Sistem Baru Bagi Memudahkan Tempahan TudungSiComel.com

Salam rakan-rakan comel semua, salam ceria =)

Memandangkan sokongan yang diterima dari rakan-rakan selama ini adalah sangat menggalakan, pihak pengurusan sedang dalam usaha bagi memperkemaskan lagi sistem tempahan tudung agar ianya lebih sistematik dan yang paling penting ianya MEMUDAHKAN ANDA =)

Kelebihan sistem ini berbanding sistem lama (manual);

  • Stok yang sentiasa dikemaskini (automatik).
  • Anda dapat membuat tempahan dan pemilihan tudung dengan lebih mudah (ecommerce feature).
  • Anda akan dapat memantau status tempahan melalui akaun dan juga email anda.
  • Setiap tempahan akan diberikan ‘mata’ (point) dan anda dapat menebus mata anda dengan tudung secara percuma.
  • Maklumat anda akan direkodkan ke dalam sistem dan anda tidak perlu menaip semula maklumat anda setiap kali membuat tempahan.
  • Dan banyak lagi..anda cuba dan rasainya sendiri =)

Sebelum sistem ini digunakan secara rasmi, diharap kawan-kawan dapat mencubanya dan memberikan maklumbalas untuk penambahbaikan kepada kami. Kami perlukan maklumbalas anda sebagai pengguna.

Sila buka akaun ‘create an account‘ dan cuba buat tempahan dan lihat bagaimana ianya berfungsi.

Jangan risau, sistem ini masih dalam tempoh percubaan dan belum digunakan. Jadi tempahan melalui sistem ini masih belum direkod. Jadi bolehlah cuba membuat tempahan dan lihat sendiri bagaimana ia berfungsi.

Tudung si comelSelamat Mencuba dan jangan lupa berikan maklumbalas yer. Kami sangat-sangat memerlukan maklumbalas anda. Terima kasih

http://tudungsicomel.com/katalog/

Salam ceria =)

Admin
TudungSiComel.com

Mendidik Anak Dengan Kasih Sayang

budak cute

Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak.

Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud:

Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka.

Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak.

Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

Continue reading Mendidik Anak Dengan Kasih Sayang

tudung kanak-kanak online

TudungSiComel.com berhasrat untuk memudahkan ibu-ibu bagi mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri MUDAH, LEMBUT & SELESA.

Misi kita adalah untuk membudayakan budaya bertudung seawal usia. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya

Testimono Pn Nadia Md Yusoof-1
.

.

Klik Butang di Bawah Untuk Melihat Koleksi Tekini Tudung Kanak-kanak:

Koleksi TudungSiComel

Kenapa Perlu Mendidik Anak Dari Kecil?

TudungSiComel.com – Kenapa Perlu Mendidik Anak Dari Kecil? | Memberikan pendedahan tentang Islam sewaktu di usia kanak-kanak adalah perlu dititikberatkan. Bukan sekadar itu sahaja, anak-anak perlu diajar bagaimana cara sebenar kehidupan sebagai seorang muslim.

Ada sesetengah ibu bapa mendidik anaknya dengan melarang untuk bercampur dengan masyarakat. Tidak cukup itu lagi, malah ada yang mendidik anaknya dengan tidak memberikan keizinan menonton televisyen dan sebagainya.

Continue reading Kenapa Perlu Mendidik Anak Dari Kecil?

Kelebihan Memiliki Anak Kecil Yang Menutup Aurat

“Subhanallah! Comelnya anak ini. Masih kecil, tapi sudah bertudung.”

TudungSiComel.com – Kelebihan Memiliki Anak Kecil Yang Menutup Aurat | Pernahkah kita mendengar ayat sebegini diungkapkan apabila melihat seorang anak kecil yang belum pun baligh tapi comel bertudung. Mungkin anda sendiri yang mengucapkannya kepada si anak kecil itu. Pastinya anak ini akan menarik perhatian ramai. Tidak kurang juga yang mendoakan agar si kecil yang hari ini comel bertudung membesar sebagai anak yang solehah.

Continue reading Kelebihan Memiliki Anak Kecil Yang Menutup Aurat