

This entry was posted in Blog and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge