Cash on Delivery TudungSiComel

Memandangkan ramai yang minta servis COD, jadi kita adakan servis nie melalui khidmat Ninjavan.

Ini peringkat trial dan mudah-mudahan lancar πŸ˜ƒ

Buat masa sekarang kita hanya cover bagi Semenanjung sahaja dan hanya maksimum 7 item sahaja dalam satu-satu tempahan. Kita terpaksa kawal risiko jika ada pelanggan yang tak ambil tempahan yang dihantar.

Kita cuba dulu sebelum kita perluaskan ke Sabah/Sarawak dan juga servis DHL, in shaa Allah.

Harganya sedikit berbeza dari tempahan biasa. RM11.50 untuk seluruh semenanjung bagi 7 items dan ke bawah.

Semoga sedikit sebanyak memudahkan urusan puan berniaga πŸ’ͺπŸ˜ƒ

Langkah dan panduan tempahan menggunakan kaedah COD

  1. Tempah menggunakan link affiliate peribadi dan TIDAK PERLU login ke akaun anda(belian secara affiliate).
  2. Ini kerana anda hanya akan terima komisyen affiliate sahaja untuk tempahan secara COD.
  3. Apabila pelanggan terima barangan dan urusan selesai, anda akan terima komisyen. Jika pelanggan tidak ambil barang atau pihak Ninjavan tidak berjaya buat penghantaran, komisyen affiliate akan ditolak semula dari akaun affiliate puan.
  4. Pihak HQ tak dapat uruskan tempahan secara dropship kerana prosesnya agak sukar dan berisiko kepada HQ. Kita belum pasti samaada pelanggan berjaya terima barang atau tidak.
  5. Risiko COD adalah apabila pelanggan tempah secara ‘main-main’ atau tidak berjaya dihubungi oleh pihak Ninjavan untuk penghantaran dan bungkusan akan dipulangkan semula ke HQ.

Hq kurang menggalakan rakan-rakan untuk promosikan program COD ini. Namun ianya adalah kemudahan tambahan yang HQ cuba sediakan sekiranya ada betul-betul pelanggan yang berada di kampung-kampung dan luar kawasan yang sukar untuk akses sistem perbankan dan betul-betul ingin membuat tempahan.

PENGUMUMAN- STRUKTUR HARGA BARU

Memandangkan sekarang kita menggunakan system affiliate dan apabila Rakan Dropship(DS) membeli dari HQ, DS akan mendapat juga Komisyen Affiliate(KA) dari Harga Istimewa DS(20%) selain untung runcit.

Jadi kita terpaksa susun semula struktur harga agar jumlah total untung runcit + komisyen affiliate akan tetap sama dengan jumlah totak untung rakan usahawan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, tudung sek awning scuba dijual pada harga RM19.90, harga special DS adalah RM12.90, jadi untung runcit DS adalah sebanyak RM19.90 – RM12.90 = RM7.00 (untung runcit).

Jadi apabila DS membeli dari web affiliate kita, DS akan dapat lagi tambahan komisyen affiliate 20% dari harga DS 12.90 dan menjadikan keuntungan DS lebih dari yang sepatutnya dan ini menyebabkan HQ mengalami kerugian.

RM7(Untung Runcit) + (20%xRM12.90) (Komisyen Affiliate) = RM9.58

Jadi HQ terpaksa mengstruktur semula harga DS bagi membolehkan untung runcit + untung komisyen = masih tetap RM7 +/-

Ini bermakna mulai sekarang, DS akan dapat 2 jenis pendapatan iaitu dari untung runcit dan komisyen affiliate.

Untung runcit(UR) = dapat terus masa menjual dari perbezaan harga.
Komisyen Affiliate(KA) = akan kita bayar setiap hujung bulan/pertengahan bulan jika cecah RM100 (payout minima).

Boleh rujuk senarai harga baru di bawah ya untuk semakan.

Menjual kerana suka…

Tulisan yang ditulis dengan jari, akan dibaca oleh mata… tulisan yang ditulis oleh hati akan sampai ke hati…

Bukan nak berfalsafah tapi macam ada kebenarannya juga… πŸ˜ƒ

Apabila kita menjual/ berniaga dengan niat beribadah kerana Allah dan nak membantu orang dengan produk kita, in shaa Allah pasti ada nikmatnya berbanding jika menjual hanya untuk duit semata(tidak salah)…

Sekadar berfikir dan mengingatkan diri sendiri…

“Menjual bukan kerana terpaksa, tapi menjual kerana suka…” πŸ₯°

“Business is about helping other people with some profit…”

Misi asal penubuhan TudungSiComel adalah kita nak membudayakan budaya bertudung seawal usia(sejak 2013) dan kita juga nak membantu ibu-ibu untuk lebih mudah mendapatkan tudung kanak-kanak yang selesa dengan harga mampu milik.

Ini misi asal penubuhan kita dan along the way kita acapkali tersasar misi nya. In shaa Allah we will get back on track dan akan cuba hasilkan lebih banyak koleksi tudung kanak-kanak yang ringkas dan selesa dengan harga mampu milik. In shaa Allah.

Terima kasih Rakan-rakan Usahawan kerana masih bersama hingga ke hari ini… semoga Allah kurniakan kejayaan dan rahmati kita semua dunia akhirat, aamiin.

Terima kasih dan sayang semua… πŸ˜ŠπŸ’ͺ

Syahruddin
Rakan Usahawan Comel
#TudungSiComel
30 Mac 2021 / 7.45 pagi

Sebelum berniaga online, kena tahu ini… berniaga nie simple jer… tapi…

Sebenarnya berniaga nie simple jer… cuma kita kena tahu lah asas-asasnya terlebih dahulu. Bukan semberono sahaja.

Antaranya kita kena tahu dan mesti betul-betul kenal produk yang kita nak jual, kepada siapa kita nak jual, di mana mereka berada, bagaimana produk kita dapat bantu mereka dan bagaimana kita nak setting kan iklan agar prospek dapat lihat iklan kita berulang kali sampailah mereka membelinya.

Cuba jawap soalan ringkas ini:

1. Apakah produk kita dan siapakah prospek(potential customers) kita?
2. Bagaimana produk kita dapat membantu memberi manfaat pada prospek?
3. Di mana prospek kita berada?
4. Bagaimana kita nak buatkan iklan kita supaya mesej kita sampai kepada mereka berulang kali?

**Sila salin jawapan di atas kertas dan ulang lihat agar kita tidak hilang fokus. Tanpal di dinding tempat kita kerja (workstation). Jawapan ini nampak simple, tapi kalau kita terlupa dikutiri kita akan hilang arah.

If youΒ knowΒ the enemy andΒ know yourself, you need not fear the result of a hundred battles…” ~ Sun Tzu


Apabila kita dapat menjawap soalan-soalan di atas, pasti lah akan lebih mudah nak menjual nanti.

Proses menjual nie mudah sahaja…

1. Ada produk. Kalau boleh produk keperluan kerana ianya lebih mudah terjual.

2. Kenalpasti siapa prospek kita dan kaji di mana mereka berada supaya kita tak buat kerja sia-sia. Contoh kerja sia-sia adalah menjual ‘ais batu’ pada penduduk eskimo(kutub utara) hehe…

3. Setelah kita kenalpasti siapa mereka dan di mana mereka berada, buat iklan tujukan terus pada prospek dan tonjolkan bagaimana produk kita dapat bantu dan beri manfaat pada mereka.

Ada perbezaan antara iklan bagaimana produk kita dapat bantu mudahkan urusan harian prospek berbanding iklan yang memuji produk/diri sendiri. Cuba belajar bezakan dan in shaa Allah nanti saya akan cuba buat penerangan lebih lanjut berkaitan ini.

Itu sahaja… mudah kan hehe…

Buat la iklan sebanyak mungkin supaya prospek dapat lihat iklan kita berulang kali.

Ikut kajian prospek perlu lihat iklan kita sekurang-kurangnya 7 kali(The Rule of 7) sebelum mereka akan mula engage dengan iklan kita. Itu pun kalau iklan kita kena pada sasaran la.

Kalau kita jual ais batu dan iklankan pada penduduk eskimo, buat 1000 kali iklan pun tak berguna hehe…

Jadi simple kan… kenapa nak pening-pening… kalau produk kita tue memang dah provent ada pelanggan seperti Tudung Sekolah (produk keperluan), in shaa Allah tugas kita lebih mudah. Hanya perlu gandakan aktiviti pengiklanan sahaja.

Semoga bermanfaat… ^_^

Wallahu a`lam…

PROGRAM SUBSIDI SHOPEE ADS TUDUNGSICOMEL 😊

PROGRAM SUBSIDI SHOPEE ADS TUDUNGSICOMEL 😊

HQ kita nak sponsor Shopee Ads pada puan. Sebab Shopee ads sangat penting. Kalau kita tak buat ads, listing produk kita akan berada jauh di page belakang-belakang listing shopee dan ini membuatkan susah pelanggan nak jumpa kita.

Biasanya orang akan search di page-page depan jer. So kita akan buat iklan sekurang2nya RM3 sehari bagi tudung rejek kita.

Kos iklan RM2.54 sahaja(rujuk gambarajah atas), dapat pulangan RM124.60… best kan hehe… sementara gambarajah di bawah pula spend ads RM6.33, pulangan hampir RM200… ok la kan untuk permulaan sementara nak dapatkan momentum.

Kita bermula dengan RM3 sehari dahulu(jangan gelojoh hehe) selama 2 minggu dan kalau prestasi baik, baru kita tambah ads budget, in shaa Allah 😊

Caranya untuk dapatkan subsidi shopee ads adalah:

  1. Buat shopee ads RM3 sehari untuk tudung sekolah rejek TSC selama 14 hari. Jika kurang jelas/tertinggal info boleh join group support shopee kita dan bertanya di sana ya.

    Kita buat ramai-ramai untuk dominasi page utama Shopee dan ini diharapkan dapat tingkatkan keyakinan prospek pada produk kita dan membeli dari anda.

    Dicadangkan guna gambar cover yang sama dan setting yang sama serendah RM6.90 (letak inner dalam listing).

    Boleh juga rujuk panduan kita sebelum ini Bagaimana nak set harga promosi di Shopee dan panduan Strategi setting harga di Shopee supaya kelihatan murah.

  2. Total ads spend 14 hari x 3 = RM42 sahaja.

  3. Print Screen bukti spending apabila dah cecah RM42(rujuk contoh gambar) dan whatsapp admin 011-56493906 untuk claim subsidi RM20 dari HQ.

    http://wasap.my/601156493906/nak_claim_subsidi_shopee_ads

  4. Kita akan berikan 4 kod kupon RM5(sekali penggunaan). Kupon RM5 x 4 yang boleh ditebus semasa membuat tempahan nanti untuk pelanggan.


Jika kurang faham bagaimana nak buat ads, boleh rujuk panduan shopee keywords ads di youtube dan google, banyak dikongsikan secara percuma dan berbayar.

In shaa Allah beramal dengan ilmu akan lebih berhasil… Iqra`

Salam kejayaan ^_^

Bagaimana Nak Set Harga Promosi di Shopee?

Sebagai contoh harga tudung rejek scuba kita set seperti harga retail biasa RM19.90. Kemudian kita nak jadikan harganya RM8.90(harga promosi).

1. Set harga seperti biasa RM19.90 semasa listing.

2. Kemudian setelah siap. Pergi pula ke menu Marketing Center dan cari Sub Menu Discount Promotion.


3. Create Promotion


4. Set harga promosi RM8.90 (buat secara manual, bukan gunakan Bulk % tue.


Siap, tunggu beberapa ketika, nanti Shopee akan tukarkan kepada harga promosi.

Strategi Setting Harga Shopee – Harga Kelihatan Murah

Untuk membuatkan listing kita kelihatan serendah RM6.90 untuk tudung sekolah. Sila ikut langkah di bawah:

1. Set 2 Variation. Variation 1 letakkan warna dan Variation 2 letakkan saiz dan kemudian letakkan Inner Rainbow di bawah variation 2 selepas size L.


2. Kemudian Inner Rainbow akan ada di bahagian bawah Variation List dan set harga kepada RM6.90 (harga biasa) dan letakkan kuantiti ikut cadangan semasa.

Itu sahaja dan kemudian save.

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security