Assalamualaikum semua….salam ceria : )
Sedar tak sedar kita sudah pun melepasi pertengahan Ramadhan. Macam mana puasa anda? Harapnya tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Bagaimana pula dengan puasa si comel? Pasti ada pelbagai pengalaman menarik ketika si comel berpuasa.
Adakah si comel semakin hilang semangat untuk berpuasa di akhir Ramadhan ini? Jadi, apa nak buat? Mari kita lihat…
Di bulan yang mulia ini, tentu kita tak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan solat Tarawikh berjemaah di masjid kan. Jika kita perhatikan sekeliling, pasti kita merasa terkejut dan kagum dengan suasana masjid yang meriah kerana dipenuhi dengan jemaah.
Namun, cuba kita perhatikan pula suasana di akhir Ramadhan. : )
Begitulah juga yang terjadi kepada si comel. Ketika ini, kita boleh menceritakan kelebihan yang ada pada hari-hari akhir Ramadhan.
Seperti yang kita tahu, ada satu malam yang istimewa terletaknya pada 10 malam terakhir Ramadhan & ianya lebih baik dari 1000 bulan. Itulah Lailatul Qadar.
Seperti dalam Al-Quran :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)
Di samping itu, seharusnya kita cuba mendekatkan si comel kepada Al-Quran dengan mengaitkan situasi dan pengalaman yang si comel lalui dengan keistimewaannya dalam Al-Quran.
Semoga kita dan si comel dapat menjalani Lailatul Qadar dengan penuh berkah : )