fbpx

Cara Mendidik Anak Archive

Sebenarnya Anak Seronok dapat Menggembirakan Ibu Bapa, Tetapi..

mengembirakan

anak – anak berasa gembira bila dapat membuatkan ibu bapanya gembira | image from devianart

Ramai ibu bapa menyangka  anak-anak suka menyusahkan mereka sedangkan hakikatnya tidak.  Anak-anak sebenarnya memang suka menggembirakan hati ibu bapa mereka.

Malah mereka tidak mahu membuatkan ibu bapa mereka risau, resah ataupun terluka. Itulah naluri sebenar mereka.

Sebab itulah apabila anak-anak melakukan kesilapan mereka pasti menyembunyikan kesilapan mereka itu kerana mereka tidak mahu mengecewakan ibu bapa.

Malah mereka berbohong dengan kita supaya kita tidak risau.

Cuba anda meneka mengapakah mereka bertindak sebegitu?

Continue Reading

Mari Ketahui 10 Sebab Mengapa Bayi Anda Menangis.

Sebab bayi menangis

Kenapa bayi menangis malam? Kenapa bayi menangis ketika menyusu? Lebih-lebih lagi bila menjelang waktu Maghrib. Tentu ramai yang melalui pengalaman ini, sibuk membaca doa untuk menjauhkan diri dari syaitan.

Bagi ibu muda, ini mungkin merungsingkan. Mari kita rungkaikan apa sebenarnya yang bayi mahu.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa dan tempat.  Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah cara bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin dapat membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!

Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya.

Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya.

Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!

Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!

Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar diatidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!

Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya.

Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!

Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur.

Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembut bayi anda.  Ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

Continue Reading

Bagaimana Menanam Motivasi Belajar dalam Diri Anak?

motivasi

Motivasi ~ image by pinterest

Rendahnya kemahuan belajar pada sebahagian anak-anak pada masa ini membuatkan ramai dikalangan kita ibu bapa menjadi cemas dan bimbang.

Sebenarnya apakah makna sebenarnya motivasi?

Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbulkan dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan dalam bagi mencapai sesuatu matlamat.

Ia adalah satu cabaran yang benar-benar diingini serta diyakini dapat dicapai atau diperoleh.

Malah, ia adalah simulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini yang menyebabkan seseorang mahu melakukan sesuatu perkara bagi mencapai tujuan.

Alasan atau tujuan yang kita sampaikan juga harus benar, kerana apabila salah arah, motivasi  belajar tidak bertahan lama, malah cepat pudar dan luntur.

Berdasarkan pengalaman dan hasil kajian yang dijalankan, kebanyakkan ibu bapa memaksa anak mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

Ada juga ibu bapa yang ingin anak selalu mendapat hasil sempurna 100 peratus, sehingga apabila anak pulang dengan nilai 90 peratus, mereka akan dimarahi.

Akibatnya, prestasi belajar anak tidak bertahan lama. Mengapa?

Continue Reading