Your Cart

Sistem Baru Bagi Memudahkan Tempahan TudungSiComel.com

Salam rakan-rakan comel semua, salam ceria =)

Memandangkan sokongan yang diterima dari rakan-rakan selama ini adalah sangat menggalakan, pihak pengurusan sedang dalam usaha bagi memperkemaskan lagi sistem tempahan tudung agar ianya lebih sistematik dan yang paling penting ianya MEMUDAHKAN ANDA =)

Kelebihan sistem ini berbanding sistem lama (manual);

  • Stok yang sentiasa dikemaskini (automatik).
  • Anda dapat membuat tempahan dan pemilihan tudung dengan lebih mudah (ecommerce feature).
  • Anda akan dapat memantau status tempahan melalui akaun dan juga email anda.
  • Setiap tempahan akan diberikan ‘mata’ (point) dan anda dapat menebus mata anda dengan tudung secara percuma.
  • Maklumat anda akan direkodkan ke dalam sistem dan anda tidak perlu menaip semula maklumat anda setiap kali membuat tempahan.
  • Dan banyak lagi..anda cuba dan rasainya sendiri =)

Sebelum sistem ini digunakan secara rasmi, diharap kawan-kawan dapat mencubanya dan memberikan maklumbalas untuk penambahbaikan kepada kami. Kami perlukan maklumbalas anda sebagai pengguna.

Sila buka akaun ‘create an account’ dan cuba buat tempahan dan lihat bagaimana ianya berfungsi.

Jangan risau, sistem ini masih dalam tempoh percubaan dan belum digunakan. Jadi tempahan melalui sistem ini masih belum direkod. Jadi bolehlah cuba membuat tempahan dan lihat sendiri bagaimana ia berfungsi.

Tudung si comelSelamat Mencuba dan jangan lupa berikan maklumbalas yer. Kami sangat-sangat memerlukan maklumbalas anda. Terima kasih

https://tudungsicomel.com/katalog/

Salam ceria =)

Admin
TudungSiComel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa