Your Cart

Peluang Kerjaya Bersama TudungSiComel.com (SBZ Prima Enterprise)

pic1

[Peluang Kerjaya] Alhamdulillah dengan sokongan kawan-kawan selama ini, TudungSiComel.com telah menunjukan prestasi yang sangat baik.

Jadi, sekarang tibalah masanya untuk mencari Rakan Niaga/Krew bagi melancarkan lagi urusan dan bersama-sama TudungSiComel.com bagi mencapai cita-cita;

Untuk memperkenalkan idea pemakaian tudung bermula dari usia muda kepada masyarakat Malaysia. Kami percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya

“Lets become part of us and enjoy the journey”

[Kami Perlukan] Pembantu Jualan

Membantu Pengurus untuk menguruskan tempahan tudung agar ianya lebih lancar. Ini bagi memastikan setiap pelanggan gembira dan berpuashati bukan sahaja dengan produk yang berkualiti, tetapi juga dengan khidmat pelangan yang diberikan.

 

Maklumat Ringkas Bidang tugas:

1. Membantu Pengurus menguruskan premis TudungSiComel.com di Wan`s Central, Damansara Damai, Selangor.

2. Menerima stok tudung, mengambil gambar tudung dan memasukan gambar ke dalam katalog TudungSiComel.com

3. Menjawap soalan dan menguruskan tempahan dengan baik dan ceria =)

4. Menyimpan rekod ringkas akaun dan menyimpan rekod-rekod yang berkaitan (filing).

5. Memastikan premis sentiasa kemas dan ceria =)

6. Membantu Pengurus dengan tugasan lain yang berkaitan dari masa ke semasa.

Tugasan Lain

1. Membantu Pengurus memantau perniagaan-pernigaan lain SBZ Prima Enterprise seperti ApamPolkadot.com dan lain-lain.

2. Tempoh PERCUBAAN 4 bulan. Kalau rasa tak sesuai boleh tarik diri atau sekiranya kami rasa puan tidak serasi, kami akan maklum kepada puan.

3. BONUS akan diberikan mengikut prestasi perniagaan dari masa ke semasa.

4. Boleh bekerjasama dengan Pengurus Projek, Pengurus Akaun, Pengurus Jualan, Pengurus Pemasaran, Pengurus Rekod dan Khidmat Pelanggan yang semuanya mesra dan comel2 belaka =)

5. Sentiasa senyum dan mesra pelanggan [WAJIB]Customer Come First =)

6. BERMOTIVASI, bersemangat tinggi dan  PRO-AKTIVE.

 

Syarat-syarat:

1. Mahir menggunakan perisian asas Komputer; Word, Excel, dan lain-lain.

2. Mahir menggunakan Internet; Facebook, Blog.

3. Tinggal berdekatan Damansara Damai.

4. Memiliki kenderaan sendiri (diutamakan).

5. Mesra pelanggan dan berpenampilan menarik.

6. Wanita berumur antara 20-26 tahun (tidak ada komitmen yang mampu menggangu prestasi tugasan).

 

Maklumat Lain-lain

1. Tempat bertugas: Wan`s Central (belakang Shell/McD), Damansara Damai, Selangor.

2. Waktu tugasan: 9.30 pagi – 5.30 petang.

3. Hari bertugas: Isnin-Jumaat

4. Pembahagian keuntungan: RM1100 (permulaan) + Bonus +  KWSP (setelah tetap).

Sekiranya berminat sila klik pada link di bawah:

Saya Berminat, Klik Sini

@Sekiranya puan tidak berminat, mohon emailkan@fwdkan kepada kawan2 puan yer..mana tau dia tengah mencari kerja di rumah. Harap membantu =)

Sekian, Terima kasih =)

Salam Ceria
Pengurus
SBZ Prima Enterprise (SA0174596-K)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa