Macam mana nak claim Free Shipping?

FREE DELIVERY PROMO 2023

PERHATIAN
Promosi Freeship hanyalah untuk tempahan menerusi rakan dropship sahaja. Pelanggan yang nak beli terus di web, tiada promosi freeship.

Jawapan :

Ramai rakan Dropship(DS) yang mengadu bahawa ramai pelanggan yang minta Free Delivery Dan kita sendiri pun pastinya akan lebih tertarik untuk membeli sesuatu produk jika ada free delivery kan?

So bermula 4 Jan 2023, kita anjurkan promosi Free Shipping bagi Semenanjung dan Subsidi RM7 untuk Sabah / Sarawak bagi tempahan 4 helai – 10 helai tudung(semua jenis kecuali tudung rejek). Dengan harapan pelanggan yang nak beli hanya 2-3 helai akan tambah lagi tudung untuk dapatkan FreeShipping (upsale)

TANGUNGAN BERSAMA 50/50

Memandangkan kita ada Mini Stokis juga, kita cadangkan kos free shipping RM7 akan ditanggung bersama.

Contohnya RM3.50 (HQ dan Mini Stokis) akan tanggung dan RM3.50 DS akan tanggung. Jadi kurang membebankan sangat bagi sebelah pihak.

Untuk tempahan melalui web HQ, jika ada pelanggan yang nak free shipping, semasa puan sebagai dropship buatkan tempahan untuk mereka, boleh gunakan kod kupun FREESHIP350 dan sistem akan bagi diskaun RM3.50 Tapi kejujuran sangat penting, hanya gunakan kupon ini jika pelanggan nak free shipping sahaja ya.

freeship350

Untuk tempahan melalui Mini Stokis, rakan-rakan boleh bayar RM3.50 kepada Mini Stokis kos postage.

Untuk Sabah Sarawak kita hanya dapat peruntukan subsidi RM7 (perkongsian HQ/MS dan DS) sahaja. Jika kos postage RM10, jadi pelanggan hanya perlu bayar RM3 sahaja bakinya untuk postage. Namun terpulang pada budibicara DS.

BAGAIMANA JIKA PELANGGAN TEMPAH BANYAK?
Jika pelanggan buat tempahan banyak contohnya 15 helai dan kos postage melebihi RM7, baki lebihannya pelanggan akan cover.

BAGAIMANA JIKA BELIAU TEMPAH 15 HELAI, TAPI KOS POS MASIH RM6 – RM7?
KadangĀ² kurier servis bagi promosi, so beliau masih layak free postage.

BAGAIMANA JIKA PELANGGAN TEMPAH 4 HELAI TUDUNG DAN 5 BAJU?
Beliau layak free shipping sekiranya kos tidak melebihi RM7, jika lebih pelanggan akan cover sendiri atau atas budibicara DS sendiri.

Secara asasnya, jika ada lebih kos postage pelanggan akan tanggung atau atas budibicara DS. Boleh buat semakan kos postage sebelum buat tempahan.

TARIKH PROMOSI BERAKHIR
Buat masa sekarang belum ada tarikh tutup. Namun jika kita umumkan tutup kelak, rakanĀ² masih boleh bagi promo pada pelanggan secara tertutup.

Secara tertutup maksudnya jika ada pelanggan yang nak offer, boleh offer beliau samaada nak combo atau free shipping. Itu sendiri-sendiri, as long as dapat membantu rakan-rakan closing sale

KURIER SERVIS APA YANG AVAILABLE?
Untuk program nie kita cadangkan J&T sebab murah. Namun jika Sabah Sarawak tiada option J&T, penggunaan Flash pun boleh.

ADAKAH SEMUA WAJIB JOIN
Tidak wajib. Jika ada Mini Stokis atau Drosphip yang taknak offer pelanggan promosi ini, tiada paksaan.

Promosi ini dianjurkan secara optional sahaja bagi membantu DS yang menghadapi pelanggan yang suka free shipping (ramai).

Semoga ianya dapat sedikit sebanyak membantu rakan-rakan closing lebih banyak sale, aamiin