Cashback 3% Mac hingga April 2024

cashback tudungsicomel

PROMOSI CASHBACK BERMULA

Promosi cash back datang lagi… yeahuu hehe. Setiap pembayaran menggunakan credit Wallet TudungSiComel, rakan-rakan akan dapat special 3% cashback 😊

Apa itu cashback?

Cashback nie contohnya jika anda berbelanja RM100 menggunakan wallet, anda akan terima pulangan 3% (RM3.00) … lebih jimaaaatttt.

Jika bayar guna ToyyibPay atau bayar cash, tiada cash back rewards… lugi looo hehe.

Promosi ini sah sehingga 15 April 2024.

Nota (Wajib baca): 

1. Cashback anda akan dimasukan terus secara automatik ke wallet anda setelah tempahan anda berjaya Shipped(bukan baru order cashback terus masuk tau hehe). Namun jika ada berlakunya refund, wang cashback akan ditolak semula dari wallet anda.

2. Promosi wallet ini khas untuk Rakan Dropship sahaja. Jika pelanggan beli terus di web, tiada cash back.

3. Program cashback adalah menggunakan sistem website. Jika anda perasan tiada cashback 3% diterima dari jumlah tempahan produk anda, mohon maklumkan pada admin untuk kita buat semakan dengan segera.

*Penting: Jika anda baru sedar bahawa anda tidak terima cashback setelah seminggu berlalu, kita tidak dapat membantu anda. Jika anda perasan order anda dah shipped, tapi tak terima cashback, hubungi kita segera untuk dibantu ya. Jika dah lama berlalu, dan banyak ID perlu HQ buat semakan satu persatu, maaf kita tak dapat bantu. Maaf ya. Program ini hanyalah ‘ihsan’ dari HQ sahaja dan HQ ada hak untuk tidak memberikan cashback rewards kepada anda. Mohon ambil maklum ya. Terima kasih

4. Jumlah cashback adalah dari jumlah harga produk sahaja dan tidak termasuk kos shipping. Contohnya anda membeli produk dengan harga RM100 dan kos penghantaran adalah RM5 jadi 3% cashback adalah 3% x RM100(harga produk) = RM3.00

5. Sekiranya sistem menghadapi masalah dan pihak HQ serta anda juga tidak sedarinya, cashback yang sepatutnya anda terima namun tidak diterima, ianya tidak akan menjadi hutang syarikat kepada anda.

Selagi cashback yang anda layak tidak dikreditkan ke Wallet anda, ianya masih belum menjadi hak anda.

Takut nanti baru jer nak langkah kaki ke syurga… “Hai, awak nak ke mana tue…?” ” Dulu 3% cash back yang anda janji tapi sistem web bermasalah dan kita sama-sama tak perasan, namun saya nak tuntut juga di akhirat nie” …. jenuh hehe…

6. Cap RM5/ Tempahan. Maksimum cashback adalah RM5. Maksudnya jika tempahan retail anda RM200 dan sepatutnya anda terima RM6, namun anda hanya akan terima maksimum RM5 sahaja.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment