fbpx

Blog Archive

Tips Berguna Mencari Kawan Yang Baik Untuk Anak

kawan yang baik

Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa bertanya siapakah kawan anaknya.

Mereka perlu tahu namanya, dimana dia tinggal, siapa ibu bapa dan bagaimana perangainya. Ibu bapa perlu bijak mengorek maklumat.

Mintalah anak-anak bercerita tentang kawannya. Sekali-sekala tanyalah khabar kawannya.

Lebih baik lagi, aturkan masa tertentu agar kawan-kawannya dapat datang ke rumah. Minta anak menjemput kawan-kawan mereka makan.

Dengan cara ini, ibu bapa dapat mengenali kawan-kawan tadi dengan lebih dekat. Nasihatilah anak-anak bersekali dengan kawan-kawannya.

Dengan cara ini, anak-anak akan rasa dihargai dan kawan-kawannya juga akan lebih menghargai anak anda dan anda sendiri sebagai ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berikhtiar untuk mengaturkan anak-anak mencari kawan yang baik. Agar kawan itu datang daripada keluarga yang baik dan berhemah atau yang sama-sama meminati aktiviti yang murni dan sihat.

Berikut antara beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kawan yang baik untuk anak anda:

Continue Reading

4 Petua Komunikasi Berkesan Dengan Anak-Anak

komunikasi

Berkomunikasi dengan anak-anak memang tidaklah mudah jika dibandingkan dengan berkomunikasi dengan orang dewasa.

Para ibu bapa sering mengalami kebuntuan ketika untuk cuba berkomunikasi dengan anak ketika anak sedang menunjukkan perilaku mahupun perangai yang tidak tidak sepatutnya seperti  mogok makan mahupun tidak mahu pergi sekolah bagi anak kecil.

Bagi anak remaja pula, mungkin mereka melakukan perkara yang lebih membimbangkan seperti tidak pulang ke rumah.

Hasil kajian mendapati ibu bapa hanya berkomunikasi 5 – 10 minit sahaja dengan anak-anak.  

Fakta ini pasti mengejutkan banyak pihak.  Cuba fikirkan, bila masanya kali terakhir anda berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak.

Bila berlakunya jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak ataupun dengan ahli keluarga yang lain, akan tercetuslah kepincangan di dalam keluarga

Komunikasi akan efektif dan efisien diantara ibu bapa dan anak jika kita mengambil kira beberapa perkara yang berkaitan dengan sifat semulajadi anak-anak.

InsyaaAllah, jika kita cuba untuk memahami dan bertindak dengan sewajarnya, kita mampu menyampai mesej dengan berkesan terhadap mereka.

Disini, kami ingin berkongsi 4 petua untuk menjalinkan komunikasi yang berkesan dengan anak-anak. Catatan ini dirujuk melalui Dr. Tengku Asmadi. Semoga memberi manfaat kepada ibu bapa pembaca Tudung Si Comel.

Continue Reading

Video Pendek Yang Mampu Merubah Hidup Kita

Jemput tonton sendiri video pendek di atas dengan harapan ianya dapat memberi manfaat kepada kita dan keluarga tercinta.

Sediakan tisu, kerana video ini juga mampu membuatkan anda menitiskan air mata.

Kongsi kepada anak-anak dan orang yang kita sayang. Bertapa video ini ada membawa pengajaran yang tinggi nilainya.

Moga bermanfaat. Wallahu a`lam.