Ini Pengalaman Saya…Pengalaman Puan Bagaimana Pula?

Ini pengalaman saya…saya ada 2 orang anak perempuan seorang gemar bertudung dan seorang lagi(si kakak) agak ‘liat’ bertudung hehe… ^_^
 
Si adik saya mula didiknya bertudung seawal umurnya 5 tahun berbeza dari kakaknya dan hingga sekarang, apabila ingin keluar bersiar-siar…
 

Ibu…mana tudung angah? Malu la…

Ehh kakak..kenapa tak pakai tudung…Allah marah tau..

 
Sebagai seorang ibu…pasti rasa hati ini sangat berbunga-bunga hehe dan atas dasar itulah ianya menjadikan saya lebih semangat untuk menghasilkan lebih banyak tudung kanak-kanak yang MUDAH dan SELESA dipakai ^_^
 
Mudah-mudahan ianya juga dapat membantu puan sebagai seorang ibu untuk mendidik Si Comel bertudung seawal usia..
 

Ini pengalaman saya, pengalaman puan bagaimana pula? =D

9 Strategi Terbaik Mendisiplinkan Anak Berumur 5 Tahun Kebawah

kaedah mendisiplinkan anak Memang sukar mendisiplinkan anak yang masih kecil.

Ini terutamanya anak yang masih berumur 5 tahun ke bawah, dimana dia semakin membesar dan sangat aktif meneroka dunia.

Pada umur 5 tahun, personaliti anak mula menyinar sebagaimana dia sedang berkembang memahami dirinya sendiri, orang-orang disekitar dan dunia disekelilingnya.

Kemahiran dan bakat biasanya mula berkembang pada waktu yang sangat indah ini.

Walaupun waktu ini adalah tahap perkembangan pesat bagi anak, tetapi ia juga akan menjadi waktu paling mencabar kepada ibu bapa dalam membentuk kelakuan anak-anak dan mendisiplinkan mereka.

Continue reading 9 Strategi Terbaik Mendisiplinkan Anak Berumur 5 Tahun Kebawah

Apakah Yang Mempengaruhi Peribadi dan Perlakuan Anak Kita?

Bagaimana peribadi anak kita, hampir pasti itulah cerminan peribadi kita. Biasanya anak-anak akan terikut-ikut tingkahlaku ibu dan ayah.

Kadangkala kita tidak sedar akan perkara ini, kita puas berfikir, kenapa anak-anak kita berperangai begitu dan begini. Adakalanya ada yang berperangai kurang elok sehingga kita rasa stress. Kita meluru dan terus menyalahkan anak-anak tampa berfikir perangai siapakah yang dicontohi oleh mereka.

Mari kita hayati hadith ini, Sabda Rasulullah S.A.W;

Setiap bayi yang dilahirkan itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi [ Riwayat Bukhari & Muslim ]

Kita mungkin tidak sedar bahawa peribadi mereka banyak yang terpengaruh dengan diri kita sendiri. Kita seharusnya menunjukan contoh tauladan yang baik agar anak-anak juga mendapat contoh yang baik dalam proses tumbesaran mereka.

Tudung Si Comel

Teringat kata-kata puan Lily Maznah Pengasas kepada Alim Kids. Menurut puan Lily Maznah, 85% perkembangan mental seorang manusia adalah seawal usia 5 tahun dan ini bermaksud apa yang anak kita terima atau pelajari sebelum usia 5 tahun, itulah yang akan menjadi cara hidup atau kepercayaan mereka (termasuk kita).

Jadi, pada usia sebelum 5 tahun itulah juga antara waktu yang kita harus memberikan tumpuan.

Mari kita hayati pula kata-kata yang diambil di internet. Semoga penulisnya mendapat pahala dari perkongsian yang membuka minda ini. Aamiin.

Anak Kita Membayangi Siapa Diri Kita…

1. Jika anakmu BERBOHONG, mungkin sebab engkau MENGHUKUMYA TERLALU BERAT.

2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, mungkin sebab engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT

3. Jika anakmu KURANG BERBICARA, mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

4. Jika anakmu MENCURI, mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

5. Jika anakmu PENGECUT, mungkin sebab engkau selalu MEMBELANYA.

6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN, mungkin sebab engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7. Jika anakmu PEMARAH, mungkin sebab engkau KURANG MEMUJINYA.

8. Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, mungkin sebab engkau TIDAK BERKONGSI DENGANNYA.

9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN, mungkin sebab engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

Continue reading Apakah Yang Mempengaruhi Peribadi dan Perlakuan Anak Kita?

Kenapa Kita Perlu Mendidik Anak Menjadi Insan Soleh dan Solehah?

Sebagai seorang ibu dan ayah, kita semestinya idamkan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya di dunia. Kita idamkan anak-anak kita mendapat pendidikan baik, juga dapat ditawarkan kerja yang baik dan menjalani kehidupan yang baik.

Namun dalam mengejar dunia, kita hendaklah sentiasa ingat akan akhirat. Sesungguhnya dunia ini hanya persinggahan sementara sahaja sebelum kita dijemput ke alam Kubur dan seterusnya ke alam akhirat dimana kita akan dihisab tentang amalan-amalan kita di dunia.

Apabila terlalu mengejar dunia, kita akan lupa akan halatuju kita sebenarnya. Mencari bekalan akhirat. Sesungguhnya kita harus ingat, mati itu pasti.

Jadi, selain mengejar dunia, kita juga haruslah pentingkan didikan akhirat untuk anak-anak kita. Mendidik anak seawal usia sangat penting kerana ianya akan menjadi tabiat/rutin sehingga mereka dewasa kelak.
Sekiranya dari kecil kita hanya tumpukan pada didikan dunia semata-mata, apabila dewasa dikuatiri mereka akan semakin jauh dan lupa akan akhirat.

Tidak dinafikan tentang pentingnya mencari kehidupan yang baik di dunia. Namun kita juga harus sentiasa memperingati diri sendiri akan pentingnya mengingati akhirat sebilang masa agar kita tidak lupa.

Seperti kata pepatah;

“Kejarlah dunia seakan-akan kita akan hidup selamanya dan kejarlah akhirat seakan-akan kita akan mati esok hari”

Kenapa kita perlu mendidik anak menjadi insan soleh dan solehah?

Mari kita hayati hadith ini,

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Apabila anak adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan (disebarkan) dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Sedekah jariah bermaksud sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya kepada masyarakat umum. Ilmu yang bermanfaat disebarkan dan ianya terus tersebar serta memberi manfaat kepada insan lain. Dan akhir sekali doa anak-anak kita.

Jadi sekiraya semua anak-anak kita sibuk dengan hal dunia dan melupakan kita di alam kubur nanti, maka tiadalah mereka membawa manfaat kepada kita kelak

3 perkara yang dibawa selepas mati - mendidik anak soleh

 

Mohon sebarkan dan semoga ianya menjadi peringatan kepada kita dan rakan-rakan lain. Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat yang disebarkan dan terus tersebar juga dapat menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Wallahu a`lam. Continue reading Kenapa Kita Perlu Mendidik Anak Menjadi Insan Soleh dan Solehah?