PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERANGAN BACK TO SCHOOL

Seperti kita semua sedia maklum, setiap kali hujung/awal tahun, kita sebagai penjual tudung sekolah dengan izin Allah akan menerima ‘durian runtuh’ (in shaa Allah).

Dan bagi yang dah lama bersama TudungSiComel sebagai Rakan Usahawan (agen), pasti faham akan betapa kritikalnya waktu tersebut.

Ada agen yang jari jemarinya akan menjadi ‘sotong’ membuat tempahan untuk para pelanggannya 😂

Ada yang mandi tak basah, tidur tak lena… jam 3-4 pagi pun masih berperang dengan tempahan pelanggan.

Ya lah, kan ada berjuta pelajar perempuan di Malaysia dan setiap orang kebiasaannya perlukan lebih dari 3 helai tudung.

Prospek kita berada di sekeliling kita. Hampir majoriti keluarga di Malaysia ada anak perempuan bersekolah. Cuba lihat keluarga saudara mara dan jiran sekeliling kita 😀

Kita semua sedia maklum apabila tiba musim Back to School, HQ TudungSiComel akan menjadi sangat sesak dan sampai satu masa terpaksa menutup tempahan kerana tempahan yang masuk terlalu banyak.

Saya yakin, rakan-rakan usahawan yang telah lama dengan TudungSiComel faham sangat situasi ini.

Jadi saya ingin menyeru kita semua untuk bersiap sedia dari sekarang.

KENAPA HQ PERLU TUTUP TEMPAHAN? TAK BERSEDIA AWAL KE?

Walau bagaimana kita bersiap sedia sekalipun, apabila tempahan berjuta pelajar Malaysia dalam masa yang singkat (2 bulan), kita pasti tak mampu nak menguruskannya.

Tambahan pula, sekarang jika kita menjual di Shopee dan Tiktok, kita perlu membuat penghantaran dalam masa 24 jam sahaja 😱

Back to School 2024 baru nie, kita telah sediakan hampir 50 orang team bungkus, namun masih tak mampu nak penuhi tempahan sediaada. Saban tahun, permintaan sentiasa meningkat, Alhamdulillah.

PERANCANGAN DAN SARANAN

Saya mencadangkan agar setiap rakan usahawan memegang sedikit stok sebagai backup di kala HQ tak mampu lagi menerima tempahan.

Gunakan stok tersebut hanya waktu kecemasan sahaja. contohnya apabila HQ terpaksa tutup tempahan atau tidak dapat membuat penghantaran dalam masa cepat terutama bagi Shopee/Tiktok.

Berikut adalah cadangan stok untuk dipegang mengikut kemampuan anda.

Jika modal anda kecil, boleh simpan Set Kecemasan 1 atau 2 dalam 10 helai setiap warna pun dah cukup. Kalau ada modal lebih baru tambah stok atau upgrade set seperti yang dicadangkan. Tapi jangan terlalu banyak, ikut kemampuan sahaja.

SET KECEMASAN

Set Kecemasan 1
TS AS Putih Nila saiz SS, S dan M
Inner Putih Nila

Set Kecemasan 2
TS AS Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AL Putih Nila saiz SS, S dan M
Inner Putih Nila

Set Kecemasan 3
TS AS Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AL Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AS Hitam saiz SS, S dan M
Inner Putih Nila
Inner Hitam

Set Kecemasan 4
TS AS Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AL Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AS Hitam saiz SS, S dan M
TS AL Hitam saiz SS, S dan M
Inner Putih Nila
Inner Hitam

Set Kecemasan 5
TS AS Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AL Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AS Hitam saiz SS, S dan M
TS AL Hitam saiz SS, S dan M
Inner Putih Nila
Inner Hitam

Set Kecemasan 6
TS AS Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AL Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AS Hitam saiz SS, S dan M
TS AL Hitam saiz SS, S dan M
TS AS Putih Mutiara saiz SS, S dan M
Inner Putih Nila
Inner Putih Mutiara
Inner Hitam

Set Kecemasan 7
TS AS Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AL Putih Nila saiz SS, S dan M
TS AS Hitam saiz SS, S dan M
TS AL Hitam saiz SS, S dan M
TS AS Putih Mutiara saiz SS, S dan M
TS AL Putih Mutiara saiz SS, S dan M
Inner Putih Nila
Inner Putih Mutiara
Inner Hitam

Singkatan:
TS = Tudung Sekolah
AS = Awning Scuba
AL = Awning Lembut

Nota: Boleh beli plastik pembungkusan ikut kesesuaian kuantiti.

Jika anda ada modal lagi, boleh tambah kuantiti ikut kesesuaian. Namun jangan terlalu banyak, cukup untuk digunakan ketika saat-saat kecemasan sahaja.

Ini sekadar cadangan berdasarkan statistik tempahan semasa. Anda bebas untuk membuat keputusan sendiri berdasarkan pengalaman anda sendiri 👌😀

Kita tak masukkan tudung sekolah jenis dua lapis dalam senarai sebab kita masih belum bersedia untuk buka borong lagi kerana stok kain masih tak menentu kualitinya.

Mohon kita semua berdoa agar Allah swt mudah lancarkan urusan peperangan kita kelak dan dikurniakan kepada kita semua rezeki yang melimpah ruah, aamiin.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment