Kita menerima pertanyaan dari rakan-rakan usahawan terutama yang baru join program Rakan Usahawan TudungSiComel;
“Kenapa sejak beberapa minggu nie(Mac 2022) Hq TudungSiComel selalu terputus stok. Ini membuatkan kami sukar nak berniaga“
Sebenarnya, kita ‘berperang’ dengan sale tudung sekolah sejak hujung Disember 2021 lagi.
Alhamdulillah, kita menerima tempahan tudung sekolah yang banyak semenjak Disember 2021(dengan izin Allah) semasa kerajaan umumkan tarikh sessi persekolahan penggal 2022.
Sejak itu, tempahan tudung sekolah alhamdulillah tidak putus-putus dan tempahan retailboleh mencecah lebih 2000 helai sehari.
Alhamdulillah, tempahan dari rakan-rakan usahawan juga tidak putus-putus. Tempahan kadangkala masuk hampir setiap minit.
Keadaan ini berlarutan sejak Disember dan apabila masuk Mac 2022, kita sudah terputus stok / tailor pun dah exhausted keletihan dan kita terpaksa buka tempahan pre-order(stok bayangan) memandangkan masih banyak tempahan yang masuk.
Kaedah stok bayangan adalah agar kita boleh fokus jahit tudung-tudung yang sudah ada tempahan sahaja ikut kuantiti yang diperlukan supaya lebih cepat siap.
Atau jika tak dapat klik pada link di atas, puan boleh reply NAK dan saya akan bantu puan dengan segera
Terima kasih
Zarina Personal Shopper
*Jika puan taknak terima wasap dari saya lagi, puan jangan report atau block ya. Puan just reply STOP, in shaa Allah saya tak whatsapp puan lagi. Saya sekadar berniaga mencari rezeki. Terima kasih puan ๐ฅฐ
Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.
Jamiโ Tirmizi (3604)
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh. Sesungguhnya jika Allah SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami al-Tirmizi, 10/52)
Kita berniaga, pastinya kena ada target. Apa impian untuk perniagaan kita?
Apa halatuju perniagaan kita? Adakah terus menerus menjadi Dropship selamanya atau bagaimana?
Jadi saya di HQ TudungSiComel sentiasa memikirkan dan merancang untuk memastikan puan tidak selama-lamanya di satu tahap sahaja.
Saya juga ingin melihat perniagaan semua rakan – rakan usahawan TudungSiComel berjaya dan berkembang.
Saya impikan satu hari nanti, puan akan berjaya membina empayar perniagaan tudung sekolah / budak kita dengan lebih baik dan berjaya walau hanya berniaga dari rumah.
Apa planning saya?
1.Bermula dengan Dropship – Ini permulaan yang PALING PENTING. Belajar dahulu bagaimana mencari pelanggan. Dalam apa-apa perniagaan sekalipun, mencari pelanggan adalah asas utama dan ianya sangat penting.
Banyak perkara yang perlu dipelajari di tahap ini. Antaranya bagaimana nak kenali pelanggan kita(customer avatar), di mana mereka berada, bagaimana nak pastikan mesej iklan kita sampai kepada mereka dan bagaimana nak buatkan mereka tertarik(psychology) untuk membeli dari kita.
Apabila sudah mahir menjual dan mencari pelanggan, barulah boleh ke tahap yang seterusnya.
Kadang-kadang kita ingin terus nak ada produk sendiri tanpa kita belajar bagaimana nak menjual. Ianya agak berisiko, dikuatiri stok akan terlambak di bawah katil.
2. Menjadi Ibu kepada anak cucu Affiliate – Bukan sahaja puan belajar menjual, puan juga perlu belajar bagaimana untuk mencari(recruitment) dan mendidik anak cucu supaya mereka juga pandai menjual dan dapat jana pendapatan yang baik.
Di TudungSiComel kita ada sediakan peluang tersebut, mencari dan mendidik anak cucu dengan Program Affiliate kita.
Jika puan dapat belajar dan kuasai kedua-dua kemahiran ini iaitu menjual dan mencari serta mendidik anak cucu, ianya satu bonus dan barulah akan lebih yakin untuk ke tahap yang seterusnya.
3. Menjadi Pemborong / Mini Stokis – Apabila sudah mahir mencari pelanggan dan database pelanggan pun sudah banyak, barulah puan ambil keputusan untuk mula pegang stock dan menjadi Mini Stokis TudungSiComel.
Belajar bagaimana menguruskan stok, proses penghantaran dan pemulangan.
Namun jangan terus beli stok yang banyak, mulalah dengan jumlah minima. 20 – 30 helai dahulu sebagai permulaan.
Kemudian apabila sudah benar-benar yakin, barulah tambah stok dari masa ke semasa.
4. Mula mencari staffadmin – Apabila tempahan sudah mulai banyak dan stabil, upah seorang staff untuk bantu membungkus dan mengambil tempahan. Dari sini, puan boleh terus fokus dengan aktiviti marketing.
Letih nak tekan butang Shopee Boost setiap 4 jam? Jangan risau, kita ada cara lebih mudah dan automatik. Ianya Percuma sahaja.
Boost adalah salah satu fungsi untuk menaikkan semula listing kita di shopee ke page-page hadapan.
Ya lah kan, bukan kita sorang sahaja yang listingkan produk di shopee, beribu-ribu produk disenaraikan di shopee setiap hari. Jadi pastinya produk kita akan tenggelam ke bawah / page belakang dengan cepat.
Jadi shopee ada sediakan satu fungsi yang dinamakan Boost supaya listing produk kita akan dinaikkan semula ke page-page hadapan.
Namun kekuranggannya adalah kita tepaksa klik pada butang boost setiap 4 jam sekali. Leceh juga kan…
So ini saya tunjukan panduan bagaimana kita dapat set auto boost setiap 4 jam sekali supaya kita tak perlu buat secara manual.
Saya dah gunakan setting nie rasanya dah setahun lebih, alhamdulillah. Jadi hari nie saya kongsikan dengan rakan-rakan dan semoga bermanfaat.
Sedar tak sedar dah hampir 9 tahun saya menamatkan perkhidmatan saya sebagai seorang tentera.
Sebelum nie saya berkhidmat sebagai seorang anggota TUDM (Kapten Bersara), berhenti awal sebab nak ‘bekerja dari rumah’
Impian saya adalah saya nak bekerja dari rumah dan dengan harapan ada lebih masa bersama keluarga.
Sebenarnya sejak dari 2007 lagi saya dah menceburkan diri dengan perniagaan secara online nie, hampir semuanya secara dropship sahaja, tak perlu pegang stok, tak perlu post barang. Layan customer sahaja.
Bermula dengan menjual peralatan golf secara online, apam polkadot, crepe durian dan beberapa lagi perniagaan online hinggalah sekarang perniagaan tudung budak / tudung sekolah menerusi TudungSiComel.com
Saya suka berniaga secara online sebab lebih bebas dan lebih masa bersama keluarga.
Dan yang bestnya berniaga online nie kita boleh automasikan separuh kerja kita (ataupun sepenuhnya), lepak-lepak tiba-tiba duit masuk jer, kecing kecing kecing… bestkan? hehe…
Antara lain jika rasa nak balik kampung atau bercuti, kita boleh terus packing barang dan jalan jer… tak perlu minta cuti, tak perlu minta kawan-kawan tolong cover kan kerja kita… bestkan?
Bayangkan, sambil duduk di rumah, lihat anak membesar depan mata, kita boleh jana pendapatan secara online / automasi.
Cumanya nak berniaga apa pun, online ke offline ke… semua perlukan ilmu la.
Kadang-kadang kita nampak orang buat itu dan ini, tapi kita tak nampak strategy sebenar dia. Semuanya kena ada ilmu.
Saya pun masih menuntut lagi hingga sekarang, ianya tak akan habis… lagi kita belajar, lagi banyak kita tak tahu.
So saya sangat sarankan rakan-rakan yang nak serius berniaga secara online, tuntutlah ilmu.
Banyak sahaja ilmu ‘marketing online’ yang dikongsikan secara percuma di google dan youtube, cuma tinggal nak cari jer hehe….
Tak pun, jemput lah ke blog perkongsian marketing yang saya baru buat nie, mudah-mudahan bermanfaat buat rakan-rakan semua.
Salam kejayaan dan jika nak jadi Dropship dan berniaga secara online, cubalah tuntut llmu dan bersungguh-sungguh.
Saya kenal ramai orang yang hanya berniaga secara dropship tapi boleh jana pendapatan dengan baik. Kenapa? Kerana mereka berniaga dengan ILMU dan pastinya yang paling penting jangan lupa Allah, Pemilik Khazanah Langit dan Bumi… minta lah pada Nya.
Pagi – pagi nie best juga pekena teh tarikh ngan nasi lemak sambil – sambil baca paper kat kedai mamak nie kan… maklumlah kita nie kerja dari rumah jer… jom
Jika anda berminat menjadi seorang Dropshipper Tegar, boleh KLIK SINI hehe
Jual Tudung Jururawat nie ada trick dia. Kalau kita pos jer kat wall facebook kita susah sikit sebab tak semua friend kita jururawat. Kecuali kita nie jururawat la ๐
Tricknya adalah dengan join group-group Jururawat / Nurse di Malaysia banyak-banyak yang tak private dan share lah iklan kita di sanaโฆ mudah ja hehe ๐
Lebih targeted โฆ istiqamah post selalu di sana, mudah-mudahan satu masa nanti ada yang sangkut.
Aamiin dan selamat meroket hehe ๐ฅ
Kredit Gambar: https://id.depositphotos.com/stock-photos/menunggu-sungai.html