Nak Tangguhkan Penghantaran dan Gabungkan Tempahan?

Jika puan berjaya menang Bidding(Lelongan) dan puan nak tangguh dahulu penghantaran kerana puan nak combine order dengan tudung yang lain yang mungkin puan berjaya bid nanti, puan boleh buat pembayaran dahulu tanpa kos penghantaran.

Caranya mudah sahaja, semasa puan masukan produk di Shopping Cart untuk meneruskan belian, puan pilih option penghantaran Self Pickup/ Hold Shipment(Combine Order). Kemudian puan teruskan buat pembayaran seperti biasa(tanpa shipment).

Setelah bayaran dibuat, puan akan dapat ID Tempahan dan kemudian puan boleh wasap admin dan maklumkan ID tersebut puan nak hold dahulu penghantaran dan nak combine shipment dengan ID yang lain.

Puan boleh whatsapp admin ke 011-56493906 atau klik pada butang di bawah. Selamat berjaya ^_^

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat
10pg-5ptg

Jana Pendapatan

Salam rakan-rakan, kita ingin berkongsi pendapatan dengan rakan-rakan dengan sistem affiliate yang kita bangunkan bersama web kita.

Caranya mudah sahaja:

1. Daftar Afiiliate(Mudah dan PERCUMA).

2. Login ke akaun affiliate untuk dapatkan link affiliate peribadi.

3. Promosikan link affiliate peribadi. Kongsikan di media sosial/ whatsapp group dan sebagainya.

4. Jika ada pelanggan klik link dan beli melalui web, anda akan terima komisyen dari pembelian mereka.

Contohnya jika mereka membeli dengan nilai belian RM100.00, anda akan terima komisyen 20%(rate komisyen terkini*) sebanyak = RM20.00

Jika sehari dapat 10 pelanggan, anda boleh jana pendapatan mencecah RM200.00 sehari..

Mudah kan? 😊

Kita akan sentiasa adakan sessi Live Lelongan dan puan boleh juga kenalkan diri dan kongsikan link affiliate puan di sana. Moga-moga ada rezeki puan di sana juga.

Ada ramai yang tak berkesempatan nak beli melalui jualan Live Lelong disebabkan kekangan masa dan kerja, jadi mereka lebih mudah membeli terus di web.

Kita juga akan kongsikan panduan marketing dari masa ke semasa melalui group support kita.

✔ Tak perlu pegang stok – kurang risiko kerugian.

✔ Tak perlu layang pelanggan – lebih masa bersama keluarga.

Hanya kongsi link affiliate sahaja, pelanggan beli dan anda dapat komisyen, mudah dan mudah.

Nota* – Nilai % komisyen dan komisyen pendaftaran boleh berubah dari masa ke semasa dan kita akan umumkan terlebih dahulu sebelum menukarnya.



Ceriakan Hari Anda

Jangan stress… jika anda boring-boring di rumah, jom sambil-sambil kita layan Live Lelong @ TudungSiComel. Tudung sarung, bawal, shawl ibu dan anak serendah RM1.50 sahaja. Ceria-ceriakan hari anda dengan telatah Mira, Fara, Intan dan Kaka ^_^



Selamat Datang

Salam, selamat datang ke web Lelong @ TSC dimana kita sediakan khas untuk jualan lelong tudung-tudung kita. Tudung yang kita lelong adalah:

1. Tudung Factory Reject(FRO) yang masih elok untuk dipakai.
2. Stok akhir berbaki untuk ‘cucian rak’ bagi membolehkan stok baru masuk.

Boleh KLIK SINI untuk join siri lelongan harian kita.

Kita akan sentiasa adakan sessi Live Lelong di mana puan boleh dapatkan tudung/ bawal/ shawl dengan harga istimewa tak masuk akal ^_^

Selain itu juga, jika puan tidak berkesempatan untuk join sesi live lelongan khas kita, puan boleh juga buat belian terus melalui Online Shop kita. Lebih mudah ^_^

❤
Item added to cart.
0 items - RM0.00