Kenapa TudungSiComel.com?

Salam ceria kawan-kawan =)

Kenapa TudungSiComel.com?

Banner3

Tercetusnya idea untuk menjayakan projek membekalkan tudung kanak-kanak secara online adalah atas kesedaran untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda kepada masyarakat Malaysia.

Jika kita imbas kembali ke zaman awal 80an dahulu ataupun lebih dikenali sebagai zaman ‘aa go go’,  rata-rata wanita di zaman itu masih kurang yang benar-benar bertudung mengikut ajaran Islam.

Masih ingatkah? 

Kebanyakan mereka lebih gemar memakai baju ketat  hingga menampakkan susuk tubuh dan jauh sekali untuk bertudung. Cuba kita lihat kembali filem-filem Tan Sri P.Ramlee dan kita akan faham.

Tetapi, sampai satu masa wanita di Malaysia sudah mula bertudung dan budaya bertudung semakin menjadi perkara biasa sehinggakan artis-artis wanita di Malaysia juga sudah mula bertudung.

Semalam semasa saya bersiar-siar di Semua House, Masjid India, saya terserempak dengan artis Ziela jalil yang bertudung comel =). Alhamdulillah.

Ziela-Jalil TudungSiComel.com

Langkah Pertama

Untuk membudayakan sesuatu perkara bukanlah mudah, namun sekiranya kita tidak memulakan langkah pertama, mungkin ianya terus tidak akan berlaku.

Sehubungan itu, kami mengambil langkah pertama dengan harapan mudah-mudahan budaya ini dapat tersebar luas ke seluruh Malaysia dan semoga ianya menjadi budaya biasa suatu hari nanti.  Kami perlukan sokongan kawan-kawan semua. InsyaAllah.

Kenapa Bertudung Dari Usia Muda?

Kami percaya kepada kata pepatah;

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Kanak-kanak adalah ibarat kain putih, kitalah yang bakal mencorakkan mereka.

Tudung Kanak-kanak Online

3 Tips Mudah Mendidik Anak Bertudung

Untuk mendidik anak bertudung bukanlah perkara mudah. Namun saya sudah mencuba tips mudah ini dan ianya berhasil kepada anak saya yang begitu gemarkan mainan Barbie. Setiap hari bersolek seperti Barbie.

Akhirnya saya tersenyum dan rasa sangat bersyukur kerana dia mula gemar bertudung =)

3 Tips Mudah Mendidik Anak Bertudung

Doakan kejayaan kita bersama yer….

Salam ceria =)

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 × 4 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa