Panduan Membuat Tempahan

2 Cara Mudah Membuat Tempahan

Cara 1. Tempahan Melalui Facebook @ Smartphone (Untuk Pelanggan Terus Sahaja)

1. Sila lawati Katalog untuk melihat koleksi terkini TudungSiComel.com.

2. Sila PM (facebook) kami Kod Tudung  dan jumlah yang diperlukan.

3. Krew TudungSiComel.com akan memberi maklumbalas dengan segera =)

 

Cara 2. Tempahan Melalui Sistem Katalog (Untuk Semua)

Langkah Membuat Tempahan-1Langkah Membuat Tempahan-2

8 comments

  1. Nor Shuhada Mohd Said

    Assalamualaikum, apakah prosedur untuk menjadi agent dropship atau pemborong? Adakah harga yang tertera sama untuk pemborong?

    1. Salam puan Nor shuhada, salam ceria. =)

      Maaf lambat balas emel puan, =(

      untuk maklumat lanjut pemborong dan dropshipper puan boleh layari link tudungsicomel.com :-

      https://tudungsicomel.com/borong-dropship/

      Semoga perniagaan puan berjaya dan dibekati. Amin.

      Terima kasih puan =)

  2. Slm..
    Klau sy nk cod sdiri tudung boleh ker

    1. Salam puan Ct, salam ceria =)

      Maksud puan, puan nak datang sendiri di butik kita di Damansara Damai ker puan? =)

      Boleh sahaja puan, sangat dialu-alukan puan =)

  3. salam
    saya ingin mjadi dropship..
    jika cust membuat tempahan kpd saya
    bagaimanakah saya perlu melakukan tempahan kepada tudung si comel.com

    1. Salam puan Hasni, salam ceria =)

      Maaf lewat sedikit menjawap pertanyaan puan =(

      Untuk maklumat lanjut pemborong dan dropshipper jemput puan layari link di bawah;

      Klik >> https://tudungsicomel.com/borong-dropship/

      Semoga perniagaan puan bertambah maju dan dibekati. Amin.

      Sekiranya ada sebarang masalah mohon maklum yer, in shaa Allah kita akan cuba bantu sebaik mungkin puan =)

      Terima kasih puan =)

  4. salam,
    saya dah register utk dropship dan dah disahkan email saya…tp blum dpt apa2 feedback utk langkah seterusnya..slalu check inbox & spam tp xde apa2 maklumat dari pihak tudungsicomel..

    1. Salam puan Rozie, salam ceria. =)

      Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi Rakan Niaga
      TudungSiComel.com. Akan tetapi kami berasa serba salah nak maklum
      bahawa buat masa sekarang kita ‘terpaksa’ menutup SEMENTARA
      Sistem Perniagaan Dropshiper dan Pemborong bagi tempahan
      TUDUNG CASSUAL (Sahaja).

      Tetapi untuk Tudung Sekolah kita masih dapat membekalkan seperti
      biasa kepada Pemborong dan juga Dropshipper.

      Ini kerana stok tudung cassual yang ada dah tak banyak dan takut ianya
      mengganggu perniagaan Azy terutama Rakan Dropshipper.

      Kita dah tambah stok 2 minggu lepas dengan 3 design, memandangkan
      permintaan tudung kanak-kanak semakin meningkat, jadi kita tak
      menjangka yang stok baru kita jahit tersebut hanya dapat bertahan
      dalam masa kurang dari 2 minggu. Sekarang stok kita dah hampir habis.

      Kami sedang berusaha untuk memperbaiki masalah ini dengan segera
      dan kami perlu jahit dengan ‘kuantiti yang lebih’ bagi menampung
      permintaan sekarang. In Shaa Allah kami akan cuba selesaikan masalah
      ini segera.

      Kami memulakan perniagaan ini dengan ‘modal yang kecil’, jadi kami tak
      dapat nak tambah stok dengan serta merta.

      In Shaa Allah kita tengah berurusan dengan pihak bank untuk suntikan
      modal bagi menampung permintaan. Kami perlukan doa Azy.

      Terima kasih kerana memahami dan harap maaf atas kesulitan.

      Pengurus
      TudungSiComel.com

Leave a Reply to ct Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa