Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah Pra mahupun Darjah satu)
Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini.
Mungkin kerana anak merasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan kepada si anak.
Kadang-kadang kita mengambil ringan tentang tekanan yang dihadapi oleh anak ini.
Perkara ini perlu diambil perhatian kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan mampu menjejaskan sistem tubuh anak seperti selalu mengalami sakit kepala dan sakit perut.
Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Contohnya tidak suka pada guru yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan sebagainya.
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya.
Antara langkah yang boleh kita lakukan dalam menangani masalah anak tidak mahu ke sekolah adalah:
1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..
2. Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.
3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.
4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.
6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas contohnya. Oleh itu belikan mereka pakaian dan tudung yang selesa dipakai. Pihak TSC ada menyediakan tudung yang sangat selesa untuk anak anda. Sila check sini
7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.
Penutup
Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.
Semoga bermanfaat =)
Tq sharing… Anak saya baru masuk tadika 5.1.2015… Dah tiga hari ni die meragam… Pagi tadi paling teruk menangis… Risau jugak saya. Tapi saya kena tanam dalam hati, saya kena kuat.
Salam puan Syazwani, kami doakan semoga anak puan nanti akan gembira ke Tadika. Amin. Mungkin di belum serasi. Harap puan dapat bersabar dengan ujian ini.
anak sy
baru lg masuk sek
bln Ogos …
tiba skg x nk gi sek …
sbb die kata cikgu marah
n cikgu garang
anak pra 5 thn
tp cikgu x marah die pun
marah kwn² sekali
tp die terasa y die kene marah sama
die kata die x buat ape pun
tp kene marah
penin pagi nie
layan die
sbb x nk sek
takut cikgu marah
Tq for info. Saya mengalami masalah yang sama. Anak saya masih tak nak ke tadika…dah masuk minggu ke 2. rungsing saya dibuatnya..
anak sy dah darjah dua tapi masih dgn perangai taknak ke sekolah. hujung tahun lepas lebih sebulan dia ponteng. pujuk bebaik dah. marah n rotan pon dah. semua takjalan. awal ckp kena buli. tukarkan sekolah pastu baik seminggu dua je. jadi pulak perangai tu. serious letih
Sama .anak sis boy@girl?ckp elok dah ,tinggi suara dah.upah pon dh.mmg sek agama baru sbb seklh lama seklh private.tp kwn2 dan guru baru baik.seklh 2 hri je then dia nk seklh lama jg .Ya Allah sakitnya hati.rasa cam nk balun je.berilh kesabaran .seklh private kos lebih tinggi brlioat gnda.
Sama la.. risau sgt2, dh sebulan lbih x pegi skolah, ank sy lelaki, br tahun 1. Jumpa ustaz pun dh, tp xde ape2 gangguan, cuma ank sy ckp dia x berminat nk bljr pdhl dia bdk pndai, pastu lgsung x blh berpisah dgn sy. Skrg ni dlm proses memujuk, cuba kurangkn mrh2, cuba slow talk dgn dia.. Allahu Akbar, dugaannnnnn…. Huhuhu
Sama lah dengan anak saya, samapai terfikir nak tukar sekolah sebab takut ada apa2 yang tak ok di sekolah. Tapi setelah berbincang dengan cikgu, dan dengan bantuan cikgu alhamdulillah sekarang dah ok. Maybe puan boleh berbincang dengan cikgu dulu.
Semoga mudah urusan puan, aamiin
Anak sy 2mgu ni nak ke sekolah tp xnak msuk kelas..nk brteman..tp sy pksa jgk tgl die wlupn die nangis… Xtau dh nk wt mcm mane..ble tgl die ckp kte xsyg dia…pening sy…ada pgalaman@cre x nk atasi
Anak sy dr bby lg memg dh hntr taska. 4 tahun dh mula tadika. Tahun ni masuk 5 tahun tadika yg sama. Pagi td hantar still menangis wlupun dh setahun kt tadika tu. Padahal dh msuk minggu ke 2. Ada msa dia ok ada msa x ok. Risau jgk sbnrnya..
Adakah anak puan mempunyai masalah dalam pergaulan?
assalamualaikum..anak saya tiba2 menangis dan tidak mahu masuk ke sekolah..hari ni dah masuk hari kedua..dlm perjlnan pergi saya berikan kata2 semangat dan dia agak ceria jg tp bila smpi sekolah dia menangis dan mahu ikut saya balik….padahal dia begitu semangat dan teruja dr awal tahun..
Anak saya pun hr ini minggu ke -2 ke tadika ,,still jgk meragam n mengamuk ,,stat bangun je tdo ..mandi,,baju sekolah pon xnak pakai ..sbb x nak g sekolah (tadika) . Hari ini 12.01.2015 saya x hantr sbb dia xnak sekolah n nak duduk ngan pengasuh lama dia..Esok dan hari hari berikutnya x tau la camne saya nak harungi,,,
Apakata puan ambil masa untuk temankan dia 1-2 hari disekolah, sementara dia berasa selamat disana. InsyaaAllah dia akan ok bila dia mula mendapat kawan dan biasa dengan gurunya..
Terima kasih, mungkin la kot , sampai ade satu hari dia nangis dalam kelas sepanjang hari smpai bengkak mata, sayu hati saya, xnak hari hari nak marahkan dan pukul dia, saya xnak emosi dia terganggu nnt, kadang kita jadi stress fkrkan dia, saya akan cuba bincang ngn pengetua dan guru kelas dia ..
Saya sebenarnya mempunyai masalah yang sama seperti anak Puan Zainun. Anak saya bulan Julai ni masuk 5 tahun. Masa minggu pertama persekolahan dia x menangis tetapi masuk minggu ke dua dah mula menangis waktu pagi dan apabila balik dari sekolah dia akan cakap xnak g sekolah. Perkara yang berulang2 dia cakap xnak g sekolah. Tapi bila amik dari sekolah dia x menangis Nampak seronok cuma nak g sekolah pagi je dia menangis sampai melarat sampai ke petang, malam..asyik nangis je x nak g sekolah..Anak saya nak g rumah pengasuh je..Sampai saya tukarkan daripada amik dia ptg lepas kerja terus amik tgh hari waktu rehat saya hantar dia ke rumah pengasuh lepas sekolah. Pada saya xpa lah saya bersusah untuk anak saya asalakan dia x menangis..tapi masih juga menangis x nak g sekolah. Saya x tau lagi nak buat mcm mana. Macam2 saya pujuk nak belikan mainan la, terangkan kat dia amik cepat la dia macam x faham. Dia cuma cakap x nak g sekolah sbb rindu mummy. tapi saya rasa sbb dia kena bangun awal dan terasa letih untuk ke sekolah. Kadang2 saya terlepas marah juga pada anak saya dan bila difikirkan kalau asyik marah je pun x boleh juga kesian kat dia. Tolong lah saya nak buat mcm mana?
Dalam hal ini puan harus tegas. Jangan kalah kepada pujuk rayunya. InsyaaAllah lama kelamaan anak puan akan ok ke sekolah.
Dia hanya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia barunya.
salam anak saya xtahu nk mula mcm mana..anak saya pada hari pertama saya hantar dia kesekolah dia happy terus masuk tanpa pandang belakang pon dan xnagis
tapi masuk hari kedua dia nagis pada saya hantar tu smp habis sekolah pukul 1200 teacher xcall saya pon bgtahu anak saya nagis smp disekolah tgk mata dia bengkak,
masuk hari ke3 dia mengamuk teruk mmg xnak masuk terus dlm tadika tu and byk drama jugak la last2 saya bawa dia balik so sampai harini la hari2 dia nagis pergi sekolah sampai dia kena astma attack, dia bertukar menjadi tak happy makan sehari sekali susu xnak minum and jd benci dengan buku atau dengar pasal kawan2 disekolah dan dia xsuka uniform sekolah dia..saya sedih sgt2 tgk keadaan anak saya mcm ni buntu xtahu apa perlu dilakukan anak yg daripada sgt suka dan eager nk kesekolah sekarang benci sekolah,anak yg suka berkawan sekarang xsuka berkawan,anak yg suka buku kini xsuka buku…
–mohon bantu saya admin–
Langkah terbaik setakat ini puan boleh buat adalah berbincang dengan gurunya supaya sama-sama dapat membantu anak puan menyesuaikan diri dengan sekolah.
Assalamualaikum..anak saya masuk Tadika pd 5/1/2015..Dia menangis teruk.. selepas seminggu dia dah kurang menangis cuma bila hantar sahaja..masaalah saya ialah cikgu cikgu di tadika tersebut memberitahu saya yg anak sy tidak mahu masuk kelas & bergaul dgn rakan2 sebaya.dia hanya nak baring sahaja..ini membuatkan sy risau sb dah masuk hari ke 7..apa yg perlu saya buat???mohon bantuan.
Anak saya umur 6tahun baru pertama kali masuk tadika.. Hari pertama okey..hari ni hari ke 4 menangis je.. Bila ditanya jawapan die nak ibu.. tapi bila saya yang hantar lagi teruk pulak menangisnya…
Anak saya mse orientasi last week, 1st & 2nd day tak nangis..3rd & 4th day nangis sbb mse 2nd day jatuh sampai lebam pipi..tahan sakit sorg2 takde tmpt mengadu..pendam je..die tak nagis kot sbb cikgu pun tak tahu die jatuh sampai lebam..mesti die takut nak nangis..yela kan..tak kenal sape2..kalo kat rumah mesti dah nangis..mesti die rase takde orang jage die..sebab tu malam lepas blk sekolah tu die nak ummi temankan gie skolah, kalo tak die taknak pergi..tengok keadaan die mmg sedih sangat..mase gie anta die mase hari ke 3 tu, masa nak explain kat cikgu ape yang jadi, air mata saya dah berlinang dah..huhu..hati seorang ibu kan..5th day dah ok blk sbb selalu tipu die cakap “ummi tunggu dalam kete ea..petang nnt baru blk”….mggu nie alhamdulillah ok..siap ckp, abah takyah tggu la, pergi kerja je(padahal tak prnh tggu pun tapi ckp je nk tggu kt bwh:)).
Kesimpulannya, masa anta anak hati mesti kering..kalo nangis tinggalkan je…balik cepat2..pandai2 la cikgu handle nnt..kite mesti percaya yg cikgu boleh handle diorang. Bile kite blk anak2 mesti akan berhenti menangis..InsyaAllah:)
Pengalaman sy pula, anak 5thn masuk tadika, 1st day ok sgt2…2nd tpksa mc sebab muntah2..hari seterusnya ok, tp bermula smlm (18/1/15) dan harini (19/1/15) meragam pula xnak skola, puas pujuk2, sampai kena pukul dgn abahnya (sedih..sy x merelakan suami buat anak mcm tu).
Lastly, nk jg pergi..tp sampai skolah mula lagi meragam…suruh sy tgu dlm kelas…tp cikgu arahkan sy untk tinggalkan aje.Langkah kaki je meraung2lah dia. Cikgu pun ada cakap katanya anak sy xnak bergaul dgn kwn2 lain, makan pun xnak, kerja cikgu kasi pun xnak buat. Kdg2 sy buntu, tabahkan hati..nilah ujian sbg ibu bapa.
Sbg ibu sy cuba mainkan peranan yg patut,bacakan ayat2 pelmbut hati…
Harap2 lepas ni dia ok…hanya mampu BERDOA. Kalau ada ibu bapa yg boleh bkongsi tip2 lagi
saya pun mengalami situasi yg sama.. anak darjah satu tahuni.. hari pertama ok, kedua n 3 agak ok sikit.. hari ke 4 dia start buat hal xnak pergi sekolah agama.. start mengamuk.. peluk kaki saya kuat2.. tp sy tinggalkan juga.. hari ke 5 .. dia elok kat sekolah agama.. tp masa transit dia buat hal.. mengamuk then xnak pergi sekolah kebangsaan.. xnak naik van.. lari keluar dari tempat transit.. sampai pengetua sekolah agama tu call minta saya datang ambil dan juga x benarkan transit lg.. sy terpaksa EL pergi ambil dia jumaat lepas.. harini isnin.. tadi pagi nampak ok pergi sekolah agama.. dan saya harap dia akan ok sampai pergi sekolah kebangsaan.. saya cakap jika dia buat perangai baik2 dan pergi ke sekolah elok2.. hari sabtu saya belikan lego utk dia.. saya takut terlalu manjakan dia dgn mainan.. adakah betul tindakan saya ni?
Assalamualaikum.saya pun mengalami anak yg taknak pergi sek.anak saya 2 thn sek tadika.dia dah biasa dgn alam persekolahan.minggu pertama tak ada masalah.masuk minggu kedua dia mula buat perangai.mak saudara yg menguruskan dia ke sekolah.dia taknak pergi ke sekolah dan menangis.van pun rak tunggu sbb dia taknak bersiap.saya cuba bertanya apa sebab dia taknak pergi sekolah.dia tak cakap apa2 pun.saya buntu sekiranye masalah ini berterusan.bagaimana saya nak mengatasi masalah ini.blhkah admin bantu saya.
Anak saya seblum sekolah buka nk sngt sekolh,,4year..jdi saya sekolahkn…msuk mgu kdua tknk,,,puas pujuk.ngis..smpikn ckgu hntr blik..padahl rumh dpn je..sya suri rumah..klu sya hntr pukul8..pukul10 dia nak blik..ronta2x…smpikn ckgu kta..sya kne ikhtiar ambil air tawar..mgkin jua.,dia tknk renggang dri sya..
anak sy umr 5 thun dah msuk tadika..dah 2 mingu pg hntr sek dia asyik nagis saja.pastu plak dlm cls dia xnk bljr xnk focus pg ke cls lain dia xnk msuk cls dia.kain busuk dia sntiasa ada smbil pgng kain busk smbil isap jari.2la tabiat dia..dah 2 mgu sek ckigu ckp dia xnk bljr xfokus..
salam…
mohon pertolongan berkaitan anak perempuan saya yg mmg tidak mahu ke taska…sy dan suami berjauhan,sebab suami xdapat tukar lagi,sebelum ni ank saya mmg duduk ngn suami,bl suami keje die tgl ngn pengasuh,tp mule thun 2015 sy nk die ade pengisian klu msuk taska..jd sy amik die dok dgn sy n dftar taska…1st weeks persekolahan suami amik cuti utk hantr die ke taska supaye lps suami dh blk sy akn mudh…tp yg d sangka mudh bukn la mudh…setiap pg sy jd stress utk siap g keje…mohon puan bantu sy..
Assalamualaikum. Saya pun alami mcm ibu2 lain alami. Anak saya yg 5 thn br masuk tadika dan anak yg 3 thn di nurseri. Dulu anak yg 3thn dijaga jiran sejak lepas cuti pantang. Anak yg 5thn dijaga ibu saya yg tinggal bersama saya. Selepas jiran tpaksa berpindah, dan ibu saya nak balik kampung semula, kedua-dua anak saya hantar ke nurseri. Anak yg 5thn dah masuk minggu ke dua bersekolah tadika tetapi hari2 masih menangis. Pagi2 nangis2 menjerit2 tak nak pakai baju sekolah pun. Sampai pagar tadika pun still nangis2. Anak yg 3thn pun sama. Tiap hari hantar nurseri nangis, walaupun minggu pertama dia suka duduk nurseri. Cikgu nurseri kata dia taknak makan dan taknak main dgn kwn2. Tapi, tiap kali suami saya ambil kedua-dua anak time nak balik dinurseri, kedua-dua anak berebut2 nak mengadu yg mereka da pandai tak nangis pun kejap je nangis kata mereka. Padahal tiap2 pagi tetap menangis dan ulang perkara sama tiap hari. Itulah pengalaman kami. Sekarang masih doa mudah2an satu hari nanti mereka akan tak nangis pagi2 dan seronok nak g sekolah dan nurseri.
Salam…anak sy 6taun..2minggu die ok..semangat berkobar2 pegi skolah..x nangis…wlaupun first time praskolah..sy ingt die ok…pastu skali tiap2 balik die cerita die nangis kat skolah..sy tanye knp..die kate kakak xreti menulis name sendri..cikgu suruh tulis…pastu sy ckap kakak baru skolah..mne kakak tau..sy da ckap kat cikgu tu taun lpas anak sy xpenah skolah..ni hary2 meraung2 x pegi skolah.demam panas..sbut g skolah je..trus demam panas..tido menjerit2 mcm trauma.sy agak cikgu buli die..tengking2 die..die ade kate cikgu die maki2 die..mengamuk sebab tulis name x tratur..lepastu ejek2 anak sy mcm beby kuat nangis..anak sy sendri yg cerita..tu pun sy pakse..isnin ni sy nk jumpe cikgu.nk siasat ape yg jadi..dulu sepupu sy dilumat makanan kat muke sbb xnk makan nasi..
Assalammualaikum saya mempunyai masalah anak tak mahu sekolah setiap pagi susah nak kejut dan menangis sepanjang jalan.saya hantar dan tinggalkan dia biarkan dia masuk ke kelas sendiri bersama kakaknye yg darjah 3.saya dah umpan jugak apa yg dia nak tapi bila sampai masa nak ke sekolah dia buat hal. Dari 12/1/2015 sampai sekarang tak pernah sekali pun dia tak menangis. Tanya dia ada kawan2 buli ke ..cikgu marah ke dia cakap tak ada… macam mana ni admin..
As Salam puan,
Bertenang, jangan panik. Itu adalah kebiasaan bagi kanak-kanak yang baru mengenal dunia sekolah, masih dalam mode transisi untuk menyesuaikan diri.
Beri dia masa dan puan harus tegas serta tidak kalah terhadap senjatanya (menangis), insyaaAllah lama kelamaan dia boleh menerima perubahan ini. 🙂
assalammualaikum,dah masuk minggu ke5 bersekolah..saya ada anak tadika 5tahun..minggu pertama,kedua.berjalan dengan lancar…minggu ke3 demam 2 hari…lepas pada demam terus asyik cakap tak nak pergi sekolah…hantar sekolah menangis macam kena pukul…kita yang nak pergi kerja pun tak sampai hati nak tinggal kan…tapi tetap kena tinggal…bila tanya cikgu…hadif ok je puan…lepas menangis..semua keje yang cikgu bagi…dia buat..tapi esoknyaa ulang balik benda yang sama…padahal mood pagi ok..dah mandi..siap pakai baju…bila suruh pakai kasut…”Hadif tak nak pergi sekolah, sekolah tak best”…mmm dh tak tau nak buat ape…sampai laa pada hari ini
As Salam,
Biasa la kanak-kanak, memang ragamnya bermacam-macam. InsyaaAllah jika puan terus konsisten dan tegas supaya dia bersekolah, lama kelamaan dia akan boleh menerima rutin ini.
Yang penting, jangan kalah kepadanya. Sebab jika sekali kita mengalah, dia akan buat perangai lagi lain kali.
Assalamualaikum, sy mpunyai masalah yg sma, anak tak mahu ke tadika.apabila ditanya kenapa, dia jawab dia tak pandai mengeja, membaca seperti rakan yang lain . sudah dipujuk pun masih tak nak.kemungkinan level confident kurang.skrg sy n suami mencuba untuk menaikkan level confident .klu blh minta pendapat admin.
As salam
Ya puan perlu teruskan beri semangat kepada anak puan untuk terus datang ke sekolah. Mungkin disamping itu puan boleh mengajar anak puan membaca secara peribadi di rumah.
Assalamualaikum..mcm2 aduan drpd ibu bapa..sy pun alami situasi lebih kurang sama.
1st week ok, masuk 2nd week meragam sampai tukar ke Tabika Kemas lain.
ujian pula sejak sebulan ni meragam, menangis xnak sekolah..katanya dia lambat siapkan keje..
cikgu marah, kwn2 ketawakan. Mcm2 janji dan ganjaran kami tawarkan.
Nak juga dia bsiap pakai baju semua, tp sambil tu meleleh air mata, merungut, moyok..sampai skolah suruh sy teman. Sy x tahulah ape sebab sbnrnya..cadang memang nk jumpa cikgu berbincang.
Sy bukan apa, x sanggup ..kesian anak kena marah dgn abahnya..suami hanya tahu nak marah, mbebel, mengkondem anak je, bkn nak pujuk..pagi2 dah tension sy dbuatnya.
Salam. Saya mengalami masalah anak menangis nak kes sekolah. Pernah dia lari dari sekolah. 2 minggu persekolahan ok. Tp selepas itu hingga kini asyk menangis apab smp le sekolah. Apa yg patut saya buat?
Langkah terbaik setakat ini puan boleh buat adalah berbincang dengan gurunya supaya sama-sama dapat membantu anak puan menyesuaikan diri dengan sekolah.
InsyaaAllah dia akan Ok juga nanti 🙂
Salam…
Ank saya 7tahun..dh sebln tak mau pegi sekolah..dh habis cara dah memujuk..mak dia stress..tp harus bersabar..
Ya puan. Begitulah.
Kadang-kadang kita perlu bertegas dan tidak mudah lembut dengan karenah anak. InsyaaAllah dia akan mampu sesuaikan diri tidak lama lagi. 🙂
Salam, sama..anak sy 7tahun.. awal tahun haritu ok je pergi sekolah..tp sejak 2 3 bulan ni dia ssh sgt nk g skolah.. dia kata bosan.. tp masalah dia, dia x nak bercakap dengan org.. kawan ckp ngn dia, dia x jawab..cikgu tanya pn dia diam je.. sy xtau nak wt macam mana ..
Assalamialaikum. Saya nak berkongsi pengalaman anak tak nak pergi nursury/tadika. Umur anak saya masa tu 5 tahun. Sejak umur 3 bulan saya hantar ke nursury yg sama dgn abg dia. Ok je. Tapi bila abg dia nasuk darjah 1, anak saya ni tak mau pergi; ataupun lepas paksa pergi jugak tapi lambat ; mcm2 hal/ alasan /perangai/mood yg dia buat. Tiap2 hari stress saya., dari bulan jan sampai nak masuk bulan april. Saya tanya dia sbb tak nak pergi; dia kata cikgu suka marah & pukul dgn pembaris besar. Saya dengar cerita dia mcm tak logik tapi saya tanya pd pengetua tadika. Pengetua kata cikgu2 dia tak pernah pukul anak2 murid & takde pembaris besar. tapi tak berbuat apa2 utk menyelesaikan masaalah saya. Naluri saya kata sesuatu kena berubah. Jadi saya survey tadika terdekat yg lain & beritau masalah saya pada pengetua tu yg sgt berpengalan & sgt memahami. Dia masalah ini terjadi mungkin sbb anak saya terasa kehilangan abg dia yg telah masuk sklh kebangsaan. Dia nasihatkan saya utk ‘start fresh’ dgn tadika baru dan dia sedia menolong. Saya masukkan diabke tadika baru. Sebelum tu saya beritau kpd anak saya cerita2 menarik mengenai tadika baru & cikgu2 baru, dan my expectation yg dia mesti ke tadika dan mesti on time. Byk benda yg saya buat utk memastikan dia pergi & serba sedikit menurut kerenah dia asalkan tak melampau.eg. Sekalu sekala pergi kedai dulu belikan gula2., temankan dia ke toilet kat tadika tu pagi2 sebelum mula kelas, ambik balik on time, sampai kpd saya jalan kaki dgn dia ‘piggy back’ 2 kali round (parking kereta jauhnya 5 minit berjalan) sebelum sampai ke tadika, selama 2 tahun. Alhamdullilah lah saya ni full time house wife. Saya buat tu sbb saya tak nak anak saya ada alasan utk tidak pergi ke tadika. Kalau dia malas saya tahu. Cikgu2 dan pwngetua tadika tu sgt perihatin. Alhamdullilah. Skrg anak saya dah darjah 2 dan tak pernah ada masalah pergi sklh semenjak dari hari pertama darjah satu lagi.
Saya mempunyai masalah. Anak saya perempuan dan sekarang darjah 1. Semasa awal mule persekolahan anak saya tidak mempunyai masalah hendak ke sekolah. Tetapi mulai awal bulan bulan julai ini dia tidak hendak masuk ke sekolah. Padahal masa dirumah dia tiada masalah. Siap seperti biasa tetapi bile sudah sampai di depan sekolah baru dia buat perangai tidak mahu masuk ke sekolah. Mengamuk2 tak hendak masuk ke sekolah. Sehinggakan cikgu pengang tangan dia bawa masuk ke dalam kelas. Saya buntu macam mane hendak buat.
Salam
minggun ini merupaka minggu kedua saya hntar anak lelaki berumur sethun 8 bulan ke taska…masalah yang dihadapi minggu ini masih sama dengan masalah pada minggu pertama.hati saya brtambah runsing dan risau..
pada mnggu pertama , hari isnin anak tidak mahu mkn dan minum susu sedikit shja di taska…masa pagi nak tinggalkan dia menangis…bila balik nampak ibu ..ceria wajahnya…
hari kedua (selasa) telah demam dan perut kembung sebb tak makan di taska…berlanjutan hingga hari hari ke empat (khamis)…sehingga hari ke lima (jumaat) , muntah2 beberapa kali hingga telah dyhydrated dan kena masuk wad ….sedih saya, berat badannya telah turun…
apa yang perlu saya lakukan….saya memang sangat risau…
tu gambar daniel kan? anak saya junior dia…hehe
saya ada masalah anak tak nak ke sekolah..anak saya tahin ni darjah satu…dia tak nak kesekolah…3 hari ok je..mahu nk berkemas ke. sekolah..hari ke 4 tak nk berkemas utk ke sekolah..boleh bagi pandangan dgn pemasalahan ini…mcm2 cara saya pujuk ..
Assalamualaikum…
Anak saya dr rumah lg dh tak nk turun sekolah mula ok masuk minggu ke2 dia tak nk turun…tak tahu nk buat mam mana kat sekolah ok semua tak ada masalah pun…nk minta tuan puan bg tip cara nk suruh dia nk turun sekolah semua 7tip semua dh pakai ttp hati dia keras tak nk kesekolah
As salam,
sye jge mmpunyai masalah yg same…for the first week xde masalah..tp mggu ke 2 start belajar anak sye start x nak ke skolah..bile tye kenape xnk pg sekolah,xnk belajar ktenye..hal ni sgt mengganggu sye..mohon nasihat &bantuan
Assalamualaikum . Sy mempunyai masaalah ank yg hanya membuat hal sendiri didalam kelas . Sedangkan cikgu sendiri x dapat berbuat apa ,sekiranya berkeras dia akan menangis .. tentang pergaulan dia memilih sesetengah org saja ..
Assalammualaikum….
Ha…pagi2 terpaksa Google petua Anak mudah bangun pagi Ke sekolah., anak sy anak istimewa, hyperactive… Masalah utama saya kejutkan dia pagi2 Ke sekolah..ni dh bulan Feb .jan-feb dia cuma sekolah 14 hari Jew, campur cuti sakit dia ngan cuti tak bangun pagi dia… Rasanya semua petua yg diajar yg sy Google sy dah buat tapi tak menjadi.. Mgkn dia Ada bad experience Kat sekolah..SBB awal january tempoh hari,sy perasan di belakng paha dia Ada lebam besar2 bekas di cubit..jadi sy pun terus inform Cikgu mengenai masalah ni… Slpas ITU alhamdulillah x de lebam2 agi… Cuma Anak sy makin takut makin tak nak Ke sekolah…ibu2 yg Ada experience cam ni boleh share tak solution nyew… Dia insan istimewa,tapi sy tahu dia pun perlukan pelajarn macam anak2 yg lain…terima kasih
Assalamualaikum..anak sulung saya thn ni da msk 2 thn tadika,dr thn lalu lg smpai la ni thn msh lg menangis bila pgi sklh..br2 ni alasan nya takut dgn guru garang,saya da jmpa guru bgtau tp msh jg menangis tdk mau pgi sklh…
Salam … anak sya bulan pertama , kedua dan ketiga tak pernah selang .. seronok ja pergi sekolah .. tapi bulan ke empat dia tak nak pergi buat perangai kadang hntr dpn sek pon dia nk balik … cikgu cakap sebelum ni dia oke , susah hati saya di buatnya ??
saya rasa bila masa selepas peperiksaan cikgu jarang masuk kekelas kekadang makan belaku buli ini yang menyebabkan anak tak mau kesekolah….macam anak saya yang darjah satu…saya belasah dia pun tak mau kesekolah daripada lebam lebam kena belasah jadi saya terpaksalah tinggal kan dia dirumah bersendirian….ia memang mebuatkan kita risau…jadi ada tak candangn mungkin sekolah rendah berasarama di pendalaman ke jika ada,
Assalamualaikum.. Saya mempunyai seorang anak yg selalu menangis ke sekolah dari umurnya 5 thn hingga 6 tahun masih lg menangis setiap kali ke sekolah kadang2 adakala sy hampir buntu memikirkan jalan penyelesaian risau tahun dpn akan masuk ke tahun 1. Menangis bukan sikit2 petern yg akan menjerit da lari dari kelas bagaimana cr yg lg berkesan untuk sy selesai masalah ini.
Salam….saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 6 tahun (sekarang prasekolah), saya mula hantar sekolah tadika pada umur anak saya 4 tahun. Anak saya gembira, ceria dan apabila saya tanya pandangan cikgu-cikgu, anak saya seorang budak berani, rajin bantu guru, pandai bergaul dan suka melibatkan diri dalam aktivi sekolah. Tetapi dalam dua tiga hari nie dia mula buat perangai menangis kat sekolah dan tak nak ke prasekolah dan transit. Macam-macam alasan yang dia beri untuk tidak hadir kesekolah apabila saya dan suami memujuk. Bagaimana pandangan dan cara yang perlu saya selesaikan.
Salam….saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 6 tahun (sekarang prasekolah), saya mula hantar sekolah tadika pada umur anak saya 4 tahun. Anak saya gembira, ceria dan apabila saya tanya pandangan cikgu-cikgu, anak saya seorang budak berani, rajin bantu guru, pandai bergaul dan suka melibatkan diri dalam aktivi sekolah. Tetapi dalam dua tiga hari nie dia mula buat perangai menangis kat sekolah dan tak nak ke prasekolah dan transit. Macam-macam alasan yang dia beri untuk tidak hadir kesekolah apabila saya dan suami memujuk. Bagaimana pandangan dan cara yang perlu saya selesaikan.
Assalamualaikum maaf saya nk tanya mcm mn nk mengatasi ank saya yh selalu menagis bila berada d sek?..ank sya ni dh 10thn..bila bgn pg ja kdg2 okey kdg2 x jgk..tp bila dh siap semua dia okey..bila dh smpai sek selalu tme rehat dia msti call saya srh amik dia nk demam la skt prt la skt kpla la..pastu kdg2 dia berulang kali srh abh dia dtg amik awl..padahal abh dia selalu dtg awl pn..dkt umah sblm nk kuar pn dh tnya soalan tu jgk
dkt sek pn msh tnya lg..sya pn dh xtahu nk bt mcm mn..dia ada bgtau kata nk tukar sek…ptt ka saya ikt dia tau x?..ank sya ni dlu pnh jgk brgdh dgn kwn dia stu klas..dia ada la cita kat saya kwn dia nk bt mcm2 dkt dia..saya pn xtahu la btl ka x apa yg dia kata…sya dh buntu la skrg ni..Bagaimana sya nk mengatasinya .. dh tanya cikgu sek kata dia okey..bagaimana cara perlu saya selesaiknnya? .Tq
Assalam,
Adakah puan pernah berbincang dengan gurunya di sekolah? Mungkin ada perkara-perkara di sekolah yang membuatkannya takut dan tidak selesa.
Assalammualaikum. Anak sy lelaki darjah 1. Dah msk bln 2, meragam x nak pergi sek katanya lama sgt sek. Dulu masa 5thn dan 6thn pun begitu. Kat rumah nak suruh mandi dah start nangis2. Pastu mulalah ngadu sakit perut, sakit kepala dan rasa nak muntah. Sepanjang sek ni dah 3 kali g klinik. Tp dia nangis2 pun sy paksa dia sek. Lps tinggalkan cikgu ckp dia ok. Lps blk sek agama sy suruh atok dia uruskan tanpa sy, dia ok. Seeloh2 dia x blh nampak saya. Mmg stress hari2 keadaannya begini. Dah byk usaha sy buat dan terus berdoa.
Salam ank saya pun tak pergi sekolah dh nk masuk 2 bulan.dekat rumah ok je.bila sampai kat skolah dia tak nk masuk.ank saya umur 9thn.mcm 2 dia bgi alasan kat saya takut la,cikgu garang..macam nk atasi prkara ni.risau saya..
Sebenarnya ketegasan adalah perkara paling penting dalam hal ini.
Memanglah pada pandangan kanak-kanak, rumah adalah lebih seronok daripada sekolah.
Tetapi kita sebagai ibu bapa harus tegas dan jangan terlalu mengikut peel anak-anak.
InsyaaAllah, lama kelamaan dia akan ok.
salam saya mempunyai seorang adik yang baru di tahun 1 , pada mulanya semangat kesekolah adik saya sangat – sangat bagus , balik sekolah terus buat kerja sekolah yang diberikan oleh guru , selepas itu bersekolah agama anything okay , tetapi selepas seorang hamba Allah bapa kepada anak saudara saya , bapanya baru dikeluarkan dari pusat disebabkan drug kes.
waktu itu situasi mentalnya masih okay ,selepas seminggu hamba Allah ini membuat masalah dengan keluarga saya ,memaki hamun keluarga saya . pada satu malam adik saya bermain dikawasan court futsal yang berdekatan dengan rumah .. hamba Allah ini mencari anaknya marah2 ibu saya , apabila di ternampak adik saya dia menengking adik . Adik saya juga melihat situasi yang yang hamba Allah ini menyerang ibu . selepas beberapa minggu adik saya masih okay untuk pergi kesekolah .. tetapi pada bulan nak dekat puasa dia mula tidak mahu kesekolah dia menangis bagaikan ada sesuatu dekat sekolah itu , saya sebagai kakaknya cuba bertanya ,adik saya cuma bercakap dia takut jika hamba Allah tu datang , adik saya ibarat dia tidak selamat disekolah itu..
setiap hari hantar bila sudah sampai di depan pintu pagar sekolah dia tidak mahu masuk , saya bawa dia kelas juga pun dia tidak mahu masuk kedalam kelas . saya tunggu di pondok berdekatan dengan kelasnya juga dia tidak mahu masuk . saya cuba letak dia ditempat duduknya di sekolah , saya lari dia juga lari mengejar saya sampai ke bawah. selepas beberapa minggu seperti itu , guru disekolah itu berkata cuba untuk pindahkannya kesekolah lain cuba untuk beralih angin katanya . selepas pertukaran sekolah tersebut . hari selesa mula bersekolah ,juga sama sikap , bila saya tinggal dia kerja saya balik , waktu first itu saya dan ibu saya mengunggunya disekolah seharian , dia tidak padangan kelain dia memandang ibu saya , sudah dekat waktu balik barulah dia memandang kedalam kelas … pada hari seterusnya begitu juga dia menangis dan dia sanggup mahu terjun dari motosikal kerana tidak mahu ke sekolah ..
pada hari ahad harini dia sanggup lari apabila saya mahu hantarnya kesekolah… dan sangat dimemanjat dawai2 court futsal.. saya cuba bertanya apa yang dia takuti disekolah bahkan dia hanya berdiam dan tidak mahu bercakap apa2… ibu saudara saya juga ada bertanya jika adik saya bermain di rumahnya ibu saudara saya bertanya kepada dia tidak mahu ke sekolah … malah di tidak bercakap apa2 juga… ibu saya juga ikhtiar untuk mengambil air dari ustaz2 .. supaya lembutkan hati dia untuk kesekolah … ibu saya hanya tawakal pada Allah S.W.T je sekarang ini dengan masalah adik saya ini. ibu saya banyak berikhtiar berubat dengan ustaz untuk pulihkan semangat mungkin dia trauma dengan sergahan dari hamba Allah tersebut ke apa ke kan.. saya juga ikhtiar belikan jus2 minda dan kismis…. sekian itu sahaja yang saya ingin katakan. sekian terima kasih
Anak saya dari unur 5,6,7 dan 8 tahun x nak kesekolah..macam2 saya buat..dari cara lembut hingga kasar ttp x konsisten hadir ke sek..
Mengamuk menangis menjerik baring dilantai sambik hempuk kepala kaki badan semua dia sanggup
Saya dh lali dngn sikap dia cmtu..
Time dia ok mudah sja dia ke sek..
Tpi jngn harap penuh sebulan dia hadir
Keadaan saya pula ada ank kecil bru 3 bln n bru habis pantang..
Masih berjaga2 dlm hal2 urus anak lelaki sya..that mean..nk tarik dia turun dri kereta mesyi guna tenaga kuat..dia tantrum..
Suami pula ada 2 rumah..(poligami)
Time bapa x ada dia mula buat x nk ke sek..bapa dia tahu keadaan anak kami..tpi dia pon x leh buat apa2..sbb kerja shiff n balik selang sehari..
Jumpa cikgu n bincang masih anak saya bersikap x mahu ke sek..
Alasan buli,org ambil duit,buku x ada cikgu garang semua saya n suami bincang ngan cikgu
Sampai bila anak sya akan bersikap begini sya pon x tahu..
Sabar n terus sabar..
Klu ada pandangan tlg saya
Assalam puan,
Sebenarnya ini adalah sikap normal bagi kanak-kanak. Saya sering menghadapi situasi sebegini.
Apa yang puan boleh lakukan adalah sentiasa tegas menyuruhnya ke sekolah, walau apa pun alasan yang diberikan. Tegas tidak selalunya perlu garang, tapi konsisten dengan keputusan kita.
InsyaaAllah, mungkin puan boleh mewujudkan sistem ganjaran kepada anak-anak yang hadir ke sekolah.
Assalamualaikum cikgu…maaf saya bertanya cuma ingin minta pandangan dari cikgu … apa yg boleh dilakukan jika kank2 berumur 11 tahun tidak mahu ke sekolah sebb melihat kakak yg sudah berumur 17 tahun tidak ke sekolah kerana si kakak mengalami kecederaan selepas menjalani latihan sukan…apa yg saya lakukan?.
Wassalam puan,
Dalam hal ini, puan perlu tegas dengan anak puan supaya dia ke sekolah. Janganlah terlalu mengikut kehendak dia tanpa alasan yang munasabah.
Puan boleh menerangkan sebab dia perlu menghadiri sesi persekolahan dan akibat dari ponteng tanpa sebab. Dan pastinya setiap mesej yang disampaikan harus jelas dan dalam nada yang serius.
InsyaaAllah, he will be fine
Pagi, saya juga mempunyai masalah anak tidak mau ke sekolah.. Umur 5 tahun setiap hari ckp x mau ke sekolah, tanya kenapa sebab x mau buat homework😅 padahal ini masuk tahun ke 2 suda ke tadika tapi kalau hari sukan suka pula dia ke sekolah.. Tiap pagi macam berperang saja mau tukarkan baju dan berus gigi.. Pening kepala & stress
Bersabarlah puan.
Begitulah ragam anak-anak. Membesarkan mereka memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi.
InsyaaAllah, dia akan suka ke sekolah nanti 🙂
Anak saya umur 10 thn…kalu ikutkan minggu…dah msk minggu yg ke 4…dia x mau ke sekolah..punca dia x mau ke sekolah sbb terganggu dgn rakan sekelas yg sering meminta wang dan menggugut x mau berkawaan sekiranya ank tidak memberi wang yg diminta…namun isu tersbt sy anggap dah selesai sbb guru pun dah tahu dan telah mengambil tindakan terhadap rakan sekelasnya..namun sampai skrg dia masih enggan ke sekolah walaupun telah dipujuk dan juga dimarah…bila ditanya dia enggan mmberitahu sbb dia x mau ke sekolah…dan hanya menangis
As salam puan..kes ank puan sama ngn kes anak sy..ank sy tahun ni darjah 2..kes kwn mintak duit tu dr drjah 1 lg..MS darjah 1 2 bln sy struggle antar dia sekolah sbb dia selalu nk ikut sy balik..lepas 2bln dia ok..ni drjah 2 jd balik..sy xtau dah nk wat mcm mana..kelas kafa pun dia xnak ikut..sy hantar dia kafa berbayar kt luar..still selalu x nak pg..sy buntu dah..anak puan da ok ker skrg?…
Anak saya berumur 13tahun baru tahun pertama sekolah menengah ..dlm setiap minggu mesti anak saya akan ponteng/tidak pergi sekolah…sampai dah di panggil guru kaunseling tapi masih tidak berubah tidak pergi sekolah setiap hari pkl 11 saya akan call ke rumah dari pejabat untuk ingat kan bangun pergi sekolah..dah di marah dah pujuk masih tak nak pergi sekolah
saya mempunyai seorang anak-anak lelaki berusia 5 tahun. tahun ni adalah tahun pertama dia ke pra-sekolah. sebulan pertama memg tak dinafikan anak saya agak agresif dan asyik tak mahu kesekolah. setiap malam dan setiap pagi memg asyik ckp x nak skolah. sekarang dah ok cuma cikgu bagitahu yg anak saya tidak suka melibatkan diri dgn aktiviti di dalam kelas. dia suka berseorangan, tidak bergaul dengan kanak-kanak lain, kurang bercakap dan tidak mahu menyertai apa2 aktiviti seperti nyanyian, menari..melukis..bersukan etc yg mungkin bagi kanak2 lain adalah seronok. tp bukan pada anak saya. cikgu juga bagitahu yang anak sya tidak akan membuat/menyiapkan buku kerjany dengan sendiri. sampaikan cikgu harus duduk bersebelahan dan membantu ny baru dia akan membuatny wpun tdak siap sepenuhny. Saya rasa seperti dia tidak berminat utk bersekolah dan bersosial. tetapi bila dengan ahli keluarga yg seusia denganny dia ok pulak.
saya sll bertanya kenapa dia x mahu ke sekolah atau x mahu berkwan. dia hanya diam dan seperti tak faham
saya sgt buntu dan adakah saya patut menukar anak saya ke sekolah lain?
Wah terimakasih atas informasinya ,saya jadi tau bagaimana mengatasi anak yang malas ke sekolah
smkom sy nk tnye klw ank nagis ke sekolah dh masuk 5 hari …tpi tetap nagis ke sekolah…setiap pgi sy nasihat dgn dy jgn nagis ke sekoĺah…mule2 dy terime ape sy ckp tpi baru sampai ke sekolah dy buat hal blik
salam.. ank saya dah nk masuk 2 bln sekolah, setiap pagi anta tadika mmg akn menangis.. tapi bila saya balik, dia ok jer.. mcm mne ye nk buat?
Assalammualaikum..anak saya bru 4 tahun..dia dh msuk tadika,masa mula2 nangis,sy tman,hari kdua strerus smpai skrg..sy xtman dh..tpi dlm brapa hari nie,asyik nangis je,xnk g tadika,nk mak kta nye..sblum nie ok,xda mragam truk mcm skrg..pnh tnya guru nye…guru nye ckp,bpa nye slalu ambl lwat 1 jam,sbb keje…tue dia nangis,tpi yg plik sblum nie x nangis,skrg mragam truk,risau kwn dia xnk kwn ngan dia..apa perlu saya buat..
assalammualaikum. Anak sy umor 7 thn. awal persekolahan, anak tidak mempunyai masalah. hari-hari pergi sekolah, seronok kata dia. tapi masuk bulan kedua, anak mula liat kesekolah. mula-mula sekolah agama, ada sahaja alasan taknak pergi. tp alhamdulillah sekolah keb. dia masih pergi waktu itu. namun setelah masuk bulan ketiga. kedua-dua sekolah dia dah taknak pergi. saya dah rujuk cikgu kedua-dua sekolah, anak tidak mempunyai masalah di sekolah. dia budak yang baik dan proses belajar dia agak cepat. saya dah buntu cara apa untuk menarik minat kembali ke sekolah. sekarang sudah hampir satu bulan dia ‘on off’ ke sekolah. keadaan ini sangat buat saya risau.