Salam ceria (^_^)
Sekiranya anda masih berminat untuk menjana keuntungan dari perniagaan tudung kanak-kanak, kami ada kaedah baru yang kita telah gunakan sehingga sekarang (bermula April 2014) dan alhamdulillah ianya boleh dikatakan berjaya.
Jadi sekiranya anda ada sedikit modal untuk berniaga, kami juga boleh tolong hasilkan dan jualkan tudung bagi pihak anda.
KONSEP MUDAH RAKAN NIAGA – PEMBORONG PUKAL
Konsepnya mudah sahaja;
1. Anda berikan tudung kepada kami dalam bentuk modal (RM).
2. Kami akan hasilkan (jahit) tudung dengan kualiti TudungSiComel.
3. Kami akan uruskan sesi photoshoot untuk tudung-tudung anda.
4. Kami akan promosikan dengan kaedah pengiklanan berbayar (lebih efektif dan cepat). Kami akan tanggung segala kos pengiklanan.
5. Keuntungan bagi setiap tudung terjual kami akan agihkan pada setiap bulan/atau setiap 2 bulan kepada anda beserta kos tudung yang anda telah keluarkan. Setelah tutup akaun setiap 15 haribulan berikutnya.
KOS & KEUNTUNGAN
Harga kos dan keuntungan tudung adalah mengikut jenis corak dan design. Akan kita umumkan dari masa ke semasa di group wasap tertutup Pemborong Pukal kita.
Harga keuntungan akan diperincikan pada maklumat tudung yang akan kita maklumkan kepada yang berminat (telah mendaftar sebagai Pemborong Pukal) melalui email / SMS / Whatsapp.
KIRAAN KEUNTUNGAN
**Contoh:
Keuntungan RM2* untuk sehelai tudung cassual
Sebagai contoh, sekiranya kos tudung RM8* (tudung cassual) terjual, dan kami berikan RM2 sebagai keuntungan dan anda akan mendapat pulangan RM8 (kos) + RM2 (keuntungan) = RM10 untuk setiap tudung terjual (setiap bulan).
Berapakah % keuntungan?
Untuk setiap RM8 (tudung cassual), anda akan terima RM2 dan ini bermakna RM2/RM8 x 100 = 25% keuntungan SEBULAN berdasarkan RM2 pulangan keuntungan (Jika ASB cuma 6% SETAHUN).
*Harga contoh
JUMLAH TEMPAHAN MINIMA
Jumlah tempahan minima cuma 100 helai (1 Lot) sahaja.
Kita akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk berkualiti dan juga memastikan semua pelanggan kita gembira berurusan dengan kita.
SOALAN LAZIM
Jika anda masih kurang jelas, boleh baca Soalan Lazim yang biasa ditanya oleh rakan-rakan lain sebelum ini. Klik Sini.
BORANG PENDAFTARAN
Sekiranya anda berminat, boleh berikan butiran pada Borang di bawah dan kita akan maklumkan sekiranya ada corak baru yang akan kita jahit nanti (^_^)
berapa modal yg di perlukan??
Salam puan, salam ceria =)
Terima kasih kerana sudi bertanya.
Sekiranya Amy belum pernah terima maklumat berkaitan Pemborong Pukal kita sebelum ini dan berhajat untuk turut menjadi sebahagian dari Rakan Niaga Pemborong Pukalkita, Amy boleh dapatkan maklumat lanjut di blog kita dengan klik pada link di bawah:
https://tudungsicomel.com/pemborong-pukal/
Terima kasih dan semoga kita sama-sama menerima rezeki yang halal dan berkat. Amin
Salam ceria (^_^)