Sertai Live Lelong

Memandangkan kita menjahit dan hasilkan sendiri produk kita, jadi dari masa ke semasa akan ada ‘rejek item’ yang masih elok untuk dipakai(minimal defect).

Dan juga apabila design baru masuk, design lama berbaki sikit-sikit akan kita lelong untuk bagi laluan design baru masuk. Cuci rak.

Dan yang sedihnya, baru-baru ini kita terpaksa tutup perniagaan Factory Reject Outlet(Offilne) kerana PKP berpanjangan dan stoknya sangat banyak untuk kita lelong juga.

Produk-produk yang masih elok untuk dipakai ini, kita akan lelong dan mudah-mudahan bermanfaat juga buat rakan-rakan.

Kita akan umumkan live lelong kita dari masa ke semasa dan harga lelongan kita biasanya tak masuk akal, serendah RM1.50 hehe. Stok terlalu banyak jadi mungkin perlu banyak siri lelongan huhu…

Jemput tinggalkan no telefon dan kita akan wasap kepada puan makluman waktu lelongan kita kelak, in shaa Allah.

Leave a Comment

Item added to cart.
0 items - RM0.00