Ada masalah? Jangan risau

Jika kita ada sebarang masalah, jangan risau… Allah kan ada. Berdoalah…

“KepadaMu Kami menyembah / memperhambakan diri dan KepadaMu Kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: 5)

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” ~ Surah Ghafir (60)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ

Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.

Jami’ Tirmizi (3604)

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh. Sesungguhnya jika Allah SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami al-Tirmizi, 10/52)

Baca Selanjutnya >>

Affiliate Store Credit

Berita baik kepada rakan-rakan Affiliates. Sekarang kita tambah satu lagi cara pembayaran komisyen affiliate iaitu dengan menggunakan kaedah eWallet (STORE CREDIT).

Ini bermaksud, selain kita buat bayaran secara transfer ke Bank Akaun pada 20hb setiap bulan, rakan-rakan juga boleh request credit ke eWallet (Store Credit) masing-masing.

Dan credit tersebut boleh digunakan untuk pembelian produk di web kita.

KELEBIHAN SISTEM E-WALLET / STORE CREDIT

✅ Anda tidak lagi perlu tunggu sehingga payout cecah RM100.00 yang akan dibayar setiap sebulan sekali. Boleh terus request cashout apabila komisyen cecah serendah min RM50 sahaja ke akaun eWallet anda.

✅ Wang komisyen di eWallet boleh terus digunakan untuk membeli produk pelanggan dan anda tak perlu transfer wang ke TSC. Simpan 100% keuntungan anda.

✅ Jika anda jarang buat jualan, anda tidak perlu risau lagi wang komisyen sangkut di web terlalu lama sebelum boleh dimanfaatkan.

BAGAIMANA UNTUK AKTIFKAN STORE KREDIT?

Baca Selanjutnya >>

Whatsapp Blaster

Salam, memandangkan ramai yang bertanya bagaimana nak blast whatsapp menggunakan whatsapp blaster, berikut saya tunjukan cara untuk wasap kepada semua pelanggan atau bekas pelanggan dengan mudah.

Ini juga yang digunakan oleh HQ TudungSiComel selama ini.

Antara keistimewaan Whatsapp Blaster nie:

✔️ Boleh whatsapp kepada semua contact kita serentak. Tak perlu lagi forward sorang demi seorang.

Kalau ada 6000 bekas pelanggan, jenuh juga nak followup dan hantar promosi baru kepada mereka semua hehe. Rekomendasi set la 100 – 200 orang sekali blast, nanti tangan jadi sotong pulak nak reply hehe

✔️ Boleh sedut no telefon dari group yang kita join. Contohnya kita jual tudung sekolah, kita join group-group sekolah, dan kita sedut no telefon mereka dan kita blast whatsapp promosi serentak kepada mereka.

✔️ Boleh sent whatsapp ke semua group serentak. Jika kita tak nak whatsapp setiap orang, boleh join banyak-banyak group dan boleh blast mesej ke dalam semua group yang kita join juga.

Baca Selanjutnya >>

Manfaatkan Database

Selain menjadi dropship TudungSiComel, puan pun pastinya ada join program dropship dari syarikat lain juga kan?

Rugi la jika tak manfaatkan database yang ada.

Adakah puan juga menjual tudung, bawal, shawl, telekung, baju kurung, jubah, buku bacaan, makanan dan / atau barangan kecantikan?

Tak kisah lah apa pun, majority pelanggan mesti wanita kan?

Masa nie lah nak upsale…

Sia-sia lah belajar ilmu upsale kalau tak manfaatkan sekarang hehe…

Majority bekas pelanggan puan pastinya ada anak perempuan bersekolah / tadika.

Tudung sekolah adalah produk keperluan setiap keluarga.

Sorang anak kurang-kurang perlukan 3 hingga 5 helai tudung sekolah.

Masa nie lah nak broadcast iklan pada dorang produk tudung sekolah pulak.

Rugi la kalau tak upsale.. sementara database tengah panas-panas hehe…

Takkan nak simpan jer database tue sampai bersawang kan.

Just nak cakap, tudung sekolah tengah permintaan tinggi sekarang… itu jer nak cakap hehe 😁

Selamat meroket 🚀

Road Map Rakan Usahawan TudungSiComel

Kita berniaga, pastinya kena ada target. Apa impian untuk perniagaan kita?

Apa halatuju perniagaan kita? Adakah terus menerus menjadi Dropship selamanya atau bagaimana?

Jadi saya di HQ TudungSiComel sentiasa memikirkan dan merancang untuk memastikan puan tidak selama-lamanya di satu tahap sahaja.

Saya juga ingin melihat perniagaan semua rakan – rakan usahawan TudungSiComel berjaya dan berkembang.

Saya impikan satu hari nanti, puan akan berjaya membina empayar perniagaan tudung sekolah / budak kita dengan lebih baik dan berjaya walau hanya berniaga dari rumah.

Apa planning saya?

1. Bermula dengan Dropship – Ini permulaan yang PALING PENTING. Belajar dahulu bagaimana mencari pelanggan. Dalam apa-apa perniagaan sekalipun, mencari pelanggan adalah asas utama dan ianya sangat penting.

Banyak perkara yang perlu dipelajari di tahap ini. Antaranya bagaimana nak kenali pelanggan kita(customer avatar), di mana mereka berada, bagaimana nak pastikan mesej iklan kita sampai kepada mereka dan bagaimana nak buatkan mereka tertarik(psychology) untuk membeli dari kita.

Apabila sudah mahir menjual dan mencari pelanggan, barulah boleh ke tahap yang seterusnya.

Kadang-kadang kita ingin terus nak ada produk sendiri tanpa kita belajar bagaimana nak menjual. Ianya agak berisiko, dikuatiri stok akan terlambak di bawah katil.

Saya juga bermula dengan menjadi seorang dropship semenjak 2007 – 2013 sebelum saya menubuhkan TudungSiComel kita ini.

2. Menjadi Ibu kepada anak cucu Affiliate – Bukan sahaja puan belajar menjual, puan juga perlu belajar bagaimana untuk mencari(recruitment) dan mendidik anak cucu supaya mereka juga pandai menjual dan dapat jana pendapatan yang baik.

Di TudungSiComel kita ada sediakan peluang tersebut, mencari dan mendidik anak cucu dengan Program Affiliate kita.

Jika puan dapat belajar dan kuasai kedua-dua kemahiran ini iaitu menjual dan mencari serta mendidik anak cucu, ianya satu bonus dan barulah akan lebih yakin untuk ke tahap yang seterusnya.

3. Menjadi Pemborong / Mini Stokis – Apabila sudah mahir mencari pelanggan dan database pelanggan pun sudah banyak, barulah puan ambil keputusan untuk mula pegang stock dan menjadi Mini Stokis TudungSiComel.

Belajar bagaimana menguruskan stok, proses penghantaran dan pemulangan.

Namun jangan terus beli stok yang banyak, mulalah dengan jumlah minima. 20 – 30 helai dahulu sebagai permulaan.

Kemudian apabila sudah benar-benar yakin, barulah tambah stok dari masa ke semasa.

4. Mula mencari staff admin – Apabila tempahan sudah mulai banyak dan stabil, upah seorang staff untuk bantu membungkus dan mengambil tempahan. Dari sini, puan boleh terus fokus dengan aktiviti marketing.

Baca Selanjutnya >>

Panduan Mendaftar sebagai Pemborong TudungSiComel

Untuk menjadi Rakan Pemborong / Mini Stokis TudungSiComel, anda perlu mendaftar di web pukal TudungSiComel untuk dapatkan harga istimewa sebagai pemborong.

Boleh rujuk langkah di bawah:

Langkah 1

Klik link dibawah untuk pendaftaran dan isi maklumat yang diperlukan.

Langkah 2

Setelah mendaftar, hubungi admin Mira untuk aktifkan akaun yang didaftar kan bagi mendapat harga istimewa. Sila whatsapp Mira email yang digunakan semasa mendaftar.

Langkah 3

Baca Selanjutnya >>

Tempahan Tudung Tadika

Kita di HQ telah membuka tempahan bagi Tadika yang memerlukan tudung khas bagi tadika mereka.

Keistimewaan Tempah Tudung Tadika Melalui TudungSiComel

✅ MOQ 20pcs sahaja.
✅ Boleh Print Logo Tadika – Tadika kelihatan lebih professional.
✅ Jaminan 180 hari.

Potensi keuntungan Dropship bagi tempahan tudung tadika

Jika anda ada 20 buah tadika yang menempah tudung tadika dengan anda setiap tahun dan kebiasaanya satu tempahan tadika anggaran 200pcs, jadi:

1 tadika = 200pcs

1 helai keuntungan = RM1.00

200pcs x 20 tadika = 4000PCS ‼️

4000 pcs x RM1 = RM4000.00 ‼️

Jadi anggaran setiap hujung tahun keuntungan pendapatan tetap anda untuk tempahan tadika sahaja mencecah RM4000.00 🥰

Baca Selanjutnya >>

Keyword

Salah satu faktor penting untuk produk kita muncul apabila dicari(search) oleh prospek di enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo, Shopee dan Lazada adalah KEYWORD.

APA ITU KEYWORD?

Keyword adalah kata kunci atau perkataan yang ditaip di search box untuk mencari sesuatu produk.

keyword
keyword

Contohnya jika kita nak beli tudung sekolah di shopee, pastinya kita akan taip perkataan seperti Tudung Sekolah, Tudung Sekolah Putih, Tudung Sekolah Rendah dan lain-lain yang bersesuaian.

Untuk memastikan produk kita muncul apabila dicari, kita mestilah Optimizekan Posting kita supaya page atau shop kita muncul apabila keyword itu dicari. Ianya dipanggil Search Engine Optimization(SEO).

Jadi sebagai peniaga tudung sekolah, sebelum kita optimizekan page atau shop kita dengan keywords yang sesuai, mari kita senaraikan dahulu keywords yang selalu orang cari dan sesuai dengan produk kita.

SENARAI KEYWORDS TUDUNGSICOMEL (KEYWORDS BANK)

Baca Selanjutnya >>

Bagaimana Nak Auto Boost Shopee Listing Secara Percuma?

Letih nak tekan butang Shopee Boost setiap 4 jam? Jangan risau, kita ada cara lebih mudah dan automatik. Ianya Percuma sahaja.

Boost adalah salah satu fungsi untuk menaikkan semula listing kita di shopee ke page-page hadapan.

Ya lah kan, bukan kita sorang sahaja yang listingkan produk di shopee, beribu-ribu produk disenaraikan di shopee setiap hari. Jadi pastinya produk kita akan tenggelam ke bawah / page belakang dengan cepat.

Jadi shopee ada sediakan satu fungsi yang dinamakan Boost supaya listing produk kita akan dinaikkan semula ke page-page hadapan.

Namun kekuranggannya adalah kita tepaksa klik pada butang boost setiap 4 jam sekali. Leceh juga kan…

So ini saya tunjukan panduan bagaimana kita dapat set auto boost setiap 4 jam sekali supaya kita tak perlu buat secara manual.

Saya dah gunakan setting nie rasanya dah setahun lebih, alhamdulillah. Jadi hari nie saya kongsikan dengan rakan-rakan dan semoga bermanfaat.

Set dan tinggal sahaja, mudah kan hehe…

LANGKAH-LANGKAH SETTING FREE SHOPEE AUTO BOOST

Baca Selanjutnya >>

FAQ Product TudungSiComel

Soalan lazim(FAQ) yang selalu diterima oleh dropship daripada pelanggan yang ingin membuat pembelian.

Jadi kita akan membantu para dropship dengan mengumpulkan soalan dan jawapan bagi memudahkan proses closing sale.

1. Macam mana saya nak refer umur dan saiz tudung model berdasarkan gambar / testimoni TudungSiComel?

Untuk gambar-gambar ini, jemput join channel Telegram Panduan Saiz TudungSiComel. Admin akan update dari masa ke semasa untuk setiap gambar/testimoni umur dan saiz yang baru:

2. Apa perbezaan warna tudung putih nila dan mutiara / perbezaan krim 1.0 dan krim 2.0 serta lain-lain persoalan.

Haa ini antara salah satu soalan paling famous yang ditanya oleh pelanggan melalui wakil jualan sah TudungSiComel, jadi untuk tahu lebih lanjut soalan – soalan yang lain, jemput join channel:

Semoga dapat membantu dan memudahkan rakan usahawan kita dan untuk setiap pertambahan soalan dan rujukan admin akan update dari masa ke semasa di dalam group channel tersebut.

Sekiranya masih ada soalan yang belum terjawap atau ingin mencadangkan pada HQ, boleh nyatakan pada ruangan komen di bawah ya.

Terima kasih
Mira