fbpx

Blog Archive

10 Teknik Mengajar Anak-Anak Sejak Bayi

10 Teknik Mengajar Anak

10 teknik mengajar anak-anak semenjak bayi. Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru.

Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar.

Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi.

Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu.

Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap.

Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul.

Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

Pn Soffi nazrln 2

3. Ganjaran

Continue Reading

Teknik Menghafal Bulan-bulan Islam-Voice of Ummi

Kalau dahulu masa kita kecil-kecil (zaman tadika), ustaz/ustazah akan minta kita nyanyikan nasyid ‘bulan-bulan Islam’ dengan tujuan untuk mudah menghafal.

Teknik hafalan melalui kaedah nyanyian adalah sangat berkesan kerana semasa saya di sekolah menengah sendiri pun masih mengamalkan teknik tersebut. Terutamanya untuk menghafal maklumat-maklumat penting seperti tarikh-tarikh peristiwa sejarah.

Lagu yang  saya hasilkan tue tak lah sesedap lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer-komposer terkenal Malaysia seperti abang Johan Nawawi dan tak selunak suara Kak Nora. Boleh la sekadar syiok sendiri hehe.

Siapa masih ingat nasyid bulan-bulan Islam? ….krik…krik…krik…hehehe tak ingat la tue =)

Jika dah tak ingat, mari kita dengar nasyid di bawah yang diambil inisiatif oleh pihak Hud Hud Media melalui program mereka, Voice of Ummi =).

Nasyid dengan versi Voice of Ummi lebih bertenaga dan berwajah baharu. Ianya juga santai dan lebih interaktif. Khas untuk kanak-kanak berusia 40 tahun ke bawah =)

Voice of Ummi

Mari kita nyanyi bersama, kalau boleh ajak si comel sekali ya…1 2 3 mula…

Continue Reading

Projek Iqra` – Shopping Raya

Assalamualaikum rakan-rakan, salam ceria =)

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini mampu membawa perubahan dalam hidup kita. Bukanlah maksud saya anda tidak baik, tetapi apa yang saya maksudkan adalah perubahan dari BAIK kepada LEBIH BAIK =)

Sebelum saya terus berceloteh, mari kita ambil masa beberapa minit sahaja untuk hayati video ini (pastikan ada tisu di sebelah anda bagi mudah menyapu air mata).

Apa itu Shopping Raya?

Shopping Raya

Shopping Raya merupakan salah satu projek murni oleh kumpulan Projek Iqra’ (sukarelawan) yang berhasrat dan berusaha membantu mereka-mereka yang kurang berkemampuan terutamanya anak anak yatim, fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan yang menyertai kumpulan ini. 

Rasa terharu dengan perjuangan dan usaha murni mereka. Kita yang mungkin kekurangan masa untuk menghulurkan tangan, boleh juga melihatnya dari jauh dengan hanya menyumbangkan bantuan dari segi kewangan kepada mereka.

Sumbangan anda sangat bermakna buat mereka yang memerlukan. Ingatlah, wang yang kita dermakan itu adalah harta kita yang akan menjadi saham kita di akhirat kelak. Wallahu a`lam.

Surah Ali Imran, ayat :92.

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.

 

Siapakah Yang Terlibat Dalam SHOPPING RAYA 2014?

Bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012 dan 6 rumah anak yatim pada 2013, PROJEK IQRA’ merancang memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim bagi 7 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang untk 2014.

Senarai Pertubuhan Anak-Anak Yatim yang menyertai Shopping Raya 2014:

a)    Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak Yatim Daerah Sik (ADIK/ Rumah GEMILANG)

b)    Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Kuala Lumpur

c)    Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At Taqwa

d)    Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak

e)    Sebuah rumah anak yatim di Penang (akan dimaklumkan)

f)     Sebuah rumah anak yatim di Johor (akan dimaklumkan)

g)     Sebuah rumah anak yatim di Pahang (akan dimaklumkan)

Bagaimanakah Anda Boleh Membantu?

Continue Reading