Untuk lihat keseluruhan produk, sila klik pada menu mengikut 'Kategori Produk'.
Jubah Sweet Hidayah (Biru) 8323-06
Jubah Sweet Hidayah (Edisi Terhad) adalah jubah Exclusive TudungSiComel yang dihasilkan dari Material Como Crepe Istimewa.

 

❤ PERASAN TAK PUAN? KAIN KEMBANG ❤

Perasan tak puan yang Jubah terbaru kita kainnya kembang bagaikan jubah Tuan Puteri 

Apakah Rahsianya?

Hehe....rahsianya adalah untuk jubah ini kita gunakan materiel COMO CREPE Istimewa. 

Kanak-kanak suka apabila kain mereka kembang. Macam Putri Raja katanya 

Jubah yang kita hasilkan adalah jubah ringkas jenis sarung yang sangat sesuai digayakan untuk pakaian harian, menghadiri majlis-majlis atau yang paling penting kita hasilkannya untuk mereka selesa ke kelas mengaji Al-Quran.


TERHAD - EKSKLUSIF

Kain jenis ini agak sukar diperolehi, jadi ianya agak terhad.


KEISTIMEWAAN JUBAH SWEET HIDAYAH

- Diperbuat daripada material COMO CREPE Istimewa

- Rekaan Jubah Puteri dengan warna dan corak terkini

- Nampak comel dan sopan bila digayakan

-  Selesa dipakai dan tidak panas

- Potongan jubah jenis ‘princess cut’ dengan cekak di tangan

-  Mudah dibasuh


SAIS/UKURAN/ UMUR

Berikut adalah ukuran (Inci) untuk setiap sais yang kita hasilkan. Cadangan umur yang kami cadangkan adalah cadangan sahaja mengikut sais biasa kanak-kanak.

Namun, untuk memastikan keselesaan Si Comel, kami sarankan rakan-rakan untuk mengukur dahulu pada Si Comel kita sebelum membuat tempahan.



PANDUAN MENGUKUR SAIZ

Untuk memastikan Si Comel puan SELESA dengan jubah yang kita hasilkan, 3 ukuran yang penting untuk puan ukur adalah:

1. Panjang bahu
2. Keliling dada
3. Panjang tangan

Untuk Labuh Jubah, tiada masalah kerana sekiranya panjang kita boleh potong mengikut kesesuaian nanti (^_^).

*Ukuran mungkin tidak tepat 100% pada badan Si Comel puan kerana ukuran kita adalah ukuran umum kanak-kanak. Sekiranya terlebih/kurang dalam +/- 1 inchi adalah perkara biasa. Eloknya lebih sedikit sebab budak akan membesar (^_^).



JAMINAN 180 HARI



*Setiap produk asli yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.
*Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.
Nota: * Warna mungkin sedikit berbeza berbanding gambar berikutan pencahayaan semasa sesi bergambar. 

Jubah Sweet Hidayah (Biru) 8323-06

  • Views: 780
  • Jenama: TudungSiComel
  • Kod Produk: 8323
  • Mata Ganjaran: 20
  • Kewujudan: 7
  • RM49.90

Pilihan yang ada

Tags: jubah kanak-kanak