Jawatan Kosong – Damansara Damai

PEMBANTU PENGURUS PEMASARAN

Bidang Marketing adalah satu bidang yang sangat menarik. Ianya satu seni untuk membuatkan prospek ghairah dan berminat untuk memiliki produk kita. Ianya satu proses yang sangat menarik =D

Sekiranya puan berminat untuk mendalami lebih lanjut berkaitan dunia pemasaran(dan kita akan hantar berkursus untuk tambah ilmu dari masa ke semasa) dan ingin bersama kita merancang strategi-strategi pemasaran semasa untuk produk-produk kita, selamat datang kami ucapkan. Anda dalam landasan yang betul ^_^

Bidang Marketing tidak seperti bidang kerja lain… setiap hari kita merancang dan berfikir strategy pemasaran yang berbeza dan mencabar minda… ianya seperti merancang strategy peperangan ^_^

Ingat, Marketing bukanlah Sale… jangan salah faham… Sale hanya sebahagian darinya sahaja… Marketing lebih besar dan lebih menarik… ianya seperti Apple dan Nike…

Kita ingin anda bersama kami ‘enjoy the journey’ ^_^

” The best marketing doesn’t feel like marketing.” –Tom Fishburne,


Kami menjemput anda untuk:

1. Bersama-sama Pengurus Pemasaran dan Team Marketing untuk menguruskan Operasi Pemasaran Syarikat di  Season Square, Damansara Damai, Selangor.

2. Bersama-sama merancang strategy Online/Offline Marketing melalui Social Media, Blog, Marketing Funnel dll (Fun part) ^_^

3. Menghasilkan bahan promosi; banner, flyers, dll yang berkaitan(mahir graphic/image editing software diutamakan).

4. Melayan pelanggan dan menguruskan tempahan dengan baik dan ceria =)

5. Membuat tugasan AM sekiranya diperlukan.


Syarat-syarat:

0. Cerdik, selalu senyum dan Happy go Lucky ^_^

1. Mahir menggunakan perisian asas Komputer; Word dan Excel.

2. Mahir menggunakan Internet; Email, Facebook, Blog, Wasap dan lain-lain.

3. Mampu menggunakan Photoshop/Canva atau apa-apa Picture Editing software akan diutamakan.

4. Tahu dan familiar dengan Online Marketing Channel:

a. Email Marketing

b. SMS Marketing

c. FB dan Google Ads

d. Blog Marketing

4. Tinggal berdekatan Damansara Damai.

5. Mesra pelanggan, berpenampilan menarik dan sentiasa tersenyum.

6. Wanita berumur antara 20-30 tahun (tidak ada komitmen yang mampu mengganggu prestasi tugasan).

7. Dapat bekerjasama dengan rakan-rakan lain dan dapat melaksanakan tugas dengan baik seperti yang diminta =).

8. Berkenderaan sendiri motosikal atau kereta/lesen memandu diutamakan.

9. Boleh travel untuk berjumpa client seperti cikgu tadika/sekolah untuk tempahan tudung tadika/sekolah.


Gaji:

Gaji asas (RM1500 – RM2500) + KOMISYEN + KWSP + SOCSO + BONUS

*Kenaikan Gaji akan dipertimbangkan dari masa ke semasa mengikut prestasi kerja dan syarikat. Syarikat untung dan maju, sama-sama kita berkongsi.

Sekiranya dengan kehadiran puan dapat membantu kemajuan syarikat, pastinya gaji kita akan pertimbangkan.

Sekiranya berminat dengan jawatan kosong ini, boleh isikan butiran di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin. Welcome onBoard =)

Jawatan Kosong MASIH DIBUKA | Sessi Nov/Disember 2019

Job Type: Full-time / Isnin – Jumaat

Salary: RM1,500.00 to RM2,500.00 /month

14 comments

  1. LUSI ANAK DANGUT

    i interestered and want to work in this tudung si comel and want have a experience in this job

    1. Salam puan Lusi, salam ceria =)

      Boleh puan hubungi kita di facebook TudungSiComel.Com =)

      Terima kasih puan =)

      1. Sharifah Nur Afiqah Al-hady Binti Syed Rizal

        Salam puan . Masih ada jawatan kosong tak ? Saya berminat dan ingin mencari pengalaman baru dalam bidang ini . Saya ingin memohon kerja ni

        1. Salam puan Sharifah, terima kasih puan kerana berminat. Boleh kita minta jasabaik puan untuk PM ke Facebook kita untuk lebih mudah berkomunikasi?

          Terima kasih puan =D

  2. Do u have any job vacancies which is still available right now?

    1. Salam puan Dalila, salam kemaafan. Maaf tak perasan komen puan =(

      Buat masa sekarang belum lagi puan (Baru dipenuhi). In shaa Allah sekiranya ada lagi nanti kita akan maklumkan ya. Terima kasih puan dan maaf ya.

      1. siti zuraida

        Assalamualaikum wbt….
        Puan, skrg ade jawatan kosong x..
        Sy amt mmerlukan kerja…mmg minat dan mpunyai pglman dlm jualan pkaian.
        Da grad degree dlm bdg management..
        Lau ade o. Sy nk interview. .
        Sekian trime kasih…

        1. Salam cikpuan Zuraida, terima kasih kerana berminat menjadi sebahagan dari Krew Comel TudungSiComel.com =)

          Namun dukacita dimaklumkan bahawa buat masa sekarang jawatan tersebut telh dipenuhi =(

          In shaa Allah jika ada lagi nanti kita akan maklumkan semua ya puan.

          Maaf sangat-sangat puan atas kesulitan berikut =(

  3. Assalam puan… Masih ada jawatan kosong lg x dekat tudung si comel? Kalau ada.. Saya nak mohon kerja. T.ksh

    1. Salam puan, masih ada lagi. Mohon puan isikan borang yang disertakan di atas ya puan =)

      In shaa Allah jika sesuai kita akan jemput untuk sessi temunduga. Terima kasih =)

  4. Salam nk tnye msing ada kekosongan lg ke … Sy bermnat klu msih ada lg kosong

    1. Salam puan Anis, maaf tak perasan komen puan, untuk maklumat lanjut puan boleh berhubung terus dengan Pengurus Pemasaran kita en Syahruddin di:

      wasap.my/60183696451

      Terima kasih puan =D

  5. hi assalamualaikum . saya 15tahun duduk damansara damai . saya mencari kerja sambilan , adakah diterima ?

    1. Salam cik, maaf buat masa sekarang kita belum ada kekosongan. Maaf ya =(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa