Tudung Kanak-kanak Mudah, Lembut & Selesa

Kenapa kita hasilkan tudung kanak-kanak yang MUDAH, LEMBUT & SELESA?

Mungkin anda tertanya. Sebenarnya, kita bercita-cita ingin melihat budaya bertudung seawal usia ini tercapai suatu hari nanti. Kita ingin sangat melihat kanak-kanak gemar bertudung kerana kita percaya, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jadi, untuk bertudung, kanak-kanak perlukan tudung yang Mudah dipakai, Lembut dan Selesa.

Berbeza pula dengan kita dewasa, kanak-kanak tidak gemar sesuatu yang merimaskan mereka. Jadi tudung fesyen ala-ala dewasa yang rumit sangatlah tidak sesuai terutamanya kepada mereka yang baru belajar bertudung.

Disebabkan itulah juga, kita wujudkan TudungSiComel dengan hasrat memudahkan rakan-rakan untuk mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri Mudah, Lembut & Selesa.

Apakah langkah-langkah yang telah kita laksanakan?

Tudung kanak-kanak Mudah, Lembut & Selesa

Apa yang telah kita laksanakan adalah setiap tudung yang kita hasilkan di TudungSiComel atau yang kita pasarkan (tudung dari Rakan Niaga lain), kita akan pastikan corak tudung kanak-kanak yang ringkas  dan MUDAH. Kami pastikan ianya diperbuat dari materiel yang LEMBUT dan dengan potongan yang mampu membuat mereka merasa SELESA.

Potongan Istimewa

Potongan kita adalah potongan tudung kanak-kanak istimewa. Potongan yang telah dibuat ujian beberapa kali keatas kanak-kanak bagi memastikan keSELESAan mereka. Dan kita sentiasa menerima maklumbalas dari ibu-ibu yang pernah mendapatkan tudung dari kita sebelum ini.

Kita hanya inginkan yang terbaik buat Si Comel. Ini kerana, Si Comel puan adalah Si Comel kami juga (^_^).

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield