Cara Daftar Shopee Affiliate

image

Program Shopee Affiliate adalah sebuah program yang membolehkan anda mendapatkan pendapatan tambahan dengan mempromosikan produk TudungSiComel yang dijual di Shopee Shop HQ TudungSiComel.

Dengan mendaftar sebagai affiliate di Shopee, anda akan mendapat komisen setiap kali pelanggan membeli produk melalui link yang anda kongsikan di sosial media, whatsapp atau anda boleh juga add produk di shop anda dan semasa anda buat live.

shopee affiliate program

KELEBIHAN MENJUAL PRODUK SHOPEE AFFILIATE

1. Produk lebih mudah terjual kerana telah banyak rating dan review.

2. Anda tak perlu dahulukan modal anda untuk membuat tempahan terlebih dahulu di HQ seperti konsep dropship.

3. Anda tak perlu pening-pening memikirkan masalah tempahan dan kerenah pelanggan.

4. Tak perlu semak dan berebut-rebut stok.

5. Anda tak perlu layan chat pelanggan.

6. Komisyen tinggi kerana selain komisyen yang disediakan oleh HQ, pihak Shopee juga berikan komisyen tambahan.

Contohnya jika anda buat live guna produk affiliate, HQ berikan anda 30% dan pihak Shopee berikan tambahan lagi 10% . So total komisyen anda adalah 40% (Semasa).

7. Apabila produk terjual, anda tak kena cas oleh shopee. HQ yang akan tanggung semuanya.

Anda boleh jana pendapatan dengan tenang.

Cara Daftar

1. Layari laman web rasmi Shopee Affiliate
2. Isi maklumat ringkas seperti yang di minta.

image 10

3. Apabila anda berjaya melengkapkan kesemua maklumat di atas, pihak shopee akan mengambil masa dalam tempoh 5 hari bekerja untuk pengesahkan maklumat yang anda isikan. 

image 3

4. Apabila akaun affiliate anda dah diluluskan, anda akan mendapat paparan seperti di bawah ini.

image 5

Anda boleh share link affiliate di mana-mana social media dan sekiranya ada yang membuat belian, anda hanya perlu tunggu komisen affiliate anda masuk sahaja. Kaching!

image 4

Cara Dapatkan Link Produk untuk Promosi Affiliate

Untuk promosikan produk affiliate TudungSiComel, anda boleh dapatkan link produk pada shopee shop HQ TudungSiComel

1. Pergi ke shop shopee TudungSiComel kemudian pilih produk yang anda nak promosikan.

2. Untuk dapatkan link produk tersebut, anda klik pada arrow yang dipaparkan dan copy link tersebut

image 7

4. Berkenaan komisyen pula, HQ tetapkan sebanyak 30% manakala dari pihak shopee pula sebanyak 3% untuk share link affiliate biasa dan 10% jika anda promosikan semasa sesi live.

Total komisyen jika anda promosikan produk tersebut sebanyak 33% di social media dan 40% semasa sesi live.

image 8

Anda juga boleh dapatkan panduan atau belajar cara Promosi Shopee Affiliate di Google atau Youtube.

Panafian: Kadar komisyen yang tertera adalah kadar pada Feb 2024. Anda boleh pantau kadar dari masa ke semasa sekiranya ada perubahan oleh pihak shopee di Dashboard Affiliate Shopee anda.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment