Cadangan Kepada Yang Menjual Banyak Jenis Produk Dalam Satu Shop

Cadangan Kepada Dropship yang 'SYNC' Banyak Produk dalam Satu Shop

Sekiranya anda menjual produk yang anda sync kan menerusi web DropshipTudungSiComel.com(Web Sync) dan produk lain di dalam shop (Shopee/Lazada/Tiktok) anda yang sama, jadi akan ada kemungkinan anda menerima tempahan produk yang anda sync kan dan juga produk lain tersebut dalam satu tempahan yang sama.

Contohnya selain tudung sekolah yang anda sync kan menerusi web sync, anda juga menjual tudung sekolah yang anda senarai kan secara manual sebelum ini dan juga produk lain seperti barangan wanita, sabun bayi dan lain-lain.

Jadi apabila belakunya situasi begini, ada 2 cadangan (Cadangan 1 menjadi saranan utama):

1. Anda boleh abaikan dan tidak buat bayaran di web sync(jangan topup) biarkan ianya dalam status pending dan kesemua tempahan tersebut anda submit secara manual dengan upload AWB di web TudungSiComel.com seperti biasa(kecuali anda menjual produk lain selain dari produk dari TudungSiComel).


ATAU


2. Anda boleh split kan order tersebut menjadi dua AWB berasingan untuk dibuat penghantaran secara berasingan. Ianya dipanggil sebagai Split Order.

Lazada dan Tiktok sudah tersedia fungsi Split order. Namun untuk Shopee, anda perlu request dulu fungsi ini sebelum anda boleh menggunakannya.

split order web dropsync tudungsicomel

⚠ MASALAH

Apabila anda menerima tempahan di shop anda, web DropshipTudungSiComel.com akan terus deduct kredit topup anda dan tempahan tersebut akan terus masuk ke web HQ untuk diproses(hanya produk yang anda sync kan).

Sekiranya HQ proses tempahan anda terlebih dahulu, AWB hanya akan berfungsi untuk tempahan produk di web sync sahaja dan anda tidak boleh lagi menggunakan AWB tersebut untuk membuat penghantaran produk selain yang anda sync tersebut.

Jadi bagi mengelakkan order tersebut terus masuk ke web HQ, kita sarankan anda supaya jangan topup kredit anda telebih dahulu. Hanya topup setelah anda terima tempahan mengikut jumlah tempahan tersebut sahaja.

Apabila ada tempahan masuk, sekiranya kredit tidak mencukupi tempahan tersebut akan masuk ke senarai Pending.

Kemudian anda buat semakan sekiranya anda perlu split kan ataupun tidak. Jika perlu, anda split kan terlebih dahulu order tersebut. Kita ada sediakan juga panduan untuk buat split order.

Setelah split atau sekiranya tidak perlu, anda hanya topup sahaja jumlah berdasarkan order anda.

Contohnya anda ada terima order dengan jumlah RM16.90, jadi anda topup dahulu RM20 (RM10 x 2) dan buat bayaran menggunakan kredit topup anda tersebut. Anda boleh topup dalam kuantiti yang paling hampir (jangan telalu banyak lebihan).

image 58

Sekiranya anda menerima 5 order berjumlah RM100, anda boleh topup RM100 dan bayar satu persatu menggunakan kredit topup anda.

Setelah anda buat bayaran, barulah tempahan tersebut akan muncul di web HQ untuk diproses.

Tempahan yang muncul di web HQ akan dianggap telah dibuat split order dan HQ akan terus bungkus tempahan tersebut.

Secara mudahnya:

Terima order > Semak Pending Order > Sekiranya Perlu Split, anda splitkan dahulu > Topup Kredit mengikut jumlah tempahan > Buat bayaran bagi setiap tempahan > HQ bungkus dan hantar

Itu sahaja… mudah kan? 😘

Nota:
1. Mungkin akan berlaku sedikit tambahan kos postage untuk split order.
2. Untuk Lazada, anda tidak perlu buat split order secara manual kerana sekiranya ada tempahan dua produk yang berbeza (Sync dan tidak), system akan auto split order. Anda tidak perlu buat apa-apa. Anda boleh terus topup wallet dan bayar untuk produk yang sudah di sync kan dan proses tempahan yang sudah di split di Lazada shop anda.