Kita Semua Ibarat Nelayan

Kita semua ibarat nelayan… Cuma kita nie nelayan di darat hehe… Mencari rezeki dengan menangkap ikan(pelanggan) 😊

Jadi, sebagai nelayan, kita perlu tahu apa jenis ikan yang kita nak tangkap(prospek) dan umpan apa kita nak pakai(produk) 😃

Kalau kita nak tangkap ikan jerung, takkan nak guna umpan cacing pulak kan?

Jika nak tangkap jerung, takkan kita nak guna mata kail ikan keli? Senyum jer jerung tue nanti 😅

Kita kena tahu mata kail besar mana nak pakai…. ikan kita suka makan apa… Siapakah mereka dan di manakah mereka berada?

Lagi banyak data kita(iqra’), lagi senang kita nak tangkap mereka.

Kita boleh pilih nak jadi nelayan hebat atau nelayan tangkap muat.. ia terpulang pada diri kita sendiri.

Mari kita renung-renungkan dan selamat beramal 😊

Syahruddin
Rakan Usahawan Comel 😁
TudungSiComel

KENAPA SAYA BUAT IKLAN, TAPI KURANG BERKESAN…OH KENAPA!?

Buat iklan nie sebenarnya sama seperti zaman kita muda remaja dulu(pada yang dah tua macam saya laa hehe), zaman mengorat makwe/pakwe, zaman cintan cintun hehe… 🤭

Kalau kita meminati seseorang, apa kita buat? Adakah kita terus pergi dekat beliau dan cakap:

Saya cantik, saya rajin, saya baik hati, boleh saya jadi makwe/pakwe awak?” 🤭

Semestinya tidak kan? … then apa kita buat?

Pastinya kita akan berpakaian cantik2, makeup tebal2, pakai minyak wangi satu tempayan bagi si dia perasan yang kita cantik, kita menarik( branding/brand image/attraction/unconscious mind manipulation ).

Dan kita akan selalu buat-buat terserempak( awareness/mind maping ) dengan si dia kan… siap buat jadual jam berapa si dia akan lalu jalan nie, jam berapa si dia akan keluar makan di kantin.. dan kita pun mulalah ada sahaja di sana hehe… 🤭😅

Adakah pertama kali si dia jumpa kita terus ajak dating(membeli)?

Semetinya tidak… si dia kena la terserempak dengan kita banyak kali dulu, baru la lama kelamaannya akan timbul rasa minat( the rule of sevent ). Mungkin akan ambil masa yang agak lama… tapi jika kita cepat berputus asa, harapan kita untuk memiliki si dia pastinya tipis.. lepas tue mula la terfikir… apa pasal makwe tue tak cun pun tapi pakwe dia hensem giler?!! sebab yang tak cun tue la keSABARannya TINGGI hehe… 🤭

So nampak tak apa yang saya cuba nak sampaikan?

Proses iklan pun sama… bukan boleh terus puji produk kita… puji diri sendiri… sesetengah orang akan rasa meluat… poyolah… 🤣

“Belilah tudung saya, tudung yang saya jual nie paling cantik di dunia, tudung saya hebat, tudung saya blaa blaa blaa… belilah!” 😅

Tapi gunakanlah teknik penyampaian secara halus/unconscious mind maping … gambar yang cantik, penampilan produk yang kemas, nampakkan faedah kepada mereka(bukan dengan teknik puji diri sendiri) then baru orang akan lihat dan fikir sendiri… “menarik la produk tue”

Dan bila sekali buat posting iklan, jangan la harap orang akan terus jatuh hati… pastinya akan ambil masa… mula-mula bertentang mata, lepas tue bermain mata, jeling menjeling, bertegur sapa, berjumpa-jumpa, lepas tue baru la jumpa mak ayah… pastinya ambil masa… kena IKLAN DENGAN SABAR… it`s a process 😊

Banyak dari kita(termasuk saya sendiri 🤭😅) post iklan terus harap orang nampak dan beli, lepas tue bila orang tak beli rasa kecewa dan cakap produk nie tak laku… relaks dulu… proses mengorat pasti ambil masa… jangan gelojoh hehehe…

Kalau kita asyik puji diri sendiri pun, pakwe/makwe nanti lari pula… POYO‼ 🤭

So secara ringkas apa saya nak cakap adalah:

  1. Jangan Poyo – puji produk sendiri(kena bagi orang rasa produk kita bagus secara tak sedar ).
  2. Jangan Gelojoh – sabarrrr… kalau orang boleh, kita pun pasti boleh in shaa Allah.

Sekian tazkirah 😅

Yang comel(tapi tak lembut hehe) 🥰🤭

Syahruddin
Tukang Jahit
TudungSiComel

Bagaimana nak bina Kolam Ikan Paus?

“Nak memancing ikan paus, jangan la pancing kat sungai belakang rumah kita, sampai kiamat pun in shaa Allah tak dapat” 😅

Jika kita menjual produk yang pada pandangan kita harganya agak tinggi, janganlah jual pada mereka yang kurang berkemampuan, kita jual lah pada mereka yang ada kemampuan… mudah sahaja kan? 😂

**Penafian: Semua golongan, waima berpendapatan rendah atau tinggi, semua ada fungsi masing-masing di muka bumi ini. Artikel ini tidak bertujuan memandang rendah pada sesiapa, ini hanyalah subjek Target Market / Market Segmentation.

Jika kita terus memancing ikan paus di sungai belakang rumah kita, sampai bila-bila pun tak dapat ikannya…

Jadi hari ini saya sediakan panduan ringkas bagaimana nak promosikan produk yang pada pandangan kita agak mahal harganya itu.

❗ Harga mahal atau murah sesuatu itu adalah sangat subjektif sebenarnya. Bagi orang berduit, mungkin pada mereka nilainya murah.

Bagi orang biasa, Kereta BMW mungkin mahal, tapi bagi orang ada duit, BMW macam Kancil jer, berderet di halaman rumah 😁

Ada 2 cara:

1. Cari di mana mereka berada dan promote pada mereka.
2. Bina Kolam Ikan Orang Ada Duit sendiri.

So hari ni kita kongsi panduan membina kolam ikan orang yang ada duit:

1. Pergi ke page-page Facebook/IG yang menjual produk-produk muslimah(ibu-ibu) yang kita rasa ianya agak mahal/harga tinggi seperti page-page menjual tudung-tudung/jubah-jubah mahal. Bukan yang harga RM100 ke bawah.

2. Kemudian lihat pada bahagian komen…lihat siapa yang komen berminat/PM/Nak beli dll..

3. Add la mereka semua sebagai friends sebab majoriti mereka pastinya ada duit hehe…

Kumpul lah banyak-banyak mereka dalam satu profile baru atau page baru… kolam ikan-ikan Paus hehehe… carilah yang minat tudung dan jubah muslimah, so kebarangkalian dorang nak beli tudung untuk anak mereka pun tinggi juga..


Siapa kata produk mahal nie susah nak jual? Sebenarnya kalau kita jumpa kolam atau hasilkan kolam yang betul, in shaa Allah mudah.

Kita nak jual pada orang yang ada duit, kita kena put ourself on their shoes. Kita kena faham cara dorang berfikir dan membeli.

Mungkin kita suka yang murah, janji boleh pakai. Tapi ada orang suka produk yang berkualiti dan sanggup spend duit. Bagi mereka, RM100.00 mungkin macam RM10 sahaja pada kita.

Kita kena pecahkan tembok kepercayaan kita sendiri. Yakin BOLEH!

So, kat mana kita nak cari page-page yang jual produk-produk mahal nie? Saya tak dapat nak reveal semua sebab nanti semua sama hehe… apa saya boleh bagi hint adalah:

Hehe selamat berjaya 😊

SAYA TAK PASTI KENAPA, TAPI MUNGKIN ADA BENARNYA JUGA…

Saya ada terbaca satu buku Sell Like Crazy by Sabri Suby , dia kata, salah satu cara sekarang untuk tingkatkan view socmed (social media) adalah menggunakan gambar dan tulisan seolah-olah dalam bentuk berita/news.

Sebab apa? Sebab orang lebih suka baca berita dari baca iklan 😅

So saya ada try dan macam betul juga, sebab robot algorithm facebook boleh agak samaada gambar yang kita post berunsurkan iklan atau berita… mungkin gambar iklan banyak tulisan dan tanda harga…

Dan facebook akan bagi reach/views yang lebih kepada posting berbentuk news…

So apabila saya cuba, aa memang dari segi orang yang nampak(reach/views) post kita agak berbeza 😊

Cuba la beberapa kali dan cuba tengok hasilnya 😊

Wallahu a`lam betul atau tidak teori tue, tapi so far macam betul…

Salam kejayaan 😃💪💪💪🚀🚀🚀

RAHSIA – SIAPA CAKAP JUAL TUDUNG REJEK/MURAH TAK UNTUNG?

Kalau puan rasa jual tudung dengan margin untung murah tak boleh kaya, ini saya ada satu kisah 😅

Saya ada sorang kawan, dia jual tudung murah… memang dia focus main game tudung murah jer… memang murah betul 😅

Untung singgit dua ringgit jer sehelai mungkin pada kira-kira saya… tapi dia fokus game volume.

Dulu dia ada jual tudung harga standard dan premium… tapi sekarang, sejak dia terjebak masuk game tudung murah(margin kecil) nie dia kata best sebab sale laju… sehari beratus-ratus bungkus keluar (rujuk gambar).

Nota tepi: Game sale volume nie sesuai untuk jualan tudung pakai harian dan bukan untuk menghadiri majlis; tudung ke pasar, tudung untuk keluar sidai kain dan termasuk juga tudung sekolah. Takyah pening-pening nak buat tudung cantik-cantik… batu-bata sana sini hehe… janji nampak ringkas dan selesa sudah 😅

Tudung jenis nie, market dia besar sebab untuk pakaian keperluan dan harian…

Nak tau tak berapa pendapatan dia sebulan?

Mari kita kira secara kasar:

Sehari dia kata boleh keluar 200-400 bungkus… kita ambil 300 bungkus purata… kalau sorang customer beli 3 helai tudung murah dia(tudung murah biasa sekali orang borong banyak)…

Katakan untung dia sehelai RM2 sahaja(alaaa untung RM2 sahaja, apa barang!!!!), so sebungkus dia untung RM6.00 (RM2 x 3helai).

Jadinya 300 bungkus x RM6.00 = RM1800.00 sehari‼️

Saya ulang… RM1800.00 sehari‼️‼️

Kalau 30 hari? RM1800.00 x 30 = RM54,000.00 sebulan‼️‼️‼️

Setiap 2 bulan dia boleh beli kereta cash 😅😆

Tudung hanya untung RM2 sehelai sahaja pun, tapi dia boleh dapat RM54,000.00 sebulan.‼️‼️

Hari tue dia ada tanya saya:

“Bang, saya ada duit lebih RM30,000.00 nie, tak tau nak buat apa, saya invest kat TudungSiComel boleh?” 😅

Duit sampai tak tahu nak buat apa haha… jangan pandang rendah GAME VOLUME 😊

Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang kita tak tahu… apabila kita tahu… WOOWWW!!! 😅😆

Ini rahsia kita semua ya… tolong jangan sebarkan.

Nota lagi: Kiraan di atas adalah anggaran sahaja, mungkin kurang atau mungkin juga lebih.

KAJIAN KES – SURVEY WAKTU YANG SESUAI MEMBELI UNIFORM DAN TUDUNG SEKOLAH 🤔😊😱

Alhamdulillah, hampir mencecah 800 orang yang telah membuat undian dengan soalan, ” Bilakah waktu/tarikh biasanya mereka membuat belian uniform dan tudung sekolah? “

Nota: Untuk turut mengundi KLIK SINI.

Kalau kita lihat, lebih separuh (50%) dari mereka menyatakan mereka mula membeli uniform dan tudung sekolah bermula pada pertengahan November – pertengahan Disember.

Apa yang kita boleh belajar dari statistik ini? Apakah maksudnya?

Maksudnya PEPERANGAN SUDAH BERMULA 🤭😅

Time yang sesuai kepada Rakan Usahawan TudungSiComel yang biasa guna FB Ads dan Shopee Ads berbayar… sebab time nie orang dah mula membeli 😃

Dan masa yang kita perlu fokus dan gandakan iklan di Facebook, IG, Shopee dan lain-lain platform yang ada…

Jika dulu buat posting sehari 3 kali, sekarang dah kena gandakan kepada dua jam 1 kali posting iklan/product knowledge sharing. Biar prospek nampak iklan puan sebilang masa…

Buka Facebook jer, nampak iklan puan.. buka facebook jer nampak iklan puan… biar sampai jiwa beliau terseksa sehinggalah beliau membeli tudung sekolah dari puan hehe…

Dengan erti kata mudah… bagi umpan, ikan makan, bagi umpan ikan makan, belum letak umpan, ikan pula minta umpan hehe… in shaa Allah 😊🎣🐋🐋🐋🐋🐋🐋

Selamat maju jaya dan besarlah harapan saya agar semua Rakan Usahawan TudungSiComel dapat menjana pendapatan yang baik pada musim Back To School ini… setahun hanya sekali yeop, moh kite pulun habis-habisan hehe…

Ingat, kita ada berjuta pelajar sekolah di Malaysia… ibarat kolam yang penuh dengan ikan yang menanti untuk memakan umpan… cuma tunggu kita beri umpan sahaja 🤭🥰

Namun rezeki adalah hak Allah, kita berusaha sekadar daya yang dikurniakan kepada kita… wallahu a`lam.

🌶🌶🌶 Pssstt… sehari dua lagi ramai dah nak dapat gaji yeop… apa tunggu lagi, lambat tinggal 😅🤣

⛔️ THE DECOY PRICE OF TUDUNGSICOMEL – INI RAHSIA KITA

Kita ada 3 produk utama tudung sekolah:

1.Awning Lembut RM16.90

2.Awning Scuba RM19.90

3.Awning Scuba Dagu RM24.90

Secara asas semua akan ada customer juga, ada jer orang beli sebab manusia tidak sama, semua market segment tetap ada ahlinya…

Namun ada sedikit strategy di sini untuk force prospect untuk buat keputusan nak beli yang mana satu 😅🤭

Secara psikologi, RM 16.90 dan RM 19.90 beza harga nampak tak jauh sebab masih no 1 di hadapan, dalam block harga yang sama 😃

Orang akan fikir;

alaa tambah berapa sen jer lagi boleh dapat yang scuba terus …” 🤭

Tapi untuk yang RM 24.90 , harga dia dah duduk di block harga 2 , jadi macam nampak mahal sikit… Dan ini membuatkan RM19.90 tue nampak jauh lebih murah dan berbaloi 😊

Faham tak strategy psikologi harga nie?

Tapi kalau rakan2 nak psikologi harga nie berfungsi, dalam fbpage/shopee/Ig puan, kena ada promote ketiga-tiga jenis tudung nie supaya prospek boleh nampak ketiga-tiga perbezaan harga dan baru dia akan masuk ke perangkap harga kita 😅🤭

Itu lah sebab ramai Rakan Usahawan cakap yang sale tudung sekolah awning scuba lebih banyak… Saya dah jangka… 🤭

Alhamdulillah ianya sedikit sebanyak strategy kita berhasil 😅🤭

Sehari Sale 4 angka… ok la kan? ^_^

Ingat tak saya pernah cerita pasal strategy iphone pricing… Inhouse competition – orang hanya akan bandingkan harga antara produk iPhone sahaja 😃

Antara iPhone biasa dan versi S

Bukan iPhone dengan Samsung… 😃

PROMOSI 3 HARI (PROMOSI PENGENALAN) – MARHMALLOW ZARRA SCUBA BERDAGU 2 IN 1

Sempena pengenalan produk terbaru, kita ingin hadiahkan promosi istimewa kepada pelanggan kita dengan belian 2 helai (dan ke atas) layak untuk menebus sehelai hadiah tudung Zarra secara percuma.

Promosi nie sah hingga 26 Oktober 2019 jam 12 tgh malam sahaja(3 hari).

KUPON

Promosi ini hanya tempahan menerusi Rakan Niaga TudungSiComel sahaja, jadi kalau pelanggan terus ke web kita pun tak boleh dapat diskaun.

Mudah-mudahan Rakan Niaga TudungSiComel dapat manfaat darinya.. kita nak semua Wakil Jualan TSC jadi kaya raya …💰💰💰 😊

Semasa buat tempahan untuk pelanggan, gunakan kod kupon:

ZARRA2F1

POTENSI KEUNTUNGAN

Untuk satu tempahan, pelanggan perlu beli 2 helai untuk dapatkan hadiah sehelai… untuk setiap helai terjual, Rakan Usahawan TSC akan dapat untung RM10/sehelai. Jadi untuk 2 helai = RM20/tempahan.

Kalau sehari dapat 10 customer, RM20 x 10 = RM200.00 keuntungan Rakan Niaga.

Kalau 3 hari? = RM600.00 💰💰💰

Ok la 3 hari RM600.00 kan… lepas 26hb nie kita rancang akan jual 4 percuma 1 pula… lagi asyukkkk 💰💰💰💰💰💰💰 😊

Promosi bermula sekarang sehingga 26hb Okt 2019…

Jangan lupa, kaw tim la sekali pelanggan untuk beli sekali tudung sekolah awal, dapat harga promosi Oktober … pandai la pujuk la dia;

Akak, beli sekali tudung sekolah akak, sekarang bulan Oktober ada promosi tudung sekolah juga… kita pos sekali, jimat postage… hujung tahun tak perlu beli dah..” pandai2 la hehe… 🤣

Selamat berjaya dan semoga bermanfaat 😃🎣🐋🐋🐋🐋🐋

TAKDA IDEA NAK BUAT POSTING? JANGAN RISAU, COPY AND PASTE JER DI PAGE HQ HEHE …

Rakan Usahawan digalakkan juga C&P ayat promosi di page HQ dan boleh komen juga untuk kenalkan diri sebagai Rakan Usahawan TSC 😊💪

https://www.facebook.com/TudungSiComeldotcom/photos/a.150419931747673/2319823024807342/?type=3&theater

Semoga membantu 😊

Apa Pentingnya Keyword atau Katakunci?

Salam rakan-rakan Usahawan TudungSiComel, hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang apa itu Keyword, kepentingannya dan cara asas setting keyword.

1. Keyword atau katakunci adalah perkataan yang akan ditaip pada search engine/facebook/IG semasa kita mencari sesuatu.

2. Sebagai contoh, apabila kita nak cari tudung sekolah di google, perkataan yang kita akan taip pastinya adalah ‘Tudung Sekolah‘. Ya lah, takkan nak cari tudung sekolah kita taip perkataan ‘kereta‘ pula kan hehe…

3. So perkataan yang ditaip itulah dinamakan sebagai keyword.

Apa pentingnya Keyword?

Jika prospek(orang yang sedang mencari untuk membeli) taip dan cari perkataan ‘tudung sekolah’ dan produk tudung sekolah yang kita jual tak muncul di hadapan mereka, maka rugilah kita ^_^

Macam mana nak buat bagi muncul?

Ianya dipanggil sebagai Search Engine Optimization (SEO). Perkara ini agak rumit jika nak didetailkan namun ada beberapa perkara asas yang kita boleh buat:

1. Tajuk post kita pastikan ada keyword
2. Sub-head tajuk kita juga jika boleh ada keyword.
3. Gambar yang kita sertakan, pastikan juga disave dahulu dengan nama keyword tersebut sebelum diupload.
4. Meta/Taq/Kategori juga letakkan keyword.
5. Letak #hashtaq keyword kita juga di bahagian bawah penerangan produk. Contohnya: #tudungsekolah , #tudungsekolahawninglembut dll
5. Dalam *isi kandungan artikel/penerangan produk juga perlu ada keyword.

Namun keyword dalam *isi kandungan/penerangan produk jangan terlalu berlebihan kerana berkemungkinan search engine akan detect sebagai ‘misleading post’ atau ‘manipulating post’. Sedang-sedang sahaja ^_^

Gunakan keyword optimization strategy di semua posting anda. Contohnya jika anda berniaga di Shopee, pastikan Tajuk Produk, dalam penerangan produk, kategori, #hashtaq dan gambar produk(save) ada perkataan(keyword) tersebut.

Jika ada masa lapang, boleh tonton video ini, in shaa Allah ianya sangat bermanfaat.

Apa yang penting?

Langkah-langkah di atas hanyalah teknik optimization sahaja, namun apa yang paling penting adalah isi kandungan kita haruslah bermanfaat.

Google/Yahoo/FB mereka nak Good Content… mereka nak beri pengalaman yang baik pada kita semua. Jadi mereka akan sentiasa pastikan Isi Kandungan yang bermanfaat akan sentiasa diberi keutamaan.

Jadi banyakkan perkongsian-perkongsian ilmu yang dapat memberi manfaat pada prospek kita membuat keputusan. Ini adalah contoh post yang dapat memberi manfaat, KLIK SINI. Cuba lihat berapa ramai orang komen dan share…

Akhir sekali, sekiranya puan ada berniaga di Facebook, ini adalah Panduan Memilih Nama Page Jualan . Semoga bermanfaat juga ^_^

Jika ada yang tak faham, mohon komen dan bertanya di ruangan komen di bawah ya, in shaa Allah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. Salam kejayaan =D

Wallahu a`lam

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security