Voices of UMMI Vs TudungSiComel

Salam ceria =)

Alhamdulillah, kita telah diberi kepercayaan oleh pihak Johan Nawawi Sdn Bhd untuk menghasilkan dan mengedarkan tudung kanak-kanak bagi pihak UMMI (Siri Animasi Voices of UMMI).

voice of ummi

SENTUHAN ISTIMEWA NORA

Tudung kanak-kanak yang dihasilkan merupakan hasil sentuhan dan rekacorak istimewa Penyanyi Lagenda tanahair iaitu Nora di mana beliau juga merupakan antara Pengasas kepada Voices of UMMI – Ceritalah Pada Kami.

Sebagai seorang ibu yang penyayang, beliau sangat mementingkan rekacorak yang semestinya selesa dan tampak kemas apabila digayakan. Beliau berhasrat agar si comel yang menggayakannya nanti merasa gembira serta mudah-mudahan akan terus bertudung selamanya dan menjadi insan yang solehah.

Ini juga seiring dengan visi UMMI iaitu untuk menyebarkan dakwah terutamanya kepada kanak-kanak melalui medium animasi yang dirasakan dapat memberikan kesan yang lebih efektif.

Mereka juga percaya, pendedahan agama pada seawal usia kanak-kanak dapat memberikan kesan yang lebih mendalam seperti kata-kata Pengasas kepada Alim Kids Puan Maznah Muas;

“85% perkembangan mental seorang manusia adalah seawal usia 5 tahun dan ini bermaksud apa yang anak kita terima atau pelajari sebelum usia 5 tahun, itulah yang akan menjadi cara hidup atau kepercayaan mereka (termasuk kita)”

KUALITI ISTIMEWA

Kita akan sedaya upaya memastikan agar tudung yang dihasilkan untuk UMMI berkualiti istimewa dengan jahitan yang kemas dan semestinya juga dari materiel yang berkualiti tinggi. Ini penting bagi memastikan keselesaan si comel yang menggayakannya nanti.

AMANAH

In shaa Allah, amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada kami (TudungSiComel) tidak akan kami sia-siakan dan akan memastikan yang terbaik buat UMMI dan juga peminat setia UMMI.

Terima kasih yang tak terhingga buat abang Johan Nawawi dan juga akak Nora atas kepercayaan yang diberikan.

TUDUNGSICOMEL LOVE VOICES OF UMMI =)

voice of UMMI

 

MOU - Voice Of UMMI

Alhamdulillah

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield