Apa Pentingnya Keyword atau Katakunci?

Salam rakan-rakan Usahawan TudungSiComel, hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang apa itu Keyword, kepentingannya dan cara asas setting keyword.

1. Keyword atau katakunci adalah perkataan yang akan ditaip pada search engine/facebook/IG semasa kita mencari sesuatu.

2. Sebagai contoh, apabila kita nak cari tudung sekolah di google, perkataan yang kita akan taip pastinya adalah ‘Tudung Sekolah‘. Ya lah, takkan nak cari tudung sekolah kita taip perkataan ‘kereta‘ pula kan hehe…

3. So perkataan yang ditaip itulah dinamakan sebagai keyword.

Apa pentingnya Keyword?

Jika prospek(orang yang sedang mencari untuk membeli) taip dan cari perkataan ‘tudung sekolah’ dan produk tudung sekolah yang kita jual tak muncul di hadapan mereka, maka rugilah kita ^_^

Macam mana nak buat bagi muncul?

Ianya dipanggil sebagai Search Engine Optimization (SEO). Perkara ini agak rumit jika nak didetailkan namun ada beberapa perkara asas yang kita boleh buat:

1. Tajuk post kita pastikan ada keyword
2. Sub-head tajuk kita juga jika boleh ada keyword.
3. Gambar yang kita sertakan, pastikan juga disave dahulu dengan nama keyword tersebut sebelum diupload.
4. Meta/Taq/Kategori juga letakkan keyword.
5. Letak #hashtaq keyword kita juga di bahagian bawah penerangan produk. Contohnya: #tudungsekolah , #tudungsekolahawninglembut dll
5. Dalam *isi kandungan artikel/penerangan produk juga perlu ada keyword.

Namun keyword dalam *isi kandungan/penerangan produk jangan terlalu berlebihan kerana berkemungkinan search engine akan detect sebagai ‘misleading post’ atau ‘manipulating post’. Sedang-sedang sahaja ^_^

Gunakan keyword optimization strategy di semua posting anda. Contohnya jika anda berniaga di Shopee, pastikan Tajuk Produk, dalam penerangan produk, kategori, #hashtaq dan gambar produk(save) ada perkataan(keyword) tersebut.

Jika ada masa lapang, boleh tonton video ini, in shaa Allah ianya sangat bermanfaat.

Apa yang penting?

Langkah-langkah di atas hanyalah teknik optimization sahaja, namun apa yang paling penting adalah isi kandungan kita haruslah bermanfaat.

Google/Yahoo/FB mereka nak Good Content… mereka nak beri pengalaman yang baik pada kita semua. Jadi mereka akan sentiasa pastikan Isi Kandungan yang bermanfaat akan sentiasa diberi keutamaan.

Jadi banyakkan perkongsian-perkongsian ilmu yang dapat memberi manfaat pada prospek kita membuat keputusan. Ini adalah contoh post yang dapat memberi manfaat, KLIK SINI. Cuba lihat berapa ramai orang komen dan share…

Akhir sekali, sekiranya puan ada berniaga di Facebook, ini adalah Panduan Memilih Nama Page Jualan . Semoga bermanfaat juga ^_^

Jika ada yang tak faham, mohon komen dan bertanya di ruangan komen di bawah ya, in shaa Allah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. Salam kejayaan =D

Wallahu a`lam

⛔ SALE TUDUNG SEKOLAH SAYA DROP! APA DAH JADI NIE??? 🤔😔

Jika ada yang sale Tudung Sekolah drop sekarang terutama bulan Oktober nie, jangan lah risau sangat sebab ianya seperti yang telah kita jangkakan 😅

Cuti sekolah hujung tahun dah dekat, sekolah pun dah nak tutup, siapa nak beli tudung sekolah lagi sekarang? Puan sendiri pun takda plan nak beli uniform sekolah untuk anak lagi kan? hehe ye kan kan kan hehe…

Awal lagi yeop nak beli uniform sekolah, 3 bulan lagi nak sekolah semula hehe…

TAPI KALAU IKUT REKOD SALE(STATISTIK TUDUNGSICOMEL) IANYA BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKAL TERSEBUT‼😱

Sale oktober kita meningkat… sepatutnya kalau ikutkan logik akal ianya pasti la sepatutnya merosot la kan? 🤔

Tak percaya, boleh lihat carta statistik kita, rujuk gambar, ada peningkatan juga dari tahun 2016 dan2017. Kenapa begitu? Hairan kan? 🤔😅

Tahun 2016
Tahun 2017

SEBENARNYA ADA BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH/TELAH KITA BUAT UNTUK PAKSA ORANG BELI DENGAN LEBIH AWAL DARI BIASA 😅🤭

Bagi mengelakkan kita ketandusan pendapatan pada bulan Oktober 🤭, jadi dari tahun-tahun sebelum ini, kita telah laksanakan beberapa perkara. Antaranya adalah:

  1. Program 3x Bayar – Customer terpaksa beli awal dan buat bayaran awal. Kita pun dapat pendapatan awal 😊
  2. Program harga meningkat saban bulan – Contoh bulan Oktober harga RM14.90, bulan November RM15.90 dan siapa beli pada Disember, kena beli dengan harga asal RM16.90 – so secara tak langsung orang akan membeli dulu sebab boleh dapat harga diskaun – so walaupun harga diskaun, kita akan tetap ada pendapatan awal 😊
  3. Program 3 hari Flash Sale Rejek – last rejek sale dan lepas tue tahun depan pula- walaupun margin untung tak banyak, boleh la lepas makan harian sikit2… 😃

Dan ada beberapa lagi…

In shaa Allah, dari masa ke semasa saya akan update ya, bila kita akan start… stay tune 😊

Kalau boleh dapat pendapatan awal, kenapa nak tolak kan 😅

Anda Takut Pesaing Ramai?

Gambar yang anda lihat di atas adalah gambar shopping mall yang menjual komputer dan telefon bimbit. Menjual barangan yang sama, jenama sama, spesifikasi pun sama(telefon/komputer) dari tingkat bawah, sampai lah ke tingkat atas sekali 😃

Apa pengajaran kita dapat?

Walaupun satu tempat berniaga produk yang sama, tapi dorang semua tak berfikiran:

Wah ramainya orang jual benda sama, boleh ke aku berniaga begini? Banyak betul pesaing!!! 😔

Ini adalah persoalan yang biasa terdetik dalam diri kita… Kan? Kan? Kan? Jangan tipu la hehe… 😅

Saya taknak cerita panjang, tapi kalau kita ada pemikiran begini… Sila renungkan semula… Dorang jual produk yang sama.. kedai sebelah-sebelah… Dari tingkat bawah sampai ke tingkat atas…

Tapi, dorang dah berniaga berpuluh-puluh tahun dengan konsep begitu, dari saya sekolah lagi dorang dah berniaga di Low Yat/Pertama Kompleks… Hidup jer sampai sekarang 😃

Jadi kalau ada terfikir:

Sale Tudung Sekolah aku slow, nie pasti sebab ramai yang berniaga tudung sekolah yang sama!!!

Sila fikirkan semula 😊

Jangan salahkan sebab ramai orang berniaga menjadi punca sale kita slow, tapi cuba fikirkan bagaimana nak buat agar pintu rezeki kita terbuka seluas-luasnya

Bukan kah Allah yang beri kita rezeki… Stop beri alasan… Teruskan berusaha dan berdoa 😊💪💪💪💪

Rezeki Allah nie konsep dia bukan apabila Allah bagi pada orang lain dan kemudian rezeki kita pula akan kurang… Tidak hehe… Allah nie adalah Pemilik Khazanah Langit dan Bumi, kalau dia bagi kat orang lain, takkan effect pun bahagian rezeki kita.

Macam saya selalu cakap, apa yang dah ditakdirkan(rezeki) pada kita akan tetap sampai… rezeki kita nie dah tertulis sejak 50 ribu tahun sebelum kita lahir lagi(rujuk hadis).

Jadi, kita sebenarnya hanya fokus pada diri kita dan apa perlu kita buat adalah kita perlu develop knowledge dan skill berniaga kita… lagi banyak ilmu dan action, in shaa Allah mudah-mudahan rezeki kita(yang dah tertakdir tue) akan masuk dengan lebih lancar. Jangan risau, apabila kita kaya, takkan membuatkan orang lain miskin…

Rezeki kita adalah rezeki kita dan rezeki dia(pesaing) adalah rezeki dia… nafsi nafsi..

Semoga bermanfaat dan salam kejayaan ^_^

Wallahu a`lam

WE HIGHLY SUPPORT SHOPEE SELLER

Assalammualaikum semua 😊

Memandangkan ramai juga rakan-rakan usahawan TudungSiComel yang aktif membuat jualan menerusi shopee, oleh itu kita nak cari inisiatif untuk galakkan pelanggan-pelanggan kita membuat belian menerusi akaun shopee rakan-rakan.

Seperti kita sedia maklum, banyak kelebihan berniaga menerusi shopee antaranya adalah:

  1. Percuma pos/kos postage rendah berbanding pengeposan manual kita dari HQ 😊
  2. Prosess Tempahan pelanggan lebih mudah, mereka hanya klik klik klik dan terus bayar secara online.
  3. Rakan Usahawan boleh lihat performance jualan dan database pelanggan tersimpan secara lebih kemas.
  4. Trust – dengan system star rating dan security yang agak ketat – customer lebih yakin untuk berbelanja.
  5. Dan banyak lagi lah… 😅

Siapa tak suka percuma pos kan? hehe… shopee masih cover shipping/ freeship, so kenapa kita tak gunakan kelebihan tersebut kan hehe

Insyaa Allah jika kita galakkan selling menerusi Shopee, pelanggan akan lebih mudah untuk membuat tempahan dan Repeat Order akan bertambah in syaa Allah.

Kita juga akan kongsikan panduan shopee dari masa ke semasa untuk membantu Rakan Usahawan(RU) yang nak berjinak-jinak dengan shopee😊

SUBSIDI SHOPEE ADS – Selain itu, in shaa Allah dari masa ke semasa kita akan berikan subsidi (RM) Shopee Ads kepada Shopee Seller yang aktif 😊

Kepada Rakan Usahawan TSC yang belum ada akaun shopee, saya cadangkan buka cepat sebab banyak kelebihan berniaga menerusi shopee sekarang… zaman PM PM PM dijangkakan mungkin akan berlalu pergi tak lama lagi. Walaupun masih ada lagi orang PM, tapi kita kena bersedia… baik buat persiapan awal 😊

In shaa Allah, kita sedang merancang untuk adakan kelas bagi seller shopee tak lama lagi, kita cuba cari otai shopee untuk berkongsi in shaa Allah hehe… stay tune.

Rakan sebelah butik kita jual guna shopee juga, dia kata jualan sebulan peribadi dia boleh cecah RM17,000.00 walaupun hanya jual tudung murah-murah sahaja. Dulu dia jual guna Facebook Ads, sekarang dia memang fokus Shopee sahaja katanya, dia buat shopee ads. Tapi FB dan google ads jangan dilupakan, boleh gunakan keduanya 😃

Jadi untuk itu, Saya minta Rakan Jualan yang sudah ada akaun shopee untuk berikan LINK akaun shopee shop puan pada Borang Shopee Power Seller TudungSiComel di bawah ya.. nanti kita bantu promosikan juga 😊

BORANG DAFTAR SHOPPE POWER SELLER

https://forms.gle/F1UEATsfgXi8f8Pt7

Terima kasih dan welcome to the Shopee Club ^_^

PROSEDUR PEMULANGAN / PERTUKARAN

Sekiranya tempahan puan menghadapi sebarang masalah, ini adalah panduan menyelesaikan masalah tersebut. Jangan panik ^_^

Maklumkan pada 011-56493906 (admin) ID Tempahan dan masalah yang berlaku, penukaran/pemulangan.

Wasap mungkin ambil masa nak jawap sebab banyak wasap yang diterima. Namun kita akan cuba membantu secepat mungkin 😃

Waktu Operasi 9pg-5ptg / Isnin-Jumaat – Jika ada masalah mohon maklum awal sebelum jam 4.45 ptg. Jika lepas tue semua dah pakai kasut ready nak balik, kita tak dapat bantu dah 😅

Jika diluar waktu operasi, boleh maklumkan pada pelanggan yang puan akan semak dengan HQ apabila tiba waktu operasi kelak.

1. Jika penukaran barang(size tak sesuai), kita akan Pos Lajukan terus produk yang ingin ditukar kepada pelanggan tanpa tunggu pelanggan pos pemulangan. Bila pelanggan ada masa kelapangan, pelanggan boleh pos pemulangan semula (pelanggan tanggung kos pemulangan sahaja).

2. Jika pemulangan wang, sila nyatakan masalah dan berikan no akaun puan (Jika boleh Maybank) untuk kita refund semula kepada puan. Kemudian, puan(DS) akan refund pada pelanggan.

3. PENUKARAN – Kos Postage penghantaran baru kepada pelanggan KAMI TANGGUNG, Kos postage pemulangan Pelanggan Tanggung.

4. PEMULANGAN (Masalah kita, tersilap pos dll) – Kos postage pemulangan KAMI TANGGUNG, sila dapatkan kos penghantaran semula dari pelanggan beserta resit bayaran pos untuk tujuan pemulangan wang dan rujukan rekod akaun.

5. PEMULANGAN (KOMPLAIN PRODUK ROSAK/MASALAH) – Jika harga barangan RM40 ke bawah, kita hadiahkan sahaja kepada pelanggan, tak perlu pulangkan. Kita refund terus 😃👌

6. TUDUNG REJEK – Untuk semua tudung rejek, boleh ditukar/ dipulangkan. Namun kos postage pemulangan(untuk dapatkan refund) dan penghantaran semula pelanggan tanggung sebab ini tudung rejek, jadi memang ada masalah itu sebab kita jual rejek hehe… 😅

Apa-apa keputusan sekalipun, PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA 😃. Biar TSC rugi dahulu, yang penting kita untung kemudian 😄💪👌

DS sila ambil maklum ya 😃

PANDUAN PSIKOLOGI MENGHADAPI TEMPAHAN/ PELANGGAN BERMASALAH

Majoriti pelanggan kita adalah wanita . Fahami jiwa mereka 😃

Wanita mereka mahu masalah mereka didengari dan difahami. Mereka tidak suka kita bagi alasan dan membangkang cakap mereka, iakan sahaja…

jangan lawan jika mereka marah. Minta maaf dan akui sahaja kesalahan kita walaupun mungkin bukan salah kita… relaks dan akui kesalahan;

“Maaf ya puan, saya akui kesalahan saya… maaf sangat-sangat ya puan.. jika saya berada di tempat puan juga saya akan rasa sangat marah dan keciwa” 😔

Jadi sekiranya ada apa-apa masalah:

1. Hubungi mereka, terangkan dan minta maaf:

“Salam puan, saya nak minta maaf sangat-sangat puan, saya baru semak di HQ TudungSiComel dan mereka baru maklumkan tudung yang kita tempah ada sedikit masalah” 😔

“Tudung yang puan tempah warna Royal Blue size S 2 helai tersebut stok lama ada sedikit masalah puan… Kita sedang menanti stok baru masuk tapi takut sedikit lambat dari jangkaan kita” 😔

“Malu sangat saya dengan puan… jika saya berada di tempat puan juga saya akan rasa kecewa dan marah… maaf sangat-sangat ya puan” 😔 (Ayat ini penting untuk tunjuk yang kita faham perasaan mereka)

2. Tanya mereka nak tukar atau refund

“Jika tak keberatan, boleh saya tahu adakah puan nak tukar warna lain yang ada ready stok atau puan nak kita refund?”

3. Cadangkan warna lain. Hubungi admin tanya tudung ready stok banyak untuk size yang beliau inginkan sebelum ini.

“Jika saya cadang warna biru ini size S boleh puan? Sebab size SS puan ada satu warna sama tapi ropolnya krim. Jadi sedondon”

4. Jika beliau nak refund, minta no akaun dan puan refund pada beliau dan puan claim pada HQ. Tapi puan hadiahkan juga pada beliau sehelai tudung sekolah pada beliau sebagai tanda maaf dan akan kita masukan ke dalam tempahan beliau yang berikutnya nanti.

“Maaf sangat-sangat ya puan dan baik saya akan refund wang puan dengan segera”

“Sebagai tanda maaf dari saya, saya hadiahkan puan sehelai tudung sekolah untuk Si Comel puan secara percuma untuk tempahan puan berikutnya nanti. Kita masukan dalam bungkusan sekali dengan tempahan seterusnya nanti ya puan, in shaa Allah”

“Jika puan nak buat tempahan nanti, puan ingatkan saya juga untuk tuntut hadiah sehelai tudung sekolah percuma dari saya ya puan”

“Harap puan dapat maafkan saya” 😔

**Masa buat tempahan beliau seterusnya nanti, jangan lupa masukan tudung sekolah pecuma sehelai pada senarai tempahan beliau dan masukan kod MAAF1 dan system kita akan -RM15.90 (sehelai tudung sekolah awning scuba).

Semoga panduan ini membantu rakan-rakan menghadapi masalah…

JANGAN PUTUS ASA… BERNIAGA HATI KENA KENTAL… MANA ADA BUSINESS YANG TIADA MASALAH 😊💪

Jangan risau, pelanggan takkan dapat keluar dari telefon hehe… yang penting kita bantu beliau sebaik mungkin. Nak elak masalah dari tak berlaku memang mustahil. Kita kena tahu cara hadapinya sahaja agar hidup kita menjadi tenang 😃

JIKA PELANGGAN KOMPLAIN DAN MARAH-MARAH 😔

Jika pelanggan komplain, jangan risau…bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Bangun dari kerusi dan bancuh air milo, minum sambil melihat kehijauan di luar jendela. Disarankan juga terus mengambil wudhu. Jangan terus jawap kerana nanti kita akan menjawap dalam keadaan kita sedang ‘defensive mode’ dan ianya kurang baik.

Walaupun kita banyak menerima pujian ehem ehem hehe… kadangkala kita tetap akan terima kritikan/komplain samaada tudung tidak sesuai, tersalah hantar size/ produk, pos laju keciciran dan lain-lain masalah.

Walau bagaimana sekalipun kita cuba mengelaknya, ianya tetap akan berlaku. Kadangkala kita akan berjumpa dengan pelanggan yang cerewet dan ada juga yang sangat cerewat hehe… itu lumrah berniaga hehe…

Apa yang kita boleh buat adalah kita akan berusaha untuk KURANGKAN kes-kes tersebut sekurang mungkin.

Jika pelanggan marah-marah, diam dan dengar luahan perasaan beliau. Ingat, kita berurusan dengan pelanggan WANITA, mereka inginkan PERHATIAN. Jangan dilawan cakapnya…🙅🏻‍♀

Kita sambut komplain mereka dengan ayat:

“…terima kasih atas makluman puan, kami mohon maaf sangat-sangat, kami faham perasaan puan, jika saya di tempat puan pun saya juga akan merasa marah….maaf ya puan atas kesulitan berikut…”😔

Kemudian, akui kesalahan walaupun jika kita tak bersalah:

“…saya akui kesilapan pihak kami, in shaa Allah saya akan cuba bantu puan sebaik mungkin…”

“Malu sangat saya dengan puan atas apa yang berlaku…maaf sangat-sangat ya puan 😔”

Langkah seterusnya adalah:

  1. Hubungi admin dan maklumkan ID Tempahan yang bermasalah. In shaa Allah kita akan bantu puan sebaik mungkin. Jika kita perlu refund keseluruhan, kita akan refund keseluruhan, tiada masalah. Yang penting pelanggan GEMBIRA walaupun komplain.
  2. Kita tidak ingin wang yang kita terima dari pelanggan yang tidak gembira…ianya TIDAK BERKAT. Biar kita rugi di dunia, jangan di akhirat.

Yang penting kita handle pelanggan dengan baik. Sedaya mungkin in shaa Allah.

Jangan stress dan jangan risau, kita bukan nak mencuri pun dan kita pun bukannya jual barang yang nilainya ribuan ringgit hehe…

Ingat ini, pelanggan bukan boleh keluar dari dalam screen telefon/ komputer tue pun hehe… apa nak takut, kita kan berniaga online hehe.. tenang-tenang sahaja ^_^

Senyum dan terus tersenyum 😀

BORANG ADUAN – MASALAH PENGHANTARAN

Sekarang kita mengamalkan aktiviti Pembungkusan Kaedah Double Check untuk mengurangkan masalah ‘salah bungkus’ dan kita perlukan maklumbalas dari rakan-rakan tahap keberkesanannya.

Sehubungan itu, jika rakan-rakan masih hadapi sebarang masalah, mohon bantu untuk isikan borang aduan di bawah ya untuk kita kenalpasti lagi masalah.

Semoga kita jumpa kaedah terbaik sebelum Peperangan Hujung tahun 😊

Kita bukan nak cari siapa salah, kita nak cari jalan untuk perbaikinya 😃

BORANG ADUAN

https://forms.gle/kQegRPfhTJPUq1NfA

Mohon starkan ⭐ supaya dapat sentiasa membuat aduan sekiranya berlaku. Tanpa aduan dari tuan/puan, kita tak dapat nak kenalpasti masalah dengan baik.

Terima kasih 😃

DIREKTORI KREW KHIDMAT PELANGGAN TUDUNGSICOMEL

Assalamualaikum Rakan Usahawan 😃

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan tempahan atau masalah dengan tempahan, mohon Rakan Usahawan untuk wasap pada no yang telah disediakan agar urusan berjalan lebih lancar 😃

1. PERTANYAAN AM / MASALAH TEMPAHAN

www.wasap.my/601156493906 (Alin)

2. PERTANYAAN berkaitan REFUND

www.wasap.my/60122469703 (Marina)

3. PERIHAL MARKETING MATERIAL

www.wasap.my/601133015034 (Mira)

4. PERTANYAAN berkaitan TEMPAHAN BORONG

www.wasap.my/601156493906 (Alin)

5. TEMPAHAN CUSTOM MADE

www.wasap.my/601133015034 (Mira)

Mohon semua pihak tidak menghubungi No. Selain dari yang di atas agar lebih cepat urusannya 😃

Terima kasih atas kerjasama Rakan Usahawan ☺

MACAM MANA NAK JUAL TUDUNG PASTI/ SRITI/ TADIKA?

Apa susah…

1. Pergi page-page Tadika PASTI/SRITI dan lain-lain…

2. Tengok post mana-mana yang dorang like tue… Kebarangkalian anak dia belajar di PASTI/SRITI adalah tinggi..

3. Add la sebagai friend…

4. Lepas tue pandai-pandai la 😅

Silap-silap dapat tangkap 🎣🐋🐋🐋cikgu besar dia .. lagi lumayan, boleh supply satu tadika setiap tahun 🤭🤣💰💰💰

Sekian… Siapa baca tapi tak buat . Rugi 🤭😊

1. Pertama sekali, search tadika PASTI / SRITI atau mana-mana tadika yang ingin ditarget di ruangan search Facebook.

2. Pergi ke page Tadika tersebut dan tengok mana-mana post yang ada Like.

3. Kemudian add la siapa yang like tue sebagai kawan. Kebarangkalian mereka adalah cikgu tadika atau anak mereka belajar di sana adalah tinggi.

Ini juga sebahagian dari teknik/strategi Membina Kolam yang pernah saya kongsikan sebelum ini ^_^

Selamat berjaya =D

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security