DROPSHIP -WARISKAN PERNIAGAAN ANDA!

Alang-alang berniaga secara online(dropship), buatlah dengan serius dan jadikan ianya satu perniagaan yang DAPAT DIWARISI 😃

Macam mana nak mewariskan pernigaan online kita?

1. Setup perniagaan Dropship kita DENGAN ILMU dan susun dia seperti sebuah perniagaan yang serius seolah-olah kita membuka sebuah kedai fizikal.

Namun pastinya ia perlu sedikit modal untuk menuntut ilmu. Laburkan sikit duit untuk cari dan belajar.

Saya sehingga sekarang pun masih lagi belajar, saya sekarang banyak tonton video berbanding buku(buku pun baca juga hehe… tapi video macam lebih menusuk gituuu hehe).

2. SIMPAN DATABASE BANYAK-BANYAK, nanti bila sampai masa kita nak bertemu Allah. Kita boleh wariskan perniagaan kita kepada anak-anak kita.

Mak: “Nak.. ibu rasa dah hampir masa ibu nak bertemu Allah, nie ibu wariskan perniagaan(Online) ibu, mudah sahaja businessnya, hanya duduk depan komputer sahaja…”

“Nah ambillah 100,000 database yang mak dah simpan selama 20 tahun mak berniaga…”

==============

Nota: 100,000 / 20 tahun = 5000 setahun
5000/ 365 hari = 13 database sahaja sehari. Masakan berniaga serius 24 jam hanya dapat 13 sahaja sehari… itu perniagaan bermalas-malasan namanya hehe..

Sekali buat pertandingan/contest dah boleh dapat hampir/atau lebih 1000 database… 😊

==============

“Sambunglah perniagaan ini hingga menjadi empayar perniagaan yang besar nak… “

“100,000 nie, kalau ada produk TudungSiComel baru dan blast pada mereka semua, jika 10% berminat dah 10,000 customer. Jika sorang customer beli 3 helai tudung/kombo (satu helai untung RM10), kau dah untung RM30 x 10,000 = RM300,000.00 sekali blast nak. Sebulan sekali pun dah cukup”

“Sekali blast kau dah boleh beli rumah dan kereta cash nak… ambil lah semua database mak nie ya… jangan lupa banyakkan sedekah tau… doakan juga agar perniagaan TudungSiComel kita terus berkembang dan dapat hasilkan lebih banyak design menarik… kereta kereta juga” 😅

Anak: “Sayanggggggg mak” 😊

Kan sedap gitue… baru best rasa nak tinggalkan dunia ini kan hehe.. 😅

Atau jangan pula jadi begini:

Mak: “Nak kau ambillah perniagaan Online mak nie ya, dah 15 tahun mak berniaga online.. ambil lah dan teruskan lah…”

Anak: “Wah terima kasih mak… sayang mak…TAPI dah berapa orang database mak dah simpan?”

Mak: “Database?! Alaa mak tak simpan pun, kau cari la sendiri… em password facebook mak pun mak dah lupa nak huhuhu…”

Anak: “Takpa lah mak, mak bagilah perniagaan ini kat ayah jer” 😅

Hehehe… walaupun kita dropship… jadilah dropship yang terbaik 💪😃

Mana tau, bila dah banyak database nanti, berani nak keluarkan tudung design sendiri pula kan 😃💪

So start hari ini simpan database prospek… jika hari ini tak mula menyimpan, bila lagi?

AWARENESS – PROMOTION POST vs KNOWLEDGE SHARING(PRODUCT)

Reach – Knowledge Sharing Post

Dalam berniaga, bukan semua post hanya untuk menjual… mesti dah ramai lupa tentang ilmu asas berniaga online… TRUST..TRUST.. TRUST.. (kepercayaan).

Buat la promosi macam mana hebat sekali pun, jika YANG PERTAMA kita tak dapat attract kepercayaan dari prospek, agak sukar untuk closing sale…

Jangan tonjolkan diri sebagai ORANG YANG HANYA NAK SEDUT DUIT MEREKA(CUSTOMER) 🤭… nanti orang takut dan menjauhkan diri dari kita… Pernah dengar perkataan… JURUJUAL DILARANG MASUK! 😅

Tapi tonjolkan diri sebagai orang yang dapat membantu prospek menyelesaikan masalah survival mereka (Maslow’s Hierarchy of Needs)…

Mereka perlukan tudung(tools) yang selesa dan sesuai, untuk membantu mereka mendidik Si Comel mereka bertudung seawal usia…

Inilah survival needs mereka yang kita perlu bantu… fahamkan kenapa prospek perlukan tudung dan kenapa mereka perlu pilih tudung kita. Apa keistimewaan tudung kita, highlightkan…

Ingat… kita bukannya nak menjual harga!, kita menjual tools untuk membantu mereka dan sebagai orang yang nak membantu, kita harus tonjolkan diri kita sebagai orang yang faham keperluan mereka… kita harus fahamkan mereka kenapa produk kita mampu membantu mereka… dan tonjolkan kepada mereka kenapa kita yakin produk kita mampu membantu mereka…

Cuba lihat post-post Product Knowledge Sharing tentang product terbaru TudungSiComel yang kita telah post di atas dan cuba lihat di bahagian Reach(Capaian)… reach agak tinggi(TANPA FB ADS) berbanding post-post promosi biasa. Post-post begini sesuai untuk AWARENESS.

Ok itu sahaja, takmo tulis pepanjang, nanti hampa tak baca pun hehe… sila baca sehingga faham apa saya tulis… jika tak faham sila baca dan baca lagi ya hehe… 😅🤭

Cita-cita saya sebelum saya dijemput bertemu Allah, ilmu-ilmu ini biarlah menjadi manfaat kepada ramai rakan-rakan.. aamiin untuk kita semua. IQRA!

Macam Mana Nak Blast Promosi Kepada Semua Database?

Ada 2 Cara….

Cara pertama adalah secara MANUAL, contact satu persatu database… jika rakan-rakan tergolong dalam golongan rajin, boleh guna cara ini.

PM dan Wasap mereka satu persatu maklum kita ada promosi semasa 😃

Cara kedua adalah menggunakan system bantuan/tools pemasaran online. Bagaimana? Teruskan membaca… 😆

1. Sekiranya orang PM di page kita, secara tak langsung kita boleh menghubungi mereka semula nanti dengan system Inboxhours.com , hanya dengan satu klik kita boleh contact ribuan prospek yang pernah contact kita. Boleh rujuk gambar.

Kita boleh sent mesej kepada mereka YANG PERNAH PM kita 😃

2. No telefon(Database) yang kita terima, kita boleh blast wasap kepada mereka semua secara serentak menggunakan system https://bulkwasap.com/

So hari nie kita belajar 2 tools untuk blast info/promosi kepada semua database. Jadi rugilah pada siapa yang tak simpan database dari awal berniaga… sehari 1 nombor telefon prospek… jika setahun dah 365 nombor…

Takmau tulis panjang2, nanti kawan-kawan bukan baca pun 😅

Sekian dan semoga bermanfaat 😊

Database Pelanggan = LUBUK EMAS

Hanya yang tahu sahaja akan tahu… Ambil lah tahu kerana ilmu pengetahuan itu akan membuatkan kita tahu apa yang kita tidak tahu… 😅

Bayangkan setahun kita berniaga kita berjaya simpan 1000 no telefon prospek(database)… kalau 3 tahun dah 3000 database …

Prospek adalah orang yang belum pernah membeli namun ada menunjukan minat 😃

Kalau sekali ada launching produk baru kita blast pada 3000 database, kalau hanya 10% beli kita ada 300 pembeli dah 😃

Kalau untung sehelai tudung RM10, sekali beli purata 3 helai dan sorang customer kita dapat untung RM30.00

ANGGARAN KEUNTUNGAN, IN SHAA ALLAH.

So kalau 300 customer = RM30 x 300 = RM9000.00

So kalau sebulan ada 2x launching produk baru?

RM9000.00 x 2 = RM18,000.00

Tapi itu cuma berdasarkan 3000 database… Takkan 3 tahun baru dapat 3000, kira kategori berniaga sambil goyang kaki.

Ada antara Usahawan kita sebulan dua pun boleh dapat 1000 database, tak gitu puan Zarina 😚 😁🙊

Yang mengumpul bersungguh-sungguh pasti boleh dapat lebih… BANYAK CARA NAK KUMPUL DATABASE, nanti saya share dari masa ke semasa in shaa Allah 😃

Antaranya kita buat offer barang rejek… So possibility ramai akan bertanya… DAPATKAN DATABASE DULU… Lepas tue baru la layan… Ada stok ke takda ke… Itu hal no dua…

Kalau pandai boleh offer tudung corak lain yang sesuai dengan anak prospek .. beli tak beli lain cerita .. belum cuba belum tau kan 😃💪💰

Selamat berjaya 😃💰💰💰💰

BERNIAGALAH DENGAN ILMU – TUNTUTLAH ILMU 😃

Kumpul Database Pelanggan

Salam rakan2, saya ada ternampak rakan-rakan buat iklan tentang promosi tudung rejek TudungSiComel kita (Rujuk gambar di atas) 😃

Tapi saya lihat ada antara kita yang tidak cuba mendapatkan no telefon pelanggan (DATABASE) dan pada saya ianya agak rugi… Melepaskan ikan yang datang cuba menyerah diri… Kalau dapat kat geng seller MLM atau geng agen INSURAN, pasti peluang keemasan ini tak disia2kan 😅

Cadangan saya sekiranya pelanggan bertanya… Biar apa pun dia tanya, sebolehnya cuba minta/dapatkan no telefon prospek dahulu dan save. Lepas tue baru layan di wasap 😃

Rugi terus potong conversation tanpa dapatkan database terlebih dahulu 😅

Tak kisah dia tanya apa pun… YANG PENTING sebolehnya cuba dapatkan no telefon prospek dan simpan elok2 kerana masa kita memerlukannya akan tiba 🤣

Antara ayat yang boleh digunakan adalah:

Terima kasih puan sudi bertanya, boleh saya dapatkan no telefon puan, saya wasap puan ya, lebih mudah berkomunikasi 😃

ATAU

Boleh saya dapatkan no telefon puan, saya wasap detail ya puan, lebih cepat dan mudah 😃

Dan lain2 ayat yang boleh dapatkan no telefon mereka 😃

Kerana mereka yang bertanya adalah PROSPEK dan mereka SANGAT BERHARGA.

Nanti saya akan kongsikan bagaimana cara kita boleh manfaatkan database2 yang kita simpan ya, in shaa Allah 😃

Siapa yang ada database… Mereka ada LUBUK EMAS 😊

Ini pula cara Otai Kak Noor dapatkan no telefon prospek… Terima kasih Kak Noor sudi kongsi pada kita semua… Semoga Allah balas jasa dan kebaikan akak… Aamiin 😃

Panduan 1 – Membina Kolam Ikan

Sebelum kita teruskan, saya nak tanya satu soalan.

Jika kita ingin memancing ikan, antara 2 kolam di bawah; Kolam A yang dipenuhi ikan dan Kolam B yang dipenuhi pelbagai hidupan air, Kolam yang mana satu kita akan pilih? ^_^

Hari ini saya akan tunjukan tuan puan, cara menjadikan FB Profile (Bukan Page) tuan puan sebagai Kolam ikan yang dipenuhi ikan ^_^

Ok, apa yang membezakan antara PRO SELLER dan juga NEWBEE adalah ILMU. Ramai dari kita apabila lihat orang promosikan produk di FB Profile, kita pun promosikan juga di FB Profile kita.

Tapi orang punya post banyak engage/customer, kita punya…krik krik krik jer… kenapa?

Sebab mereka buat dengan ILMU dan kita buat hanya ikut-ikutan dan tak tahu apa strategi sebenar mereka.

Kembali pada persoalan kita tadi, kenapa orang lain promote kat FB Personal, dia punya engagement banyak dan kita punya suam-suam suku 🤭

Jawapannya adalah, dorang dah buat profile yang berbeza dari profile peribadi(profile membawang/politik hehe)… dorang hasilkan profile asing(kolam) dan dorang hanya invite friend prospek berpotensi sahaja masuk ke kolam tersebut.

Satu FB Profile, boleh muat dalam 5000 friends. So sebagai contoh, kita jual tudung kanak-kanak, jadi kita hanya perlu add friends dari kalangan ibu-ibu yang ada anak dan yang ada KEMUNGKINAN BESAR untuk membeli sahaja.

Persoalannya adalah… DI MANA KITA NAK JUMPA PROSPEK-PROSPEK YANG BERKEMUNGKINAN BESAR NAK MEMBELI INI?

Nampak tak apa yang saya nampak pada gambar di atas? 🤭

Cuba kita semua renungkan…

Apa susah hehe… Puan pergi la ke page-page orang jual tudung/baju/telekung kanak-kanak, dan cari siapa yang berminat nak membeli(yang komen PM), itu bermakna mereka adalah prospek yang targeted untuk membeli tudung/baju/telekung kanak-kanak.

Add la dorang sebagai friend hehe… TAPI JANGAN PROMOTE DALAM PAGE ORANG LAIN PULA… ITU MENCEROBOH NAMANYA 🤣

Kita bukan nak halang dorang membeli dengan penjual lain, TIDAK SAMA SEKALI… jangan salah faham ya hehe…

Kita cuma nak add dorang jadi friend kita dan apabila kita ada tudung terbaru nanti, kita boleh promosikan pada mereka di dalam kolam kita ^_^

Jadi, cuba bayangkan, puan ada satu profile baru dan dalam tue ada 5000 orang yang memang pernah/berminat membeli tudung kanak-kanak secara online dan pastinya lebih MUDAH NAK CLOSE SALE nanti jika puan ada post produk di wall profile(kolam) puan nanti.

BAYANGAN KEUNTUNGAN

Bayangkan kita ada 5000 ikan(prospek) dalam kolam sendiri… kalau sekali lancarkan produk 10%(engagement tinggi sebab semua highly targeted prospek) nak beli… menjadikan 500 pelanggan.

Kalau sorang pelanggan beli 3 helai… jadi 500 x 3 = 1500 helai. Bayangkan jika sehelai untung RM10.

1500 x RM10 = ?? (Kira la sendiri) hehe…

DANNN… bayangkan jika kita rajin… kita buat 3-4 fb profile kolam ikan… so kalau kita ada 4 kolam ikan… bermakna kita ada 4 x 5000 = 20,000 TARGETED PROSPEK (MARKET AUDIENCE).

Kalau ada 20,000, bayangkan sekali iklan, dapat 10% sahaja dah 2000 yang membeli… sorang beli 3 helai;

2000 x 3helai = 6000helai

Satu helai untung RM10

6000 xRM10 = RM?? (kira sendiri) ^_^

RINGKASAN – LANGKAH-LANGKAH

1. Hasilkan email baru khas untuk kolam baru, lebih mudah guna google jer…boleh buat banyak email hehe.

2. Guna email tue, pergi ke Facebook dan hasilkan fb profile baru.

Itu sahaja… mudah kan?

Profile tue hanya add/invite prospek-prospek yang pernah PM/Komen berminat di wall FB Page penjual tudung/telekung budak SAHAJA.

AMARAN – Pastikan profile tue letakkan NAMA PERIBADI dan BUKAN nama perniagaan. Sebab teknik menjual di profile adalah kaedah SOFT SELLING dan STORY TELLING.

Tapi kena la jaga etika dalam kolam tue, orang memerhati. Kongsikan info-info bermanfaat. Jangan terlalu menjual. Orang takut dengan penjual ^_^

Gunakan teknik SOFT SELLING dan STORY TELLING.

Inilah kenapa saya panggil strategi nie sebagai strategi INTAN 🤭🤣🤩

Kawan-kawan ingat ini orang yang sama atau berbeza? 🤭


NAK BELAJAR LAGI?

Sila isi butiran di bawah dan kita akan update ILMU baru dari masa ke semasa. jangan lepaskannya, ianya sangat berharga ^_^

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security