Tempahan Pre-Order Borong Tudung Sekolah Dibuka

HARGA PROMOSI POSTAGE DAN BORONG TUDUNG SEKOLAH

Salam rakan-rakan Usahawan TudungSiComel, salam kejayaan. Kita sudah buka untuk tempahan borong tudung sekolah dan tahun ini kita buka awal bagi mengelakkan kesesakan penyediaan stok bagi Sale Back To School nanti yang dijangka sesak bermula bulan Oktober (statistik).

Pemilik Butik/Kedai Fizikal – Sekiranya tuan/puan ada Butik/Kedai Fizikal, mohon maklumkan pada kami untuk kami senaraikan lokasi kedai tuan/puan agar Pelanggan berdekatan boleh membuat belian terus dari tuan/puan.

Usahawan Dropshipper – Boleh beli sikit stok sebagai backup. Berdasarkan pengalaman lepas, kadang-kadang kita terputus stok penting(in-shaa Allah tahun ini kita cuba perbaiki). Namun boleh juga beli sikit stok buat backup. Usahawan Dropship yang dah lama dengan TudungSiComel pasti faham apa yang cuba disampaikan hehe…

Buat masa sekarang, promosi postage hanya untuk Usahawan Semenanjung sahaja. Namun untuk Usahawan Sabah/Sarawak mohon tunggu kita dapatkan best postage rate dulu dan akan maklumkan semula ya.

Sudah boleh ambil tempahan Pre-Order sekarang. Deposit cuma 50% sahaja dan kita akan jahit tudung tersebut dan dijangka siap dalam masa seminggu/dua minggu in shaa Allah setelah terima deposit. Siapa cepat didahulukan.

PROMOSI POSTAGE SEMENANJUNG – Untuk harga promosi postage cuma RM6.90/5kg(RM5.90 postage+RM1 pengurusan) dan mungkin berakhir 30 Sept 2018 (easyparcel). Jika lebih 5kg kita akan buat 2 bungkusan dan seterusnya. JIMAT! hehe…

Boleh bayar deposit tudung dulu, kos postage kita akan kirakan secara manual, boleh abaikan jumlah postage yang tertera di web jika lebih dari 5kg ya sebab kita akan buat 2 bungkusan seterusnya dalam gandaan 5kg.

PROMOSI TUDUNG SEKOLAH – Promosi bermula RM5.90/helai tudung sekolah juga akan berakhir setelah kuota kain untuk dijahit penuh.

Promosi berganda, siapa cepat dia dapat 😅

Boleh tempah borong tudung sekolah sekarang di:

https://tudungsicomel.com/borong/

NOTA:
1. Buat tempahan seperti biasa dan dapatkan no ID.
2. Buat bayaran deposit 50%(tidak termasuk postage) dan maklumkan pada admin 011-28200399 untuk kita tukar status kepada PROCESSING(Kita akan mula jahit).
3. Siap jahit kita akan hubungi dan boleh buat bayaran baki deposit dan maklumkan pada admin semula. Admin akan uruskan penghantaran dan tukar kepada SHIPPED.

😊💪🚀🚀🚀

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield