Seminar Usahawan Muda 2014

Salam ceria =)

Kepada Rakan-rakan TudungSiComel.com, pada 17 Mei 2014 nanti pihak Multimedia University (MMU) ada menganjurkan Seminar Usahawan Muda 2014 yang akan menampilkan beberapa insan yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan.

Antara mereka adalah Tuan Saiful Nang yang rasanya tak perlu saya ulaskan di sini. Jika nak diterangkan berkenaan beliau, mungkin dua blog post pun belum tentu cukup.

Antaranya beliau juga adalah Co-Founder; Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Exec Chairman/Group CEO; Colours of Asia Sdn Bhd, President; OMG Creative Sdn Bhd, Executive Principal; Saiful Nang Academy Sdn Bhd dan lain-lain.

Selain beliau, Tuan Imran Koyube dari ILuvIslam, Tuan Hasbul Aqil dari MajalahNiaga.comPuan Elliyin Rasif Pengasas Elle Zada, Tuan Farizuan Has dan akhir sekali semestinya yang paling comel, Tuan Syahruddin wakil dari TudungSiComel.com =)

Flyers

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

SEMINAR USAHAWAN MUDA 2014 (SUM’14)

Tarikh : 17 Mei 2014.
Tempat : Dewan Serbaguna, Universiti Multimedia,
Kampus Cyberjaya.
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang.
Penganjur : Institusi Usrah MMU Melaka
Kerjasama : Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan, Universiti Multimedia

Slot 1: Magnet Bisnes – “Kaya Ikut Sunnah”
• Konsep rezeki dalam kehidupan dan perniagaan.
• Bisnes sebagai satu Fardhu Kifayah dan Sunnah.
• Mencari keberkatan dalam perniagaan.

Slot 2: Strategi Bisnes – “Panduan dan Formula Rahsia Usahawan Muda”
• Panduan sebelum dan semasa memulakan perniagaan.
• Persediaan sebagai seorang usahawan.
• Kepentingan pengurusan bisnes.
• Strategi pemasaran berkesan.

Slot 3: Inspirasi Bisnes – “Bual Santai Bersama Usahawan”
• Perkongsian kisah usahawan jutawan.
• Halangan dan cabaran bisnes di usia muda.
• Sumbangan dan manfaat usahawan untuk masyarakat.
Apa yang anda akan dapat?

– Pengisian dan tips bisnes terhebat dari panelis jemputan.
– Bahan bacaan seminar.
– Makanan dan minuman.
– Goodies bag.
– CABUTAN BERTUAH !

Pendaftaran online (SUDAH DIBUKA):
https://docs.google.com/forms/d/1lI6VdCDs0G3fjF3s9Lkpgph0xwEcE9oSId4DZUhBsdQ/viewform#start=openform

*Bas dari MMU Melaka (untuk peserta dari Melaka dan sekitarnya) dan bas dari Putrajaya Sentral ke MMU Cyberjaya akan disediakan.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

Amierah – 013 749 7439
Intan – 014 321 6070

RVSP: https://www.facebook.com/events/702642076445276

Antara pengisian program adalah:

Seminar  Usahawan

Kepada Semua Rakan-rakan TuangSiComel.com, dijemput hadir dan mohon kongsikan dengan rakan-rakan lain =)

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield