MENJAGA AURAT DIKALA DARURAT…
Ramai yang tinggal sehelai sepinggang dan mungkin tudung yang dipakai sudah 2-3 hari tidak bertukar.
Sehubungan itu, mari kita sama-sama bantu mereka dengan menyalurkan sumbangan tudung sarung agar mereka dapat memakai tudung yang bersih dan selesa setelah lama berhujan.
Tak sampai hati nak sumbangkan tudung terpakai, jadi kita cuba sumbangkan mereka dengan tudung baru agar mereka lebih selesa.
Sama-sama kita bantu mereka ‘menjaga aurat dikala darurat…’
Tudung sumbangan yang diterima akan dikumpulkan dan dibuat penghantaran kepada yang memerlukan mengikut kuantiti tudung yang disumbangkan.
Kita bekerjasama dengan pihak Hero Rakyat Rescue Team. Mereka akan membantu mengagihkan tudung yang disumbangkan.
Sekiranya ada badan-badan NGO yang turut ingin bantu edarkan, boleh hubungi kami di 018-3696451 (En Syah)
Gambar aktviti sumbangan in shaa Allah kita akan update di web TudungSiComel.com dan social media kita.
Nota: Saiz tudung(dewasa), jenis, material dan warna akan disumbangkan secara rawak bersesuaian dengan situasi banjir.