Salam puan, terima kasih kerana telah membuat PRE-ORDER Tudung Marshmallow Firdausa / TudungSiComel.
Namun dukacita dimaklumkan bahawa berlakunya sedikit kelewatan di Bahagian Jahitan dan semua Krew Jahitan kita sedang berusaha untuk siapkan secepat mungkin.
Separuh tempahan telah dibuat penghantaran dan berbaki sebahagian lagi yang masih belum dapat kita buat penghantaran.
Sekiranya tempahan puan masih belum dibungkus dan dihantar, mohon puan berikan sedikit masa lagi pada kita untuk kita uruskan baki tempahan tersebut ya puan.
HADIAH INNER SOFEA ISTIMEWA
Sebagai tanda maaf juga, tempahan yang dihantar mulai 1hb Jun 2018 akan kita hadiahkan sehelai Inner Sofea Istimewa TudungSiComel dan akan dimasukkan ke dalam bungkusan nanti, In shaa Allah.
Terima kasih kerana memahami dan kami di Pihak Jahitan mohon maaf sangat-sangat atas kelewatan tersebut. Malu sangat kami dengan puan.
Namun in shaa Allah kami akan usahakan secepat mungkin. Kami bertangungjawap atas kelewatan tersebut.
Maaf ya puan =(
Rara
Pengurus Bahagian Jahitan
TudungSiComel.com/Firdausa