Mendidik Anak Berbicara: Berkata-Kata Baik Dan Dilarang Berbohong!

Mendidik anak

Para ibu bapa perlu mendedahkan dan mendidik anak-anak dengan adab-adab yang mulia bersama ibu bapa terutamanya adab berbicara.

Ini adalah penting untuk membentuk peribadi anak yang baik dan sopan dalam mengeluarkan tutur kata kelak, seterusnya membentuk peribadi yang mulia.

Dedahkan anak dengan menggunakan qaulan karima (perkataan yang baik dan disenangi) sejak mereka dari bayi lagi.

Ibu bapa sebagai model ungul anak-anak mengamalkan adab yang baik ketika berbicara degan ibu bapa masing-masing.

Sentiasalah bercakap dengan menggunakan kata-kata yang lembut, tidak menyakitkan hati dan tidak menengking mereka. Perbuatan ini menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

Mendidik Anak

Latih dan mendidik anak-anak menggunakan kata-kata qaulan karima ketika berinteraksi dengan ibu bapa seperti:

  • Memanggil ibu bapa dengan panggilan hormat seperti ibu, mama, emak, umi kepada ibu dan ayah, abah, papa kepada bapa
  • Ajarkan anak ungkapkan seperti “Saya sayang ibu, saya sayang ayah.
  • Ajar anak mengucapkan terima kasih apabila ibu bapa memberi sesuatu. Ia akan melatih anak supaya sentiasa untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja
  • Ajarkan supaya mendahului ibu. Dalam perkara ini ibu bapa perlu memainkan peranan contohnya, apabila anak mahu bersalaman, minta mereka bersalaman dengan ibu dahulu kemudian bapa

Terdapat banyak hadis rasulullah yang menjelaskan adab dan kaedah berkomunikasi dalam Islam. Perkara yang paling asas dalam mengajar bahasa kepada anak-anak adalah menggunakan bahasa yang baik dengan menjaga adab-adab berbahasa

Abdullah bin Amru bin Al-Aas menceritakan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Orang Islam bagaimana yang paling baik?’

Rasulullah menjawab, “Orang-orang yang menjaga orang Islam yang lain daripada bencana lidah dan perbuatannya.”

Hadis diriwayatkan oleh Muslim

Islam sentiasa menegaskan dalam berbicara, kata-kata dan bahasa yang baik adalah dituntut, sehingga kita lebih dituntut supaya berdiam diri daripada bercakap sekiranya kata-kata kita itu tidak termasuk dalam kata-kata yang baik.

Ibu bapa harus mengambil pendekatan dengan mengelakkan diri daripada membebel dan memarahi anak-anak. Elakkan dari menyakiti hati mereka dengan kemarahan kita. Berhati-hatilah dalam berinteraksi dengan mereka supaya segala ucapan dan kata-kata kita tergolong dalam kata-kata yang baik.

Ibu bapa dilarang berbohong kepada anak-anak.

Ada ibu bapa yang berandaian anak-anak pada peringkat umur kecil tidak mengingati semua kata-kata dan bicara ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa sering kali mengambil jalan mudah dengan berbohong kepada anak-anak dalam situasi-situasi tertentu seperti memujuk ataupun melarang mereka.

Contohnya , “ada orang gila datang.. berhenti menangis. Nanti orang gila ambil adik!”. 

Ucapan dan bicara seperti itu mendorong anak bercakap bohong pada suatu hari nanti, sedangkan Islam membenci umatnya bercakap bohong.

Semoga bermanfaat!

2 comments

  1. Rohaya Jaafar

    Assalam..syukran jaziilan.amat bermanfaat..jazakallah hul khair

  2. Assalam sakit hati sangat dgn perangai anak anak memang la kecik2 LG tapi memang x boleh tahan dgn perangai depa..meluat sungguh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − 1 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa