Untuk lihat keseluruhan produk, sila klik pada menu mengikut 'Kategori Produk'.
Baju Sekolah Ajaib (Lengan Bergetah) BS-04

BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN (BAJU SEKOLAH SAHAJA TANPA KAIN)

KEISTIMEWAAN BAJU SEKOLAH TUDUNGSICOMEL

1. Poket Baju Sekolah dijahit beserta Zip Sorok yang mampu mengelakkan wang Si Comel keciciran. Zip Sorok dipilih kerana ianya kelihatan lebih kemas berbanding Zip Biasa. Ini juga boleh mengelakkan poket terkoyak disebabkan tersangkut di bucu meja (^_^)

2. Poket lebih dalam dari biasa bagi membolehkan barangan di dalam poket Si Comel tidak tercicir jika terlupa dizipkan.

3. Menggunakan materiel Picaso Gred A yang lebih berkualiti berbanding kain kapas biasa dan mudah digosok. Materiel ini kelihatan lebih kemas.

4. Materiel Putih Kebiruan yang mampu membuatkan baju Si Comel kelihatan sentiasa bersih.

5. Pergelangan tangan dijahit dengan 2 pilihan iaitu dijahit getah(sesuai untuk sekolah agama) dan tidak dijahit getah (untuk sekolah kebangsaan biasa).

6. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai untuk Si Comel yang lasak (^_^).

 

SAIS

Berikut adalah ukuran (Inci) untuk setiap sais yang kita hasilkan. Cadangan umur yang kami cadangkan adalah cadangan sahaja mengikut sais biasa kanak-kanak.

Namun, untuk memastikan keselesaan Si Comel, kami sarankan rakan-rakan untuk mengukur dahulu pada Si Comel kita sebelum membuat tempahan.


PANDUAN MENGUKUR SAIZ

Untuk memastikan Si Comel puan SELESA dengan set baju sekolah yang kita hasilkan, 2 ukuran yang penting untuk puan ukur adalah:

1. Panjang bahu
2. Panjang tangan

Untuk Labuh, tiada masalah kerana sekiranya panjang kita boleh potong mengikut kesesuaian nanti (^_^).

*Ukuran mungkin tidak tepat 100% pada badan Si Comel puan kerana ukuran kita adalah ukuran umum kanak-kanak. Sekiranya terlebih/kurang dalam +/- 1 inchi adalah perkara biasa. Eloknya lebih sedikit sebab budak akan membesar (^_^).


Sais bertindih – sebagai contoh, sekiranya Si Comel puan bersais biasa rakan sebaya berusia 8 tahun, in shaa Allah size SS sesuai. Namun jika puan rasa, beliau besar sedikit, in shaa Allah puan boleh cuba sais S. Namun kita sangat sarankan puan mengukur dahulu agar mendapat saiz yang lebih ideal.

Tidak perlu risau, jika tidak sesuai boleh ditukar, yang penting Si Comel SELESA (^_^).

Berikut model kita berusia 7 tahun menggayakan saiz baju size SS untuk rujukan puan.

 

MATERIEL

Dihasilkan dari materiel Lembut yang SELESA - Picaso Gred A yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis bagi memastikan keselesaan Si Comel. 

 

*Setiap produk yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

*Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.

Baju Sekolah Ajaib (Lengan Bergetah) BS-04

  • Views: 8762
  • Kod Produk: BS-04
  • Kewujudan: 18
  • RM36.50

Pilihan yang ada

Tags: Baju Uniform Sekolah