Kelas Memasarkan Produk Melalui Medium Internet

Assalamu alaikum, apa khabar?

Minggu nie kita dikejutkan dengan Kemalangan MH370 yang telah menyebabkan hampir seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan apa yang telah terjadi. Kami di TudungSiComel.com juga turut merasakannya dan turut bersedih untuk keluarga mangsa yang terlibat.

Namun mungkin itu adalah ujian Allah untuk kita, hambaNya. Semoga kita semua dapat menerimanya dengan tenang walaupun ianya sangat memilukan =(

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

    “Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [Ali Imran: 200]

Dropship - PrayfroMH370

Rakan Niaga Dropship TudungSiComel.com

Alhamdulillah semakin ramai yang telah memohon untuk menjadi rakan niaga kita terutama menjadi Rakan Dropship TudungSiComel. Ada antara rakan-rakan kita yang telah menerima tempahan dari pelanggan mereka hampir setiap hari, kami sangat gembira dan cuba membantu perniagaan mereka sebaik mungkin.

Ada juga yang kurang membuat jualan dan apa yang kita perhatikan, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutamanya terhadap Teknik Memasarkan Produk Melalui Medium Internet yang digunakan (wallahu a`lam).

Apabila kita menjalankan perniagaan melalui kaedah dropship, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian antaranya ialah kita tetap memerlukan Facebook Page yang tertumpu hanya kepada panjualan satu-satu produk (niche) sahaja.

Hasilkan satu page yang hanya menjurus kepada menjual produk Tudung untuk Kanak-kanak sahaja contohnya dan dengan ini anda akan dilihat sebagai lebih serius dalam bidang (produk) tersebut. Ini juga akan dapat menambahkan lagi keyakinan prospek kita.

Namun sekiranya ingin ditambah produk lain, tambahlah produk yang berkaitan sahaja. Namun biar kita tetap dikenali dengan sesuatu niche. Contohnya Dunkin Dounut, walaupun terkenal dengan dounut, mereka juga ada menjual air dan ais krim. Akan tetapi perlu berhati-hati agar tidak hilang identiti utama. In Shaa Allah.

Kita juga sebolehnya cuba elakan dari menjual produk di wall profile page kita sendiri kerana ini akan membuatkan rakan-rakan merasa kurang selesa. Mereka ingin berkawan dengan kita dan bukan ingin menjadi pelanggan kita. Anda boleh mempromosikannya ‘jarang-jarang sekali’ di wall anda, itupun secara santai dan bukan ‘hard selling’.

Itu cuma sebahagian perkongsian dan pandangan apa yang perlu kita lakukan berdasarkan pengalaman kami sendiri sahaja. Kalau nak dituliskan dan dibebelkan mungkin agak panjang lebar dan agak susah untuk kita baca =)

Menuntut Ilmu

Dalam menjalankan perniagaan, kita haruslah sentiasa menuntut ilmu dan mencari kaedah yang terbaik untuk memajukan perniagaan kita. Ini bagi mengelakkan kita menjalankan perniagaan hanya separuh jalan sahaja. Kita perlu merancang sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

Kita perlukan ilmu untuk merancang, seelok-eloknya SEBELUM kita menjalankan sesebuah perniagaan dan diteruskan juga SETELAH kita menjalankan perniagaan.

Kita juga sarankan rakan-rakan untuk hadir pada seminar-seminar atau kelas-kelas yang dianjurkan berkaitan menjalankan dan memasarkan produk melalui medium internet yang sekarang ini banyak dilaksanakan. Hadirkanlah diri ke majlis ilmu dan semoga ianya membawa manfaat. In Shaa Allah.

seminar dropship

Antara seminar yang kami sarankan adalah seminar oleh pihak MajalahNiaga.com. Seminar Kaedah Memasarkan Produk Melalui Medium Internet Berkesan yang mereka anjurkan ini adalah seminar yang dikongsikan sendiri oleh mereka-mereka yang telah menjalankan perniagaan secara online dan mudah-mudahan perkongsian yang dikongsikan tersebut dapat menjadi panduan kepada kita.

Semoga rakan-rakan semua terutama Rakan Niaga TudungSiComel.com terus berusaha untuk berjaya dunia dan akhirat. Mohon rakan-rakan juga doakan kejayaan kita bersama yer =).

Salam ceria =)

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield