Soalan Lazim – Pemborong Pukal

Terima kasih kerana berminat dan berikut adalah Jawapan kepada Soalan Lazim yang biasa ditanya berkaitan konsep Pemborong Pukal kita.

Harap ianya dapat menjelaskan lagi persoalan yang timbul.

**PERINGATAN

INI BUKAN SKIM PELABURAN CEPAT KAYA. KONSEP INI ADALAH KONSEP PEMBORONG YANG BELI SECARA BORONG PUKAL TUDUNG KANAK-KANAK (MIN 100 HELAI) DAN KAMI BANTU UNTUK MENJUAL TUDUNG-TUDUNG TERSEBUT.

ANDA JUGA BOLEH JUAL SENDIRI SEKIRANYA BERMINAT DI BUTIK/ATAU KEDAI ANDA.

INI SESUAI UNTUK RAKAN-RAKAN YANG ADA WANG SIMPANAN LEBIH YANG INGIN MENGGANDAKANNYA SECARA PASIF. LEBIH BAIK DARI IANYA KEKAL DI AKAUN SIMPANAN TANPA BERTAMBAH.
.
SESUAI JUGA UNTUK YANG SIBUK BEKERJA DAN INGIN BERNIAGA SECARA MUDAH.

 

SOALAN LAZIM

1. Soalan: Salam, saya dah baca, kefahaman saya jika saya berminat saya cuma keluarkan modal dan akan dapat bayaran keuntungan sebanyak 25%?

Jawapan: 25% adalah anggaran sahaja. Kos dan keuntungan akan mengikut tawaran yang akan kita tawarkan nanti. Sebagai contoh, sekiranya kos tudung cuma RM7 dan keuntungan sehelai terjual adalah RM2. Jadi keuntungan adalah RM2/RM7 x100 = 28.5%.
.
.
2. Soalan: Akan adakah perjanjian yang akan ditandatangani bersama?

Jawapan: Ya. Akan anda perjanjian bertulis yang akan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kita memang dah ada rakan-rakan yang telah dan sedang mengikuti kaedah ini sebelum ini. Termasuklah Staff TudungSiComel.com sendiri (^_^).
.
.
3. Soalan: Adakah jumlah jualan bulanan dan agihan keuntungan dikongsi dengan pihak pelabur?

Jawapan: Sudah tentu. Jumlah tudung terjual akan dikira pada penghujung bulan dan Pemborong Pukal akan diberi Laporan Jualan Bulanan. Akaun akan ditutup pada setiap 10hb bulan berikutnya dan agihan keuntungan akan diagihkan tidak lewat dari 15hb pada bulan tersebut(tutup akaun).
.
.
4. Soalan: Apakah risiko yang mungkin saya hadapi?

Jawapan: Konsep ini adalah kami bantu menjual tudung anda. Seolah-olah anda sendiri berniaga tudung dan mewakilkan pihak TudungSiComel menguruskan jualan bagi pihak anda.

Jadi risiko biasa berniaga perlu kita fahami dan antara risikonya adalah sekiranya tudung tuan puan lewat habis terjual dan kelewatan dari segi kilang menjahit tudung yang ditempah dan kelewatan pihak photographer mengedit gambar. Ini sedikit sebanyak akan berlaku sedikit kelewatan kepada urusan jualan.
.
.
5. Soalan: Berapa modal minima jika saya berminat?

Jawapan: Modal minima adalah untuk 100 helai tudung(1 lot) sahaja. Contoh sekiranya kos sehelai adalah RM8, jadi untuk menghasilkan 100 helai kita perlukan RM8x100 =RM800.
.
.
6. Soalan: Adakah saya perlu jual tudung sendiri atau cuma bagi modal sahaja?

Jawapan: Kami akan jualkan dan uruskan semua urusan. Namun sekiranya anda berhajat untuk jual sendiri, harga akan berbeza kerana kita terpaksa cas sedikit kos pengurusan.
.
.
7. Soalan: Bagaimana jika tidak habis terjual?

Jawapan: Tudung yang tidak habis terjual pada bulan tersebut akan diteruskan jualan ke bulan-bulan berikutnya sehingga habis. Kami tidak dapat menjamin berapa cepat ianya dapat terjual. Namun kami pastinya akan berusaha menghabiskan stok dengan secepat mungkin.
.
.
8. Soalan: Berapa tempoh masa yg diambil bagi setiap pelaburan sebelum jangkaan keuntungan penuh diterima.

Jawapan: Keuntungan tudung yang terjual setiap bulan akan diagihkan terus selewat-lewatnya 15hb pada bulan berikutnya (tutup akaun). Tudung yang tidak terjual akan diteruskan jualan ke bulan-bulan berikutnya sehingga habis. Mengikut rekod kami, kita pernah habis menjual satu design tudung dalam masa 1 bulan setengah sahaja.

Hubungi:

Sekiranya masih ada sebarang persoalan yang masih belum terjawap. Boleh hubungi Pengurus Jualan kita (En Syah) di 018-3696451

 Terima kasih (^_^)
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa