Kenapa Perlu Mendidik Anak Dari Kecil?

TudungSiComel.com – Kenapa Perlu Mendidik Anak Dari Kecil? | Memberikan pendedahan tentang Islam sewaktu di usia kanak-kanak adalah perlu dititikberatkan. Bukan sekadar itu sahaja, anak-anak perlu diajar bagaimana cara sebenar kehidupan sebagai seorang muslim.

Ada sesetengah ibu bapa mendidik anaknya dengan melarang untuk bercampur dengan masyarakat. Tidak cukup itu lagi, malah ada yang mendidik anaknya dengan tidak memberikan keizinan menonton televisyen dan sebagainya.

Sebenarnya tidak salah untuk mendidik anak sedemikian rupa, malah itu adalah lebih baik. Namun kita bukan lagi hidup di zaman dahulu. Seperti mana kata Saidina Umar Al-Khattab r.a. :

“Didiklah anak-anak mengikut zamannya”

Gambar hiasan – Proses pendedahan kepada dunia teknologi

Kata-kata Saidina Umar secara jelas menyeru agar kita tidak menyekat kebebasan seseorang anak itu untuk hidup seperti zamannya. Namun ia perlu diperhalusi, agar tindak tanduk perlakuan anak kita dapat diperhati.

Sebagai contoh, jika anak-anak gemar menonton televisyen, tentukan siaran mana yang boleh ditonton oleh mereka. Sebagai contoh antara siaran televisyen bercorak keislaman adalah seperti TV Al-Hijrah dan Astro Oasis.

Selain itu, jika anak kita masih lagi kurang gemar bertudung, carikan mereka rakan sebaya dengannya yang sudah bertudung. Secara tidak langsung, rakan tersebut dapat membuka sedikit hati anak kita untuk belajar memakai tudung secara perlahan-lahan.

Begitu juga sebaliknya, jika anak kita bertudung, biarkan mereka berkawan dengan kanak-kanak lain walaupun mereka tidak bertudung. Mana tahu mungkin ia dapat mengajak rakannya untuk sama bertudung. Itulah yang dipanggil dakwah bil hikmah.

Pernah terdengar dialog di antara dua kanak-kanak kecil.

“Eh kamu tak pakai tudung ke? Tak takut api neraka ke? Ummi kita marah kalau tak pakai tudung?”

“Eh ibu kita tak marah pun? Api neraka itu macam mana? Jawab kanak-kanak itu.

Secara fitrahnya kanak-kanak di awal usia, mereka sering bermain dengan tanda tanya. Maka, kita sebagai ibu bapa harus memberikan jawapan setiap persoalan yang diajukan oleh mereka.

Berikan jawapan mudah kepada mereka. Berikan juga rasional terhadap jawapan tersebut. Sekurang-kurangnya anak-anak kita dapat melihat satu perbandingan yang menarik.

Kesimpulannya, didikan secara Islam itu wajib. Malah, ibu bapa harus tahu apakah peranan yang perlu mereka mainkan dalam memberikan pendedahan ilmu. Ajarkan Islam, insha Allah semuanya akan selamat.

This entry was posted in Blog and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge