Tudung Pra Sekolah

RM19.90

Jaminan 180 Hari

  • Jika ada sebarang masalah atau rasa tidak berbaloi, boleh dipulangkan atau refund.
  • Yang Penting, rezeki yang kami terima, hasil dari senyuman puan dan Si Comel.

Jaminan TudungSiComel

 


Nota: Warna mungkin sedikit berbeza berbanding gambar berikutan pencahayaan semasa sesi bergambar.


TUDUNG PRA SEKOLAH – AWNING SCUBA

Salam Sayang 😊

Memandangkan banyak permintaan dari ibu-ibu untuk kita hasilkan tudung khas untuk Pra-Sekolah, jadi kini kita lancarkan tudung khas untuk Pra-Sekolah.

Tudung ini dijahit sedikit pendek berbanding kelabuhan tudung bersaiz biasa bagi memudahkan anak-anak memasukan tudung ke dalam baju dan pastinya lebih selesa dan kurang bergelembung, in shaa Allah.


SAIZ DAN CADANGAN UMUR

Dijahit dengan dua ukuran khas iaitu SS dan S. Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. In shaa Allah.

# Size SS (4-6 Tahun)
Labuh dari dagu 11.5 inci +/- 1 inci
Lilit muka 19 inci.

# Size S (Muka Chubby)
Labuh dari dagu 13 inci +/- 1 inci
Lilit muka 20 inci.

Mudah, Lembut dan Selesa. Anak anda pasti berkata; “Saayanggg Ibu“  ❤


CIRI-CIRI DAN MANFAAT

1. Lycra Korea Lembut
✔️ Meregang dan selesa dipakai
✔️ Menyerap peluh
✔️ Material lasak, sesuai untuk kanak-kanak aktif

2. Awning Scuba Jahitan Istimewa
✔️ On point dan kemas apabila dipakai.

3. Cutting S shape
✔️ Terletak kemas di bahu dan selesa dipakai. Tidak menggelebeh.


JAMINAN 180 HARI

✔️Setiap tudung asli yang diperolehi dari TudungSiComel adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

✔️Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.


FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ)

1. Mudah rosak tak jika dibasuh mesin?
✔️ Boleh dibasuh menggunakan mesin namun kita sarankan hanya gunakan pusingan mild sahaja.

2. Boleh masuk dryer?
✔️ Boleh menggunakan dryer namun tidak digalakkan untuk menggunakan suhu yang terlalu tinggi. Ini kerana material lycra jenis bergetah dan tidak tahan kepada suhu panas.

3. Boleh iron ke?
✔️ Boleh, namun tidak digalakkan menggunakan suhu yang tinggi terutama di bahagian awning kerana material lycra tidak tahan dengan suhu yang terlalu tinggi.

4. Kalau salah pilih saiz atau tak sesuai boleh tukar atau refund?
✔️ Boleh. Semua produk ada Jaminan 180 hari. Boleh ditukar atau kita refund.

5. Kalau ada masalah nak hubungi siapa?
✔️ Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi HQ TudungSiComel untuk kita bantu.

Additional information

Weight 0.11 kg
Warna Istimewa

11M Putih Mutiara, 11N Putih Nila

Saiz

S [Muka Chubby], SS [4-6 Tahun]