Dalam apa-apa pun aktiviti pemasaran, perkara paling penting adalah iklan yang kita buat haruslah sampai kepada sasaran kita.
Contohnya kita nak pancing ikan paus, tapi kita pergi pancing di kolam belakang rumah kita… walaupun kita berusaha keras, namun ianya pasti sia-sia… pasti hehe.
Ada dua kaedah utama untuk PASTIKAN target iklan kita tepat menghampiri sasaran
Kaedah pertama adalah percuma namun kita perlu laburkan masa.
Kaedah kedua pula in shaa Allah lebih cepat, tapi perlu laburkan sedikit wang(ads).
KAEDAH PERTAMA – BINA KOLAM IKAN
Untuk kaedah pertama, anda boleh baca panduan bagaimana nak bina kolam ikan yang kita sediakan sebelum ini DI SINI
KAEDAH KEDUA – BUAT ADS BERBAYAR
Sementara cara kedua adalah kita perlu laburkan sedikit wang untuk buat ads.
Bayar kepada Facebook dan lain-lain penyedia ads adalah satu kaedah paling mudah kerana mereka akan bantu paparkan iklan kita kepada prospek yang sesuai dengan produk kita.
Mereka ada database dan market segment, jadi bayar mereka pastinya akan memudahkan urusan kita.
Antara yang kita sarankan adalah:
✔️ Facebook Ads
✔️ Shopee Ads
✔️ Tiktok Ads
✔️ IG Ads
Namun adalah sangat penting sebelum kita buat ads berbayar, kita belajar sedikit sebanyak selok belok setting ads. Supaya pelaburan kita tak melebur hehe…
Di mana nak belajar buat ads?
Zaman sekarang dah banyak perkongsian-perkongsian setting dan strategy ads nie dikongsikan terutama di Youtube dan Google… anda hanya perlu search sahaja, in shaa Allah berderet panduan keluar.
Saya sendiri masih belajar dan jika kita laburkan sedikit masa untuk belajar, in shaa Allah kurang kebarangkalian duit kita akan lebur hehe.
BERBALOI KE BAYAR ADS?
Kita ambil contoh yang saya baru buat kelmarin. Kos iklan yang saya belanjakan adalah RM16, sementara prospek yang whatsapp adalah 16 orang.
Bayangkan jika dari 16 orang yang whatsapp, 10 orang menjadi pelanggan dan setiap orang membeli purata 3 helai tudung sekolah.
Untung sehelai tudung sekolah awning scuba adalah RM7.00
Jadi dari RM16 ads yang kita belanjakan, pulangan kita adalah:
10 orang x 3 helai = 30 helai
RM7 untung sehelai x 30 helai = RM210.00
Agak-agak anda, untung tak? Belanja ads RM16 dan pulangan RM210? 😊
PENUTUP
Apa yang saya cuba sampaikan di dalam artikel ini adalah pentinya iklan yang kita buat sampai kepada prospek supaya kita tak membazir masa menangkap ikan paus di kolam belakang rumah kita.
Sekian dan salam kejayaan