Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

sekolah
Sekolah adalah syurga bagi anak-anak jika mereka sudah suka

Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah Pra mahupun Darjah satu)

Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini.

Mungkin kerana  anak merasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan kepada si anak.

Kadang-kadang kita mengambil ringan tentang tekanan yang dihadapi oleh anak ini.

Perkara ini perlu diambil perhatian kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan mampu menjejaskan sistem tubuh anak seperti selalu mengalami sakit kepala dan sakit perut.

Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Contohnya tidak suka pada guru yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan sebagainya.

Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya.

Antara langkah yang boleh kita lakukan dalam menangani masalah anak tidak mahu ke sekolah adalah:

1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..

2.  Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.

3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.

6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas contohnya. Oleh itu belikan mereka pakaian dan tudung yang selesa dipakai. Pihak TSC ada menyediakan tudung yang sangat selesa untuk anak anda. Sila check sini

7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.

Penutup

Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.

Semoga bermanfaat =)

93 comments

  1. ank sy umur 10 tahun…baru2 ini dia kena demam panas sgt..tentulh sy cutikn selama 3 hari berturut sbb kcian. esoknya da x nak g sek n nk minta tukar ke sek lama..pening sy da somi cm mne nk tangani

  2. Assalammuaalaikum
    Ank sy umo 8tahun…selalu xnk ke sekolah… Sy hbs cra mnsihati dye tuk kesekolah… Skrg lg teruk stu bln berapa kali je dye kesekolah… Sy stress

  3. Salam,ank praskolah 6tahun,hari prtama happy go lucky pergi skolah…msa nak blk skolah kwn gigit tngn dia pulak. Hri kedua skolh nangis takut kwn gigit blk tp sy pksa jg pergi skolh n minta guru asingkn tmpt duduk dgn rakn yg gigit dia. Hari ketiga nangis jg, xmo skolh..tnya2 kat dia napa lg xmo skola?? Dia kata guru cubit kepala n pipi dia..skrg ni xnak skolh da kata guru jahat ‘kkk takut da skolah’..alahai apa nak buat ni..pleaseee

  4. salam puan..anak sy berumur 5 tahun dan masuk ke sekolah pasti..minggu pertama dia sgt suka ke sekolah dan hujung minggu pun bak pergi sekolah..tp minggu kedua nie dia tiba2 jadi x nak ke sekolah..bila di tanya sbb takut dengan rotan panjang yg ditunjukkan oleh guru..guru memberitahu akan merotan pelajar yg bercakap..sy rase ugutan sebegitu amat keterlaluan utk pelajar yg baru berusia 5 tahun dan baru mengenali sekolah..sy x nak disebabkan sikap x professional guru tersebut menyebabkan pelajar trauma utk ke sekolah..

  5. salam puan..anak sy berumur 5 tahun dan masuk ke sekolah p_s_i.minggu pertama dia sgt suka ke sekolah dan hujung minggu pun nk pergi sekolah..tp minggu kedua nie dia tiba2 jadi x nak ke sekolah..bila di tanya sbb takut dengan rotan panjang yg ditunjukkan oleh guru..guru memberitahu akan merotan pelajar yg bercakap..sy rase ugutan sebegitu amat keterlaluan utk pelajar yg baru berusia 5 tahun dan baru mengenali sekolah..sy x nak disebabkan sikap x professional guru tersebut menyebabkan pelajar trauma utk ke sekolah..

  6. Slm tuan nk tanya kalau guru pra ni jenis sombong,garang..sampai bdk takut dgn ibubapa pon cara komunikasi xbaik..cam ner nak ambil tindakan yea

  7. mungkin berat nya itu diawal karna blm terbiasa

  8. Rahilah binti Amran

    Assalam,anak saya darjah 4,sejak ni dia tidak mahu hadir ke sekolah kena takut pada guru yg garang dan suka memarahinya dengan mggunakan perkataan kesat seoerti bodoh,lembab,cikgu bahasa aku tak mau bil peduli pasal hang sehingga di malu untuk ke sekolah,saya dah berbincang hal ini dgn guru tersebut,dia tidak mgaku dan dia kta hnya marah ke arah positif,dan cikgu membals semula kepada saya bukan senang nk handle 35 org murid dalam kelas..kerana masalah dia anak saya jdi mgsa,sbb anak saya lambat sikit belajar,tpi dia rajin ke sekolah…kerana 1 mata pelajaran cikgu ni habis semua pelajaran lain terganggu sbb dia tidak mahu ke sekolah.En ada pendapat? Saya sentiasa doakan anak saya..buat mcm2 dah..

  9. Hi, Saya seorang guru, Saya menjalani masalah handle seorang budak umur 5 tahun, dia asyik nangis semasa datang sekolah sampai sesi pengajar terpaksa ditangguh sehingga dia berhenti menangis. Dia berhenti menangis apabila datang guru lelaki untuk mengarahkan dia berhenti menangis. Saya perlukan bantuan nasihat sebab sudah hampir sebulan dia dalam keadaan begini setiap hari, saya rasa agak tertekan…

  10. good article and gives a lot of information

  11. Anak lelaki sy mohd danial tk ke sekolah sebab main telpon tengah malam sampai pagi harap pihak bertanggungjawap mengadakan game2 tampil beri sebab kenapa adakan game ini untuk kemudahan yg merosakkan otak anak sy saman pun nnt akan dibuat utk syarikat2 itu utk pihak rakyat melayu

    malaysia

  12. Zalikaaziz

    ank sy baru 3 tahun sy dah masokkn dekat playschool untuk biasa kan dia bersosial maksud berkawan,masalah sy skrg bila anta ke skola dia akan nagis.sebb sblom ni mmg xpenah kne tinggal.ni sy anta g skola untuk biasa kn dia dgn alam skola.tiap kali bila ambil dia and tgk buku laporan semua cikgu tulis menangis sepanjang masa,x boleh kna tinggal,nagis tanpa sebb…apa² aktiviti dekat skola xnk terlibat..mcm biasa nagis je,lagi satu dekat skola ank sy kurang mkn.sy hari² ckp dgn ank sy jgn nagis g skola sbb g skola kn Best ramai kawan..tp tetap jugak nagis kadang sy rase frust.hari² pk siap google lagi mcm mne cara nk bg dia tak nagis g skola..mohon bagi cadangan min..

  13. Ahmad Khairi bin Saimin

    Assalamualaikum wrt. Anak buah saya dalam bulan ni satu minggu tidak ke sekolah. lagi teruk masa bulan Ramadan satu bulan penuh tidak ke sekolah. pujuk pun sudah umpan dengan kereta kontrol mainan pun sudah rotan sebat tampar pun sudah tetap degil tak mahu ke sekolah.

  14. Assalamualaikum w.b.t.. hari ini dah masuk hari yang ke enam. anak saya kembar. dari rumah sampai ke sekolah nangis sampai bengkak2 mata tak nak pergi sekolah. yang si abang cakap tak boleh tidur dalam kelas cikgu marah. si adik pulak cakap bising dalam kelas. dah puas pujuk tak jalan juga. tapi tetap juga hantar ke sekolah. sampai sekolah cikgu pegang satu sorang. balik sekolah tanya anak ok tak sekolah hari ini. lepas 2 nangis dah tak nak persi sekolah.

  15. salam tuan, anak saya dah masuk tahun ke 2 pergi ke sekolah tadika. masuk je 5 tahun, dia mula meragam, buat perangai tantrum setiap malam untuk ke sekolah. kami dah cuba untuk berhubung dengan cikgu, tanya dengan baik. tapi masih lagi kerap buat perangai tanak ke sekolah. apa patut kami lakukan? anak kata dia tanak ke sekolah sebab cikgu garang kerana dia masih slow untuk baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa