Panduan Affiliate TudungSiComel

A. Cara untuk dapatkan Link Peribadi?

Apa itu affiliate dan bagaimana ianya berfungsi?

Apabila prospek klik pada link affiliate anda, mereka akan dibawa ke web TudungSiComel dan jika mereka membuat sebarang belian, anda akan dapat komisyen dari jumlah belian mereka.

Bagaimana untuk dapatkan link affiliate peribadi?

1. Login ke Akaun Affiliate anda.

2. Anda akan nampak Your referal URL is: (ini link affiliate peribadi anda).

3. Copy link tersebut dan kongsikan di media sosial, wasap group, telegram dan blog peribadi.


B. Bagaimana nak promosikan produk tertentu? (Generate Special Affiliate Link)

Jika anda nak prospek klik pada page khas dan terus ke page produk(single product) atau shop(category area), ini panduan untuk dapatkan link khas.

1. Klik pada produk mana yang nak dipromosikan.

2. Dapatkan link produk tersebut, copy.

3. Kembali semula ke menu Affiliate Area dan Paste kan link yang anda copy tadi di bahagian Page URL.

4. Kemudian klik butang Generate URL.

5. Taraaa… link khas ke produk tersebut siap!!!… boleh kongsikan dan bila prospek klik link tersebut, akan dibawa terus ke page produk tersebut dan apabila mereka membelinya, anda akan menerima komisyen.

Jika masih kurang jelas, boleh tonton video panduan ringkas ini.


C. Bagaimana nak recruit agen baru di bawah kita?

Apabila ada yang mendaftar sebagai affiliate di bawah anda, anda akan secara automatik menjadi Ibu dan mereka akan menjadi anak.

Apabila mereka daftar dan bagi setiap jualan yang terhasil dari link affiliate mereka, anda akan mendapat komisyen dari pembelian yang berlaku menerusi link affiliate mereka.

Dan jika mereka juga ada mencari anak(cucu anda), anda masih mendapat komisyen jualan dari link cucu anda. Menarik kan?

Untuk dapatkan link recruitment anda, mudah sahaja sama seperti panduan B di atas cuma dapatkan link recruitment sahaja untuk digenerate semula…

1. Klik pada page Affiliate Area untuk dapatkan link ke page pendaftaran affiliate(Affiliate Area).

2. Copy link page tersebut dan paste di ruangan Page URL dan klik butang Generate URL(seperti Panduan B di atas) untuk dapatkan link khas ke page pendaftaran.

3. Link khas affiliate untuk pendaftaran telah terhasil dan anda boleh berikan kepada prospek untuk mereka daftar sebagai affiliate dan secara automatik mereka akan berada di bawah anda.

4. Dan yang paling best, nama anda sebagai ibu juga akan tertera di bahagian atas borang pendaftaran kelak. Cuba la ^_^

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×