Program Affiliate

image

Syarikat telah memperkenalkan program affiliate dan mengambil pendekatan menyediakan keuntungan yang tinggi kepada Agen Dropship dan Affiliate TudungSiComel.

Ini seiring dengan Misi Syarikat iaitu untuk menyediakan peluang jana pendapatan dari rumah melalui program Dropship (Personal Shopper) dan Affiliate terutama kepada surirumah di Malaysia.

Apa itu Program Affiliate Dan Bagaimana Nak Dapatkan Link Affiliate Saya? #

Affiliate ialah salah satu sistem pemasaran online di mana anda sebagai agen affiliate hanya perlu kongsikan link affiliate khas anda kepada prospek sahaja.

Kemudian apabila prospek klik pada link affiliate anda dan membuat belian, anda akan terima komisyen.

Mudah, tak perlu pegang stok dan tak perlu menguruskan tempahan pelanggan.

Berapakah Kadar Komisyen Dan Bagaimana Cara Nak Buat Semakan Komisyen Yang Diterima? #

image 1

Untuk belian kali pertama, kita akan berikan komisyen sebanyak 35% dan untuk belian beliau yang seterusnya kita akan berikan sebanyak 10%. Kadar ini boleh berubah mengikut pertimbangan semasa syarikat.

Boleh tonton video di bawah untuk penerangan lebih jelas.

Apa itu Lifetime Affiliate Commisson ? #

Lifetime bermaksud selagi mana mereka membeli tudung sekolah di web TudungSiComel.com menggunakan email yang sama seperti mana pembelian pertama mereka, in shaa Allah anda masih akan terima komisyen affiliate.

Contohnya setiap tahun mereka membeli tudung sekolah anak mereka di web kita, selagi sistem kita masih beroperasi(dengan Izin Allah) walaupun dah 10 tahun, selagi itu anda akan dapat komisyen, in shaa Allah.

Yang bestnya mereka tak perlu lagi klik link affiliate anda setiap kali nak buat belian.

Selagimana mereka menggunakan email yang sama semasa membuat tempahan, in shaa Allah anda akan mendapat komisyen.

Hanya klik link anda untuk pertama kali sahaja.

Kelebihan Affiliate #

 > Tak perlu pegang stok

 >Tak perlu layan pertanyaan pelanggan

 >Tak perlu uruskan tempahan

 >Tak perlu hadapi masalah tempahan hilang semasa penghantaran

Selagi mana sistem ini masih berfungsi, in shaa Allah kita sama-sama dapat manfaat darinya. Kadar komisyen mungkin berubah dari masa ke semasa mengikut pertimbangan semasa syarikat.

Selamat maju jaya ^_^

Terma & Syarat:
Kadar komisyen yang tertera adalah kadar semasa dan syarikat berhak mengubah kadar komisyen mengikut pertimbangan semasa tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada anda. Namun in shaa Allah, sekiranya ada sebarang perubahan, pastinya pihak HQ akan membuat pengumuman dari masa ke semasa.