Selain menghasilkan tudung sekolah yang kemas dan selesa, TudungSiComel juga ada menyediakan khidmat menjahit tudung tadika yang diperbuat daripada fabrik kain berkualiti,
Kita menggunakan kain Lycra Korea Original yang tidak hanya memberikan keselesaan kepada kanak-kanak, malah kekal kemas sepanjang hari, in shaa Allah.
✅ Material Berkualiti (Korean Lycra)
✅ Material Meregang - Lebih Selesa
✅ Logo Boleh Print Terus Pada Tudung
✅ Awning Tudung Terbentuk Kemas
✅ Sample Disediakan (Jika Perlu)
✅ Harga Berpatutan
✅ Jaminan 180 Hari
Tudung tadika yang selesa pastinya akan membuatkan pelajar-pelajar dapat menumpukan lebih perhatian di dalam bilik darjah.
Kita jahit sendiri tudung-tudung dan pastinya dapat mengurangkan kos dan seterusnya dapat memberikan tudung tadika berkualiti dengan nilai yang terbaik kepada anda, in shaa Allah.
Harga yang tertera adalah harga tudung tadika sarung biasa tanpa logo.
Untuk penambahan logo, kos untuk logo anggaran dalam RM2-RM5 mengikut design dan jumlah warna pada logo.
Teknik tampalan logo adalah samaada menggunakan kaedah 'silk screen' ataupun 'heatpress'.
Sebagai guru, kita juga pastinya akan rasa sangat gembira apabila pelajar-pelajar kita kemas dan selesa bertudung sepanjang hari.
Proses tempahan yang mudah dan menyenangkan dengan TudungSiComel.
Kami memudahkan anda dengan langkah-langkah ringkas untuk membuat tempahan.
Boleh ditambah aksesori tambahan seperti 'reben comel'. Namun kita akan semak dahulu samaada jenis reben yang diperlukan itu boleh dijahit ataupun tidak.
Jika reben comel biasa, in shaa Allah tiada masalah. Boleh menaikan lagi seri tudung tadika tersebut nanti.
Namun kos untuk reben adalah berasingan sekitar RM1.50 - RM2.00
Boleh juga request untuk jahitan tepi samaada jenis 'jahitan lurus biasa' ataupun 'jahitan kerinting'.
Boleh dijahit dengan kombinasi warna yang diminta. Contohnya awning warna lain dan badan tudung warna lain.
Kita ada lebih 25 koleksi warna kain yang tersedia.
Untuk saiz tudung, kita ada saiz XS, SS dan S. Ianya adalah saiz yang sesuai untuk budak tadika berbadan kecil hingga berbadan besar.
Saiz XS sesuai untuk kanak-kanak berusia antara 4-5 tahun.
Saiz SS sesuai untuk kanak-kanak 5-7 tahun.
Namun jika ada pelajar yang bersais badan besar berbanding rakan sebaya (gempal), mungkin boleh sediakan saiz S juga.
Kita tidak dapat buatkan saiz atau potongan khas kerana pola saiz yang kita gunakan telah sesuai dengan peringkat umur yang kita cadangkan.
Kita telah menjual tudung budak sejak tahun 2012 dan in shaa Allah pola saiz istimewa yang kita hasilkan sudah sesuai bagi saiz yang dicadangkan..
Sekiranya anda ingin meletakan logo pada tudung, berikut adalah cadangan ukuran logo dan kedudukan logo pada tudung.
Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Wakil Sah TudungSiComel. In shaa Allah mereka akan bantu sebaik mungkin.
1. Berapakah kos penghantaran?
J: Kos penghantaran adalah mengikut lokasi dan berat keseluruhan tempahan.
2. Berapakah kuantiti tempahan minima (MOQ)?
J: Minimum order adalah sebanyak 20pcs sahaja.
3. Bolehkah dapat tempahan dengan segera?
J: Semua tempahan yang di tempah khas adalah secara “Pre-Order” dan memerlukan masa untuk dijahit. Jika anda inginkan segera, anda boleh memilih tudung “Ready Made” TudungSiComel.
4. Boleh ke kalau nak request warna selain dari 25 warna yang tersedia?
J: Maaf, buat masa sekarang kita terpaksa fokus jahit bagi warna yang tersedia sahaja. Ini kerana kita lakukan pembelian kain secara pukal, jadi jika kita terpaksa beli sedikit-sedikit, harga kain akan agak mahal dan kos tudung pastinya akan lebih mahal juga.
5. Boleh ke kalau nak 'maching' kan warna awning dan badan tudung?
J: Boleh, anda boleh gabungkan warna awning dan badan tudung berdasarkan koleksi 25 warna kain yang kita ada.
5. Berapakah bayaran deposit?
J: Pembayaran deposit adalah sebanyak 50% sahaja sebelum proses menjahit dilakukan.
6. Lokasi di mana?
J: Kita beroperasi di Damansara Damai, Selangor. Kita menerima tempahan dari seluruh Malaysia dan kita boleh pos kan tempahan menggunakan khidmat kurier yang paling jimat, in shaa Allah.
7. Ada jaminan ke?
J: Ya, tudung yang kita jahit didatangkan dengan Jaminan Istimewa 180 Hari. Jika ada masalah boleh tukar atau refund.
SBZ Prima Sdn Bhd 201601041858 (1212800-H)