Ceriakan Hari Anda

Jangan stress… jika anda boring-boring di rumah, jom sambil-sambil kita layan Live Lelong @ TudungSiComel. Tudung sarung, bawal, shawl ibu dan anak serendah RM1.50 sahaja. Ceria-ceriakan hari anda dengan telatah Mira, Fara, Intan dan Kaka ^_^



Sertai Live Lelong

Memandangkan kita menjahit dan hasilkan sendiri produk kita, jadi dari masa ke semasa akan ada ‘rejek item’ yang masih elok untuk dipakai(minimal defect).

Dan juga apabila design baru masuk, design lama berbaki sikit-sikit akan kita lelong untuk bagi laluan design baru masuk. Cuci rak.

Dan yang sedihnya, baru-baru ini kita terpaksa tutup perniagaan Factory Reject Outlet(Offilne) kerana PKP berpanjangan dan stoknya sangat banyak untuk kita lelong juga.

Produk-produk yang masih elok untuk dipakai ini, kita akan lelong dan mudah-mudahan bermanfaat juga buat rakan-rakan.

Kita akan umumkan live lelong kita dari masa ke semasa dan harga lelongan kita biasanya tak masuk akal, serendah RM1.50 hehe. Stok terlalu banyak jadi mungkin perlu banyak siri lelongan huhu…

Jemput tinggalkan no telefon dan kita akan wasap kepada puan makluman waktu lelongan kita kelak, in shaa Allah.

Panduan Live Lelong

Sebelum join LIVE LELONG kita, jemput baca dulu panduannya agar lancar ^_^

PANDUAN LOCK PRODUK

1. Kita akan nyatakan Butiran Produk, Harga dan Kod Produk semasa sessi live.

2. Jika puan berminat, puan komen kod produk pada ruangan komen dan komen yang terawal adalah layak untuk dapatkan produk tersebut.

3. Sila salin senarai kod yang puan berjaya lock dan juga harganya agar mudah untuk semakan.

3. Semasa sessi live, puan boleh lock sebanyak mana item yang puan berminat dan pada akhir live, puan boleh wasap admin dan nyatakan kod produk yang puan berjaya lock.

Item added to cart.
0 items - RM0.00