Kenapa Hq Tak Sediakan Stok Yang Cukup?

Bismillah…

Kita menerima pertanyaan dari rakan-rakan usahawan terutama yang baru join program Rakan Usahawan TudungSiComel;

Kenapa sejak beberapa minggu nie(Mac 2022) Hq TudungSiComel selalu terputus stok. Ini membuatkan kami sukar nak berniaga

Sebenarnya, kita ‘berperang’ dengan sale tudung sekolah sejak hujung Disember 2021 lagi.

Alhamdulillah, kita menerima tempahan tudung sekolah yang banyak semenjak Disember 2021(dengan izin Allah) semasa kerajaan umumkan tarikh sessi persekolahan penggal 2022.

Sejak itu, tempahan tudung sekolah alhamdulillah tidak putus-putus dan tempahan retail boleh mencecah lebih 2000 helai sehari.

Alhamdulillah, tempahan dari rakan-rakan usahawan juga tidak putus-putus. Tempahan kadangkala masuk hampir setiap minit.

Keadaan ini berlarutan sejak Disember dan apabila masuk Mac 2022, kita sudah terputus stok / tailor pun dah exhausted keletihan dan kita terpaksa buka tempahan pre-order(stok bayangan) memandangkan masih banyak tempahan yang masuk.

Kaedah stok bayangan adalah agar kita boleh fokus jahit tudung-tudung yang sudah ada tempahan sahaja ikut kuantiti yang diperlukan supaya lebih cepat siap.

Baca Selanjutnya >>

Panduan Mendaftar sebagai Pemborong TudungSiComel

Untuk menjadi Rakan Pemborong / Mini Stokis TudungSiComel, anda perlu mendaftar di web pukal TudungSiComel untuk dapatkan harga istimewa sebagai pemborong.

Boleh rujuk langkah di bawah:

Langkah 1

Klik link dibawah untuk pendaftaran dan isi maklumat yang diperlukan.

Langkah 2

Setelah mendaftar, hubungi admin Mira untuk aktifkan akaun yang didaftar kan bagi mendapat harga istimewa. Sila whatsapp Mira email yang digunakan semasa mendaftar.

Langkah 3

Baca Selanjutnya >>

Tempahan Tudung Tadika

Kita di HQ telah membuka tempahan bagi Tadika yang memerlukan tudung khas bagi tadika mereka.

Keistimewaan Tempah Tudung Tadika Melalui TudungSiComel

✅ MOQ 20pcs sahaja.
✅ Boleh Print Logo Tadika – Tadika kelihatan lebih professional.
✅ Jaminan 180 hari.

Potensi keuntungan Dropship bagi tempahan tudung tadika

Jika anda ada 20 buah tadika yang menempah tudung tadika dengan anda setiap tahun dan kebiasaanya satu tempahan tadika anggaran 200pcs, jadi:

1 tadika = 200pcs

1 helai keuntungan = RM1.00

200pcs x 20 tadika = 4000PCS ‼️

4000 pcs x RM1 = RM4000.00 ‼️

Jadi anggaran setiap hujung tahun keuntungan pendapatan tetap anda untuk tempahan tadika sahaja mencecah RM4000.00 🥰

Baca Selanjutnya >>

Panduan Borong / Mini Stokis

Berikut kita senaraikan soalan selalu di tanya untuk memudahkan Rakan Pemborong / Mini Stokis membuat tempahan.

Berapakah harga borong semasa untuk produk TudungSiComel?

Untuk harga borong semasa, boleh rujuk di web borong kita atau group Telegram Private kita:

Di manakah boleh saya buat belian borong?

Belian borong boleh dibuat terus di web pukal kita:

Berapa minimum kuantiti untuk order borong?

Untuk tudung dan inner cuma 20 helai sahaja dalam gandaan 5 helai sahaja setiap saiz / warna dan boleh campur-campur jenis. Namun tudung dan inner dijual kuantiti berasingan.

Minimum 20 helai tudung dan / atau 20 helai inner.

Contohnya 20 helai tudung:
5 helai tudung sekolah scuba putih nila size SS,
5 helai tudung sekolah awning lembut hitam size M,
5 helai tudung dua lapis kuning saiz M
5 helai tudung mose biru size M

Contohnya 20 helai Inner
5 putih
5 hitam
5 biru
5 kuning

Baca Selanjutnya >>

Panduan Jualan Harga Mini Stokis (Pemborong) Kepada Dropship

Untuk Mini Stokis (Pemborong) yang membeli stock dan membuat jualan kepada Dropship TudungSiComel mestilah mengikut harga yang telah di selaraskan untuk mengelakkan kekeliruan berlaku.

Disini Mira akan tunjukkan kiraan bagi contoh item tudung sekolah awning scuba.

This image has an empty alt attribute; its file name is BORONG-AWNING-SCUBA-1024x791.png
Harga Borong Tudung Sekolah Awning Scuba
Harga Jualan Tudung Sekolah Scuba

Harga Jualan – Total Keuntungan = Harga Jual MS kepada DS

RM19.90 – RM 7.18 = RM12.72 ( RM12.70)

Keuntungan MS Jual Pada DS (Scuba saiz SS)

RM12.70 – RM8.40 = RM4.30

Jadi contoh di atas adalah kiraan jualan item dari Mini Stokis kepada Dropship tanpa affiliate kerana pembelian adalah secara manual tanpa sistem.

Kepada MS boleh tekan link dibawah untuk rujukan harga item TudungSicomel.

Senarai Harga Product

Jika ada sebarang kekeliruan, boleh ajukan pertanyaan di SINI

P/S: MS (Mini Stokis)
DS (Dropship)